Pemberitahuan » Panduan » 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Insurans

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Insurans

Kenapa kita mesti nak kena ada insurans? Penting sangat ke insurans ni?

Sayangnya ramai di antara kita yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam kepentingan memiliki insurans. Anda pun melalui rutin harian anda tanpa ada apa-apa back-up untuk waktu kecemasan.

Alasannya macam-macam, leceh lah, bayar bulan2 mahal lah, ataupun anda sendiri memang tak tahu apa-apa tentang insurans. Kalau dah terhantuk ni takkan anda baru nak terngadah?

‘Insurans? Perlu ke? Banyak komitmen lain lah, nak pakai insurans lagi, tak mampu..’

Ramai yang tak tahu insurans merupakan satu back-up plan yang boleh menjadi hero satu hari nanti ketika anda mengalami kesusahan. Tak kira lah apa jenis insurans sekali pun.

Life Insurance? Travel Insurance? Semuanya penting.

Ayuh buka mata kita sebagai pengguna, ambil tahu sebab kenapa anda kena ada insurans.

Untuk itu, kami di Pemberitahuan menyediakan entri khas untuk anda untuk kita sama-sama merubah fikiran untuk memiliki insurans.

INSURANS SEBAGAI BACK-UP?

Mendapatkan perlindungan insurans amat penting untuk persediaan kewangan untuk menghadapi situasi malang tidak berbau.

Sikap acuh tak acuh dalam mengambil tahu akan kepentingan memiliki insurans tidak berubah walaupun kesedaran tentang kepentingan insurans hayat dan perubatan kini semakin meningkat berbanding dahulu.

Kesedaran akan pentingnya memiliki insurans perlu dipupuk sejak dibangku sekolah lagi agar sedikit demi sedikit ianya dapat mempengaruhi cara generasi akan datang untuk  merancang masa hadapan yang lebih selamat dan stabil.

Buka minda dan cuba lihat daripada perspektif baru sebab-sebab utama kita perlu memiliki insurans. Jangan sayangkan duit untuk membeli perkara yang tidak berfaedah, sebaliknya belilah insurans untuk kelansungan hidup yang lebih lancar.

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Insurans 1 - 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Insurans

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI INSURANS 

BERTINDAK SEBAGAI PELAN SIMPANAN

Selalunya kita didedahkan dengan fungsi insurans sebagai perlindungan nyawa dan juga harta namun insurans juga boleh bertindak sebagai pelan simpanan untuk masa hadapan.

Banyak pelan insurans yang menawarkan ciri simpanan yang membolehkan anda menuntut simpanan sebaik sahaja polisi anda matang.

Sekiranya anda mengambil insurans pada usia muda dan sihat,anda mampu menuai hasil pulangan yang tinggi apabila tiba tempoh matang insurans.

Anda boleh mendapatkan nasihat dan penerangan yang lebih lanjut tentang pelan-pelan insurans yang berunsurkan simpanan daripada syarikat insurans pilihan anda.

Pastikan anda memililih pelan yang terbaik, sesuai dengan keadaan ekonomi anda. Pelan insurans seperti menarik kerana ia memiliki dua ciri iaitu menawarkan perlindungan dan juga simpanan pada masa yang sama.

PERSEDIAAN MENGHADAPI RISIKO

Tiada siapa tahu bila atau dimana risiko kematian, risiko menghadapi penyakit dan risiko kelumpuhan akan menjengah anda.

Namun itu bukan persoalan utama dalam isu ini.

Tetapi, bagaimanakah cara yang terbaik untuk kita menghadapi situasi seperti ini?

Selalunya tanpa simpanan yang kukuh sudah pasti ibarat patah kaki hilang tapak untuk berdiri teguh menyelesaikan risiko-risiko yang datang tanpa diduga. Tambah pula insurans tiada, keselamatan keluarga ternoda.

Baca Juga :  Cara Memohon Bantuan Musaadah Khaira PPZ Online

Kita tidak tahu bila atau dimana kita akan ditimpa kemalangan di atas jalan raya, semakin bertambah usia semakin tinggi risiko menghidap penyakit berbahaya jika penjagaan kesihatan dipandang enteng.

Jadi perlindungan insurans dapat membantu anda sekeluarga dari segi kewangan untuk menghadapi ketiga-tiga risiko ini. Sekurangnya-kurangnya ada pampasan untuk keluarga jika berlaku kematian, pampasan untuk menggantikan punca pendapatan terjejas akibat kelumpuhan dan pampasan untuk membayar bil-bil dan keperluan rawatan sekiranya ditimpa penyakit.

PERSIAPAN TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Mulakan pemilikan insurans bermula daripada usia muda untuk menjamin masa hadapan anak-anak supaya terjamin terutama sekali dari segi pendidikan. Kos pendidikan yang saban tahun semakin meningkat akan menjadi cabaran utama ibu bapa.

Pelan-pelan insurans masa kini banyak menawarkan ciri simpanan yang akan berkembang seiring dengan waktu. Jika anda bermula daripada awal di dalam fasa anak-anak anda meningkat dewasa, pulangan yang bakal diperoleh akan bertambah.

Setiap produk insurans mempunyai tempoh dan syarat yang berbeza jadi amat penting untuk anda berbincang dengan konsultan insurans untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Tiada ruginya anda melabur demi kecemerlangan anak-anak yang bakal memimpin negara di masa akan datang.

PERLINDUNGAN ASET DAN SIMPANAN

Dengan memiliki insurans hayat, keluarga anda tidak perlu bergadai harta untuk menampung kehidupan atau membayar hutang sekiranya anda ditimpa kecelakaan nyawa.

Aset fizikal seperti kereta perlu dilindungi dengan insurans kereta supaya apabila ditimpa musibah seperti kecurian dan kemalangan, insurans tersebut sedia membantu.

Aset yang bukan fizikal juga boleh dilindungi dengan insurans contohnya perniagaan yang sedang anda jalankan.

Luaskan minda dengan memahami bahawa insurans bukan sahaja untuk perlindungan diri malah untuk harta dan aset anda. Sekiranya terdapat apa-apa yang berlaku terhadap aset anda, insurans yang melindungi aset-aset ini dapat mengurangkan kerugian yang melanda.

PERLINDUNGAN PELABURAN

Anda melabur demi mencapai matlamat kewangan anda di masa hadapan. Perkara biasa kepada para pelabur yang baru berjinak dalam dunia pelaburan untuk menghadapi situasi turun dan naik. Maklumlah tiada pengalaman dan baru belajar.

Lagipun untuk mendapatkan keuntungan yang baik biasanya akan memakan jangka masa yang panjang.

Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada diri kita pada masa akan datang, malang tidak berbau, sekiranya ditimpa apa-apa kemalangan dana kecemasan juga tidak dapat menampung. Sudahnya anda terpaksa mencairkan pelaburan tadi dan terpaksa menghadapi kerugian kerana tempoh pelaburan yang belum matang.

Ini boleh menjejaskan matlamat kewangan anda. Tetapi sekiranya anda menyediakan payung sebelum hujan dan memiliki insurans dari awal lagi, risiko-risiko seperti ini dapat dielakkan.

Kenapa Kena Ambil Insurans?

KESIMPULAN

Kami berharap artikel ini sedikit sebanyak dapat membuka minda anda tentang pentingnya memiliki insurans.

Perlindungan keluarga kita daripada sebarang masalah yang tak dijangka perlu menjadi keutamaan. Rancang apa jenis insurans yang ingin anda miliki dan kalau boleh mulalah daripada usia yang masih muda.

Apa salahnya berkorban RM100 – RM200 sebulan demi masa depan yang mampan?

Fikir-fikirkan.

Kami di Pemberitahuan mengucapkan selamat berjaya dan jangan lupa memiliki insurans anda sendiri!