Pemberitahuan » Terkini » Apa Itu Coronavirus Dan Cara Mencegahnya

Apa Itu Coronavirus Dan Cara Mencegahnya

 Apa punca terjadinya virus ini? Apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh anda lakukan daripada dijangkiti virus berbahaya ini?

Kami mengambil serius akan wabak berbahaya ini, maka kami disini menyediakan panduan yang dapat membantu anda mencegah penyebaran penyakit atau Coronavirus ini.

Apa Itu Coronavirus Dan Cara Mencegahnya merangkumkan segala maklumat asas yang perlu anda tahu tentang virus ini dan bagaimana untuk melindungi diri daripadanya.

Teruskan membaca untuk kita sama-sama melindungi diri dan keluarga.

KES CORONAVIRUS DI MALAYSIA

TERBARU:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sudah menerima laporan berhubung seorang warga China yang bekerja di Bintulu, Sarawak, mempunyai simptom dengan novel koronavirus (2019-nC0V).

Menterinya Dzulkefly Ahmad berkata, individu berkenaan pada ketika ini sedang menerima rawatan dan dalam jagaan rapi di Hospital Bintulu dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Dzulkefly, perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah terkini suspek yang mempunyai simptom novel koronavirus (2019-nC0V) dan mendapat rawatan adalah seramai 5 orang, yang kesemuanya warganegara China.

“Seorang di Bintulu, 2 orang kanak-kanak di Hospital Langkawi dan 2 orang kanak-kanak lagi di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Zulkefly berkata, sejak 10 Jan lepas sehingga 26 Jan, jumlah kumulatif kes pesakit di bawah siasatan (PUI) terhadap novel koronavirus (2019-nC0V) adalah sebanyak 37 kes.

“Daripada jumlah itu, 18 adalah warganegara Malaysia, 18 warganegara China dan seorang warganegara Jordan. Daripada jumlah kes ini, terdapat satu kes yang positif 2019-nCoV seperti dimaklumkan sebelum ini,” katanya.

SUMBER: freemalaysiatoday.com

 

Coronavirus US outbreak Man with sore throat symptoms 1231496 - Apa Itu Coronavirus Dan Cara Mencegahnya

Apa Itu Coronavirus Dan Cara Mencegahnya

APA ITU CORONAVIRUS?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak Coronavirus dikesan selepas organisasi itu dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, di wilayah Hubei, China.

WHO dalam laman sesawangnya berkata, pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan Coronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

Virus itu tidak sepadan dengan virus lain yang diketahui, dan mencetuskan kebimbangan kerana tidak banyak yang diketahui mengenai virus ini seperti tahap bahayanya dan bagaimana kesan jangkitannya terhadap manusia.

“Virus baru itu adalah Coronavirus, yang merupakan keluarga yang termasuk selsema biasa, dan virus seperti Sars dan Mers,” katanya.

Virus baru ini buat sementara waktu dinamakan sebagai “2019-nCoV.”

Baca Juga :  Semakan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 Online
KESAN BAHAYA CORONAVIRUS PADA MANUSIA

Menurut WHO, Coronavirus adalah keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit daripada selesema biasa kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti sindrom pernafasan akut teruk (Sars) dan sindrom pernafasan Timur Tengah (Mers-CoV).

“Tanda biasa jangkitan termasuk gejala pernafasan, demam, batuk, sesak nafas dan kesukaran bernafas.

“Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang dan malahan membawa maut,” kata organisasi kesihatan itu.

Pemulihan bergantung kepada kekuatan sistem imun masing-masing dan ramai orang yang telah meninggal dunia akibat virus ini sememangnya sudah berada dalam keadaan kesihatan yang tidak baik.

Sehingga kini, 1,300 orang telah dijangkiti virus itu di seluruh dunia dan majoritinya ialah warganegara China. Negara yang disahkan terlibat dengan serangan virus ini antaranya adalah, menurut laporan berita terkini Reuters, selain China di mana virus itu mula dikesan, 11 negara lain telah mengesahkan kes jangkitan koronavirus – Thailand, Vietnam, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Nepal, Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan Malaysia.

UBAT ATAU VAKSIN UNTUK MENCEGAH CORONAVIRUS

Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, tidak ada ubat atau vaksin untuk virus baru itu.

Ini brmakna ia lebih bahaya kepada populasi yang lemah termasuklah orang tua, mereka yang sememangnya mempunyai penyakit masalah pernafasan dan sistem imun yang lemah. Pakar-pakar masih lagi cuba mencari kadar jangkitan virus ini kepada yang lain. Adakah ianya mudah berjangkit? Atau tidak?

Beliau berkata satu-satunya rawatan yang boleh digunakan untuk pesakit positif dengan virus tersebut adalah melalui kuarantin dan merawat gejala seperti batuk, selesema dan demam. Bagaimanapun, kerja-kerja untuk menghasilkan vaksin tersebut sedang diusahakan oleh banyak agensi kesihatan di seluruh dunia.

Menurut Wall Street Journal, beberapa pembuat ubat-ubatan di Amerika Syarikat (AS) dan penyelidik di University of Queensland di Australia kini antara pihak yang sedang bekerja keras membangunkan vaksin virus baru ini.

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN MALAYSIA

Kementerian Kesihatan telah mengaktifkan semua Pasukan Tindakan Pantas (RRT) dan Pasukan Penilaian Pantas (RAT) ekoran kes novel koronavirus (2019-nCoV) di negara ini. Pasukan-pasukan itu ditugaskan untuk menjalankan aktiviti pengesanan kontak (contact tracing activites) dan ditempatkan di fasiliti kementerian di seluruh negara termasuk di hospital dan klinik.

WhatsApp Image 2020 01 26 at 19.38 .17 1  - Apa Itu Coronavirus Dan Cara Mencegahnya

 

LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI DIRI ANDA DARIPADA CORONAVIRUS

WhatsApp Image 2020 01 26 at 18.57 .15 1  1 - Apa Itu Coronavirus Dan Cara Mencegahnya

KESIMPULAN

Kami berharap perkongsian mengenai Coronavirus ini menjadikan anda seorang yang lebih peka terhadap kebersihan diri dan keadaan sekeliling. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda yang mencurigakan, segeralah ke klinik untuk menerima rawatan.

Ambil kesempatan ini untuk mempraktikkan semua langkah-langkah pencegahan di atas dan lindungi diri anda dan keluarga daripada terkena wabak coronavirus ini.

TERIMA KASIH