1.5 juta dekoder percuma seluruh negara dari MYTV

Posted on
Dekoder MYTV Percuma
Dekoder MYTV Percuma

MYTV Broadcasting Sdn Bhd, akan mengagihkan sebanyak 1.5 juta set dekoder secara percuma di seluruh negara secara berperingkat bermula dari Januari ini.

MYTV dalam satu kenyataan, berkata pengagihan set dekoder percuma itu akan dimulakan menerusi proses pengesahan.

Katanya, penerima yang terpilih, sepatutnya sudah menerima atau akan menerima surat pemberitahuan mengenai pemberian dekoder percuma itu.

“Mereka yang terpilih perlu menghubungi MYTV untuk mengesahkan kelayakan mereka untuk menerima dekoder percuma ini.

“Penerima dipilih daripada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR), dengan keutamaan diberikan kepada kumpulan berpendapatan terendah,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak MYTV di talian 1-300-80-6988, e-mel ke careline@mytvbroadcasting.my, mesej dalam laman Facebook iaitu MYTVBroadcasting atau WhatsApp dan khidmat pesanan ringkat (SMS) 011-52006988.

Komen anda

Komen

Popular  Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata