Pemberitahuan » Informasi » Bantuan Awal IPT 2022 (MAIDAM): Permohonan & Kelayakan

Bantuan Awal IPT 2022 (MAIDAM): Permohonan & Kelayakan

Bantuan Awal IPT 2022.

Makluman khas buat rakyat Terengganu khususnya mereka yang ingin melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara, anda kini boleh membuat permohonan Bantuan Awal Pengajian Dalam dan Luar Negara daripada Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Apa syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan?

Macam mana nak buat permohonan?

Pemberitahuan membawakan anda entri hari ini Bantuan Awal IPT 2022 (MAIDAM): Permohonan & Syarat Kelayakan sebagai rujukan buat mereka yang berminat.

Jom baca!

Apa Itu Bantuan Awal IPT MAIDAM?

Untuk makluman anda, Yayasan Pendidikan MAIDAM merupakan GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kerana Yayasan Pendidikan MAIDAM mengambil alih sebahagian aktiviti zakat pendidikan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Peranan YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM adalah menyediakan kemudahan dan peluang yang lebih luas kepada masyarakat umum untuk bersama – sama menggembleng tenaga dalam menyumbang kepada pembangunan pendidikan.

Selaras dengan peranan utama Yayasan Pendidikan MAIDAM, bantuan awal pengajian IPT ini diwujudkan bagi meringankan beban ibu bapa atau penjaga untuk menampung kos pembelajaran pengajian tinggi anak-anak mereka.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT 2022 (MAIDAM)

TERKINI

maidam - Bantuan Awal IPT 2022 (MAIDAM): Permohonan & Kelayakan

Permohonan ini telah dibuka dari 12 Januari 2022. Mereka yang berminat boleh mula memohon sekarang.

KATEGORI KELAYAKAN MENGIKUT PERINGKAT PELAJARAN

  • Sijil.
  • Matrikulasi.
  • Asasi.
  • Diploma.
  • Ijazah.
  • Ijazah Sarjana Muda.
  • Sarjana (Master).
  • Doktor Falsafah (PhD).

Bantuan Awal IPT 2022 (MAIDAM): Permohonan & Syarat Kelayakan

Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut informasi mengenai bantuan awal IPT MAIDAM:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan yang perlu anda penuhi adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan rakyat negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu.
  2. Pemohon adalah golongan asnaf dan miskin.
  3. Pemohon mestilah beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  4. Pemohon merupakan pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.
  5. Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
  6. Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu (1) tahap pengajian.
  7. Pemohon tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri dan tidak bekerja.
  8. Permohonan perlu dihantar dalam tempoh enam (6) bulan.
Baca Juga :  Bantuan Sara Hidup: Jadual Pembayaran BSH 2020

NOTA:

Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon yang TIDAK MENUNAIKAN SEPENUHNYA ZAKAT kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.

CARA MOHON BANTUAN AWAL IPT 2022 (MAIDAM) ONLINE

NOTA:

Permohonan perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran pengajian.

Mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan di atas boleh terus membuat permohonan online dengan cara mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Pemohon perlu layari PORTAL i-ZAKAT YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM
  2. Pemohon ‘Kali Pertama’ perlu mendaftar terlebih dahulu. Klik pada ‘Daftar Pengguna’ dan isi semua butiran pendaftaran yang diminta.
  3. Selesai mendaftar, pemohon perlu Log Masuk menggunakan Nombor MyKad dan kata laluan yang dicipta semasa pendaftaran. Isi semua butiran permohonan dengan lengkap. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses.
  4. Butiran permohonan perlu dimuat naik bersama-sama dokumen sokongan pada ruangan yang disediakan.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  • Surat rasmi tawaran belajar.
  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
  • Salinan sijil SPM/ STPM/ sijil berhenti sekolah.
  • Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ penjaga. * Penyata pencen/ kad pesara adalah bagi pesara kerajaan sahaja.
  • Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
  • Salinan sijil kematian / cerai (jika berkaitan).
  • Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara.
  • Slip permohonan.

Maklumat Lanjut Bantuan Awal IPT 2022 (MAIDAM)

Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan IPT MAIDAM untuk pengajian di dalam dan luar negara anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH