3 Cara Dapatkan Penyata Bank Rakyat.
Macam mana nak dapatkan statement bank Bank Rakyat anda?
Jangan pening, jangan risau. Mudah je nak dapatkan penyata kewangan Bank Rakyat anda.
Macam mana?
Teruskan bersama Pemberitahuan dengan artikel kami hari ini 3 Cara Dapatkan Penyata Bank Rakyat Dengan Mudah (eStatement).
Bukan satu tapi 3 cara untuk mudahkan urusan anda!
Jom baca!
Isi Kandungan
Kenapa Perlukan Statement Bank?
Secara amnya, penyata kewangan atau dalam Bahasa Inggeris ‘statement bank’ adalah rekod transaksi kewangan aliran keluar masuk wang anda.
Statement Bank adalah dokumen yang sangat penting buat mereka yang ingin membuat pinjaman pembiayaan yang besar melibatkan pembelian rumah, kereta dan sebagainya.
Status kewangan anda akan dinilai melalui rekod transaksi kewangan yang dipaparkan di dalam statement bank. Melalui rekod tersebut pihak bank atau penjual membuat penilaian menentukan sama ada anda layak atau tidak membuat pinjaman atau pembelian tersebut.
3 Cara Dapatkan Penyata Bank Rakyat Dengan Mudah (eStatement)
Berikut kami kongsikan dengan anda 3 cara paling mudah untuk dapatkan statement bank Bank Rakyat:
CARA DAPATKAN PENYATA BANK RAKYAT ONLINE MELALUI iRAKYAT
Cara yang paling pantas untuk dapatkan penyata bank anda adalah secara online melalui aplikasi iRakyat.
Apa itu iRakyat?
iRakyat adalah satu sistem perbankan atas talian yang disediakan oleh Bank Rakyat untuk memudahkan pelanggan melakukan apa-apa transaksi hanya di hujung jari tanpa perlu ke kaunter.
Contohnya:
- Pemindahan Wang
- Semakan Baki Akaun
- Pembayaran Bil
- Cetakan Penyata Kewangan etc.
Macam mana nak daftar iRakyat?
Jom ikuti langkah-langkah yang kami sediakan di bawah:
- Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI iRAKYAT untuk mendaftar atau mendapatkan penyata.
- Bagi mereka yang ingin mendaftar, klik pada ‘Login’ > ‘Personal Banking’ > ‘Register’
- Selesai mendaftar, log masuk ke akaun iRakyat anda menggunakan kata laluan yang anda daftarkan.
- Pada bahagian menu, pilih e-Statement
- Kemudian, klik pada ‘Account/Card’
- Pilih penyata daripada bulan yang anda inginkan.
- Klik pada ‘Open’ untuk melihat perincian penyata.
- Kemudian klik ‘Save & Print’ untuk mendapatkan penyata kewangan anda.
Selesai!
CARA DAPATKAN PENYATA BANK RAKYAT SECARA MANUAL DI KAUNTER
Nak gunakan cara klasik pun boleh, anda boleh hadir kemana-mana kaunter Bank Rakyat yang berdekatan.
- Anda cuma perlu membawa kad pengenalan dan kad ATM.
- Sampai sahaja di Bank Rakyat, maklumkan pada pegawai yang bertugas, isi borang dan ambil nombor giliran.
- Apabila tiba giliran anda, serahkan borang dan IC anda pada pegawai yang bertugas.
CARA DAPATKAN PENYATA BANK RAKYAT MELALUI ATM
Andai kata perbankan online kedengaran agak rumit untuk anda, anda juga boleh mendapatkan penyata Bank Rakyat di ATM Bank Rakyat berdekatan anda dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
- Masukkan kad ATM Bank Rakyat anda
- Masukkan nombor PIN
- Pada pilihan Menu, pilih ‘Lain-lain Urusniaga / Others’
- Pilih ‘Khidmat Penyata’
- Pilih ‘Penyata Mini’
- Pilih ‘Cetak’
NOTA:
Pengeluaran penyata kewangan di ATM adalah ringkasan penyata sahaja. Untuk pengeluaran penyata yang lebih terperinci, anda boleh menggunakan 2 kaedah di atas.