Pemberitahuan » Terkini » Permohonan Bantuan Awal IPT Lembaga Zakat Kedah 2021

Permohonan Bantuan Awal IPT Lembaga Zakat Kedah 2021

Permohonan Bantuan Awal IPT.

Bantuan awal IPT Lembaga Zakat Kedah memberi peluang kepada pelajar-pelajar pengajian tinggi di Malaysia meneruskan pengajian dengan menampung kos pengajian awal terutama sekali buat golongan B40 yang memerlukan.

Anda inginkan maklumat lanjut mengenai bantuan ini?

Teruskan membaca artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Bantuan Awal IPT Lembaga Zakat Kedah 2021 sebagai rujukan buat mereka yang berminat dan ingin membuat permohonan.

Jom teruskan bersama kami!

Apa Itu Bantuan Awal IPT Lembaga Zakat Kedah?

Untuk makluman anda, bantuan awal IPT (Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Dalam Negara) ini adalah bantuan one-off yang diberikan mahasiswa-mahasiswi untuk menampung kos pengajian tahun pertama bagi mereka yang melanjutkan pelajaran  di institut pengajian tinggi di Malaysia.

Dana bantuan ini datang daripada hasil kutipan zakat negeri Kedah Darul Aman melalui program asnaf fisabilillah dan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak.

Bantuan awal IPT ini tidak melibatkan pelajar yang menyambung pengajian diperingkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pusat pengajian yang bertaraf sekolah.

akim bantuan awal ipt zakat kedah 1024x1024 - Permohonan Bantuan Awal IPT Lembaga Zakat Kedah 2021

Permohonan Bantuan Awal IPT Lembaga Zakat Kedah 2021

Bagi mereka yang ingin membuat permohonan, berikut kami sertakan maklumat mengenai syarat kelayakan permohonan, cara permohonan dan sebagainya:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah berstatus beragama Islam.
  2. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/Asasi/Matrikulasi/Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan TELAH MEMBUAT BAYARAN pendaftaran awal pengajian.
  3. Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  4. Pemohon sedang bermastautin atau menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran)
  5. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga bulan pengajian.
  6. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
  7. Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon bantuan awal IPTA.
Baca Juga :  Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2020 Online

CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT LEMBAGA ZAKAT KEDAH

Sekiranya anda memenuhi kesemua syarat kelayakan di atas anda boleh terus permohonan dengan cara berikut:

  1. Pemohon perlu layari laman web rasmi: LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH
  2. Kemudian pemohon perlu klik pada ‘Aplikasi Dalam Talian’ dan pilih tab ‘Bantuan Awal IPT’
  3. Untuk pemohon baharu (kali pertama membuat permohonan), klik pada bahagian ‘PERMOHONAN BARU’
  4. Isi kesemua maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  5. Selesai itu, muat naik kesemua dokumen yang diperlukan seperti senarai di bawah sebelum menghantar borang permohonan anda.

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Dokumen-dokumen sokongan yang perlu dimuat naik bersama permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar)
  2. Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penjaga
  3. Salinan Akaun Bank Pemohon (Pelajar)
  4. Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  5. Salinan Slip Bank/ Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akaun pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT.

NOTA:

Anda perlu memastikan kesemua salinan dokumen disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, Penghulu) atau Imam/ Penolong Amil bagi kariah masjid.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kekeliruan mengenai bantuan ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di:

  • LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
  • Aras 3, Menara Zakat,Jalan Telok Wan Jah,05200 Alor Setar, Kedah.
  • Tel : 04-7331740
  • Faks : 04-7316280
  • Aduan/Cadangan : aduan@zakatkedah.com

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga lain yang memerlukan bantuan awal IPT untuk memulakan pengajian tahun pertama mereka di peringkat universiti.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH