Bantuan Asas Makanan B40.
Golongan B40 khususnya keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Wilayah Persekutuan Labuan adalah layak untuk membuat permohonan bantuan asas makanan bagi meringankan beban mereka dan memastikan keluarga yang terlibat dapat menjalani kuarantin dengan keadaan baik dan stabil.
Bantuan Asas Makanan ini dikendalikan di bawah Perbadanan Labuan yang ditubuhkan pada 1 Julai 2001 sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan Labuan.
Anda mengenali keluarga yang terlibat dengan proses kuarantin ini atau anda sendiri merupakan mereka yang terkesan?
Buat permohonan sekarang dengan merujuk artikel Pemberitahuan hari ini Bantuan Asas Makanan B40 Keluarga Kuarantin Di W.P Labuan.
Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.
Jom baca.
Isi Kandungan
Bantuan Asas Makanan B40 Keluarga Kuarantin Di W.P Labuan
Ekoran kes Covid-19 yang semakin meningkat Malaysia, peratusan rakyat terpaksa melalui proses kuarantin semakin meningkat bagi membendung penularan wabak itu menjadi lebih serius.
Diharapkan melalui bantuan ini, dapat membantu meringankan beban mereka yang dikuarantin terutama sekali dari aspek makanan asas.
Berikut adalah syarat-syarat permohonan bantuan asas makanan ini:
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Pemohon adalah warganegara Malaysia
- Keluarga terdiri daripada golongan B40
- Keluarga yang terjejas akibat kuarantin perlu melampirkan borang Annex 14 (bukti dikuarantin)
- Permohonan mestilah dibuat daripada Keluarga Isi Rumah (KIR)
CARA PERMOHONAN BANTUAN MAKANAN ASAS B40
Keluarga yang berkelayakan dan memenuhi semua syarat-syarat di atas boleh terus membuat permohonan dengan mengikuti cara-cara berikut:
- Pemohon membuat permohonan melalui panggilan ditalian: 087-408758
- Selepas panggilan anda disambungkan, maklumkan kepada urusetia mengenai permohonan Bantuan Asas Makanan Untuk Keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19.
- Berikan maklumat yang diperlukan untuk permohonan kepada pihak urusetia yang bertugas.
- Pemohon yang layak akan menerima bantuan ini yang disalurkan terus ke rumah pemohon.
NOTA:
- Adalah diingatkan kepada pemohon bahawa panggilan hanya boleh dibuat mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang sahaja.
Soalan Lazim Bantuan Asas Makanan B40
Jika pemohon bukan daripada warganegara Malaysia, adalah pemohon boleh membuat permohonan Bantuan Kit Makanan ini?
- Tidak. Hanya pemohon daripada warganaegara Malaysia sahaja boleh memohon bantuan ini.
Adakah bantuan ini diberikan hanya kepada B40 yang sedang dikuarantin?
- Ya. Bantuan ini hanya diberikan kepada keluarga B40 yang sedang dikuarantin.
Apakah jenis bantuan yang disalurkan melalui Bantuan Kit Makanan ini?
- Bantuan yang disalurkan melalui Bantuan Kit Makanan ini adalah bantuan makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung, dan lain-lain lagi.
Kesimpulan Bantuan Makanan Asas B40
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini anda boleh hubungi pihak yang berkenaan di saluran yang berikut:
- Hotline Perbadanan Labuan ditalian: 087-408758
- PORTAL RASMI PERBADANAN LABUAN
Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH