Perlukan tips-tips khas tentang bagaimana anda nak mulakan perniagaan online?
Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, perniagaan online mampu memenuhi kehendak pelanggan dengan lebih mudah, cepat dan pantas.
Lihat sahaja fenomena 11.11 khas untuk mereka penggemar shopping online, disebabkan membeli secara online lagi cepat dan LEBIH MURAH, ramai diantara anda di luar sana berangan juga nak buat bisnes online sendiri.
Sekiranya anda pandai mengatur strategi dan menguasai pasaran bisnes online ni, anda pasti mampu cecah pendapatan melebihi 5 angka.
Anda berminat nak mulakan perniagaan online? Memang bercita-cita nak menjadi usahawan berjaya?
Anda mempunyai zero knowledge tentang bisnes online? Jangan risau, anda berada di tempat yang betul!
Entri kami di Pemberitahuan kali ini memberikan tips khas untuk memulakan perniagaan online.
Apa tunggu lagi? Jom!
Isi Kandungan
UNTUNG ANDA DI HUJUNG JARI PELANGGAN
Jika anda perhatikan sekarang ini, tak ada satu pun perniagaan yang tidak mempunyai platform online. Instagram, Facebook, Twitter, Youtube dan blog-blog menjadi medan utama untuk perniagaan online ni berkembang.
Mana taknya, melalui platform online anda boleh mendekatkan produk dengan pelanggan. Dengan hanya satu klik potential customer anda dapat melihat segala informasi mengenai produk anda.
Pandai tarik minat pelanggan, produk pun makin laris, produk pun sesuai dengan cita rasa pelanggan, memang lebih banyak untung anda! Daya kreativiti dan ketelusan dalam perniagaan online merupakan kunci utama untuk berjaya.
Anda dah bersedia?
Mari teruskan bersama kami.
4 TIPS KHAS UNTUK ANDA MULAKAN PERNIAGAAN ONLINE
4 tips mudah yang boleh anda ikuti:
ANALISIS TREND TEKINI PASARAN
Kebanyakkan peniaga online sekarang melakukan kesilapan yang besar seawal penglibatan mereka dalam perniagaan online lagi. Apa kesilapan mereka?
- Tidak tahu kehendak pelanggan
- Tidak melakukan analisis ‘market demand’
Sekiranya anda memulakan perniagaan online dengan produk yang lebih kurang sama dengan peniaga online yang lain, anda meletakkan risiko tinggi pada produk kerana kemungkinan untuk anda tenggelam dalam pasaran kerana persaingan yang tinggi pasti akan berlaku.
Jangan guna isyarat hati sebagai panduan memilih produk.
‘Rasa-rasanya produk ni boleh jual kot, macam ramai je orang pakai’
Kaji apa trend terkini pasaran untuk mengetahui ‘market demand’. Jangan ikut syok sendiri. Buat kajian pelanggan ideal untuk produk atau servis anda. Baru boleh dapat gambaran jelas produk atau servis apa yang ingin anda lakukan.
Sebaiknya anda memasarkan produk yang mempunyai pasaran terhad tetapi mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran. Dapat anda kurangkan risiko persaingan dan bertahan lebih lama dalam pasaran.
BINA WEBSITE KHAS PRODUK/SERVIS
Selesai memilih produk atau servis yang terbaik untuk anda perniagaan online anda, bina website khas untuk mempromosikannya.
Bukan setakat promosi, dengan adanya website khas untuk produk atau servis anda pelanggan akan menjadi lebih percaya dan yakin untuk membeli produk anda.
Melalui website juga pelanggan akan jadi lebih mengenali dan memahami dengan jelas produk atau servis yang anda tawarkan. Semua maklumat yang diperlukan pelanggan boleh dapat di website anda.
Berikut merupakan beberapa tips khas untuk menyediakan website anda:
- Pastikan website anda mesra pengguna dan mudah untuk pelanggan access ke website anda.
- Sediakan navigasi yang jelas, simple, dan sama pada setiap halaman website anda.
- Gunakan grafik, audio atau video untuk menyampaikan informasi produk kepada pelanggan.
- Masukkan opt-in offer supaya anda dapat kumpulkan email pengunjung di website anda.
- Di website juga, anda boleh “install” tracking code untuk cookies mereka yang singgah di blog/website anda dan anda boleh gunakan FB ads atau Google Adword untuk tujuan remarketing & retargetting.
BERDISIPLIN
Cuba seimbangkan masa anda menguruskan perniagaan online dengan pekerjaan dan rutin harian anda yang lain. Kekalkan disiplin dalam memantau perniagaan online setiap hari.
Jangan lah hari ni check lepas tu anda tinggalkan seminggu baru gelabah nak check balik dan respon pada pelanggan.
Pastikan notifikasi social media yang mempromosikan produk/servis anda sentiasa berfungsi dengan baik supaya anda dapat memberikan respon yang terbaik pada pelanggan.
Update blog anda dengan informasi-informasi berkenaan dengan produk/servis anda. Sediakan masa khas untuk anda fokus pada perniagaan online. Belajar lagi strategi perniagaan online daripada pakar untuk menjadi lebih sukses.
STRATEGI PEMASARAN YANG BIJAK
Pernah dengan mat saleh kata ‘do not put all eggs in one basket‘?
Dah sediakan website dah mantap dah, kemudian anda mewujudkan satu sosial media sebagai platform untuk mempromosikan produk/servis anda.
Anda yakin?
Kemungkinan besar untuk akaun sosial media itu kena hack atau dipadam, habis semua data pelanggan dan produk anda hilang begitu saja. Bazir masa, tenaga dan kemungkinan juga kos untuk mendapatkan semula informasi yang hilang.
Jadi, sediakan lebih dari satu platform sosial media untuk memasarkan produk/servis anda. Sediakan payung sebelum hujan. Pantau setiap platform marketing anda ni supaya tidak mengalami apa-apa kesulitan.
Sekarang ni kita ada Facebook, Instagram, Twitter dan sekiranya anda kreatif boleh gunakan Youtube untuk mendekatkan lagi diri anda dengan pelanggan. Dengan cara ini, produk/servis anda boleh sampai pada pelanggan dengan lebih cepat dan mudah.
Video Cara Memulakan Perniagaan Internet Tanpa Modal Dalam Masa 10 Minit
KESIMPULAN
Baca memang mudah, tapi apa pun yang anda nak buat dalam hidup perlukan pengorbanan, jadi jangan mudah putus asa dan sentiasa menimba ilmu supaya anda tidak ketinggalan.
Nak jadi usahawan perniagaan online ni mencabar kerana anda perlu berada 10 langkah ke hadapan daripada pelanggan anda, sentiasa bersedia dan kreatif untuk menarik pelanggan membeli daripada anda.
Pemberitahuan mengucapkan selamat berjaya dan sukses selalu buat mereka yang bercita-cita ingin menjadi usahawan online.
Good luck!