https://pemberitahuan.com/semakan-permohonan-yapeim.html

Bantuan-Bantuan Khas Kerajaan Akibat Covid-19

Posted on

Bantuan-Bantuan Khas Kerajaan Akibat Covid-19?

Isu Pandemik Coronavirus yang melanda dunia menyebabkan seluruh dunia menjadi panik dan perintah kawalan pergerakan dan berkurung dikenakan di hampir setiap negara bagi membanteras penularan virus yang masih tiada kaedah penyembuhan terbaik buat masa ini.

Antara tindakan awal yang diambil kerajaan adalah dengan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.

Pelbagai langkah proaktif lain juga telah dilakukan kerajaan untuk membantu rakyat.

Bantuan-Bantuan Khas Kerajaan Akibat Covid-19 artikel kami pada hari ini menyenaraikan beberapa jenis bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Semoga artikel ini dapat memberikan pencerahan sepenuhnya kepada anda.

Bantuan-Bantuan Khas Kerajaan Akibat Covid-19

Berikut adalah senarai bantuan khas yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan:

BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT

  1. Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) telah diawalkan bayaran bagi fasa 2 kepada 16 Mac 2020 berbanding Mei sebanyak RM200
  2. Penerima BSH 2020 juga akan mendapat amaun tambahan sebanyak RM100 yang akan dikreditkan ke dalam bank serta RM50 yang akan dibayar secara e-tunai pada Mei 2020

BANTUAN KHAS COVID-19 (RM100 SEHARI) NADMA

  1. Bayaran sebanyak RM100 sehari diberikan kepada warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan / tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian kerana mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19 atau diri sendiri menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19
  2. Bagi mereka yang tidak bekerja sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ataupun menerima gaji sepanjang tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) disebabkan COVID-19Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja (one-off payment) dan tidak akan diberikan bagi kes berulang.
  3. Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan borang dan dipos ke NADMA.

CARA MEMOHON: PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID-19 (NADMA)

BANTUAN RM600 SEBULAN (PEKERJA CUTI TANPA GAJI)

  1. Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji mulai 1 Mac 2020, perkerja sektor swasta serta pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO dan bergaji RM4,000 ke bawah, layak menerima bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan terhad pada 6 bulan maksimum
  2. Permohonan hendahlah dibuat oleh majikan bagi pihak pekerja secara online atau melalui mana-mana cawangan PERKESO
  3. Majikan juga bertanggungjawab menyalurkan bayaran bulanan RM600 tersebut kepada pekerja yang berkenaan

 PENGURANGAN KADAR CARUMAN MINIMUM KWSP

  1. Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan sebanyak 4% daripada 11% kepada 7%
  2. Kadar caruman baharu ini akan berkuatkuasa mulai upah bulan April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga upah pekerja bulan Disember 2020 (caruman Januari 2021)
  3. Walau bagaimanapun, bagi pekerja yang ingin mengekalkan caruman pada kadar 11% boleh berbuat demikian dengan melengkapkan Borang KWSP17A (Khas 2020) dan dikemukakan kepada KWSP melalui majikan masing-masing. ke alamat emel [email protected]

Borang 17A (Khas 2020) Kekal Kadar 11% KWSP

BAYARAN ONE-OFF RM600 (Pemandu Teksi, Bas Persiaran, Pemandu Pelancong & Penarik Beca)

  1. Kerajaan menyediakan insentif tunai secara sekali bayaran berjumlah RM600 pada bulan April 2020 kepada setiap pemandu teksi, bas pelancongan, pemandu pelancong serta penarik beca yang aktif dan berdaftar pada 31 Disember 2019
  2. Insentif ini akan memanfaatkan hampir 29,000 pemandu teksi, 6,000 pemandu bas pelancongan dan 17,000 pemandu pelancong dan penarik beca.
Baca Juga :  Cara-Cara Semak KWSP Online Melalui i-Akaun

ELAUN KHAS PENJAWAT AWAM

  1. Penjawat awam yang secara langsung terdedah kepada risiko koronavirus ketika menjalankan tugas akan diberi elaun khas sebanyak RM400 sebulan bagi doktor dan kakitangan perubatan lain
  2. Elaun bulanan RM200 turut diberikan kepada kakitangan lain termasuk pegawai imigresen di pintu masuk yang terlibat secara langsung membendung wabak ini
  3. Elaun dibayar berkuatkuasa mulai 1 Februari 2020 hingga wabak COVID-19 berakhir

 BAUCAR DIGITAL & PELEPASAN CUKAI INDIVIDU (PELANCONGAN DOMESTIK) 

  1. Baucar digitial sehingga RM100 untuk rakyat Malaysia bagi penerbangan domestik, kereta api dan penginapan di hotel berlesen
  2. Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik turut akan diberikan

DISKAUN BIL ELEKTRIK DIBERIKAN

  1. Pemberian diskaun sebanyak 15% selama enam bulan daripada bil elektrik secara bulanan bagi agensi pelancongan, syarikat penerbangan, kompleks membeli belah, pusat konvensyen dan pameran (Peruntukkan mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020)
  2. Diskaun caj elektrik sebanyak 2% turut diberikan kepada pengguna dalam sektor komersial, perindustrian dan pertanian serta pengguna domestik bagi tempoh 6 bulan bermula 1 April 2020

PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN BANK

  1. Beberapa buah institusi perbankan di Malaysia telah menawarkan moratorium atau penangguhan rasmi sementara bayaran ansuran pinjaman dengan pihak bank sehingga 6 bulan
  2. Pemberian moratorium ini adalah bagi individu mahupun pemilik perniagaan yang terkesan akibat COVID-19 bagi pinjaman pembiayaan peribadi, rumah, kereta, kad kredit, pinjaman SME dan overdraft tertakluk kepada kelulusan bank
  3. Permohonan hendaklah dibuat di mana- mana cawangan bank atau boleh menelefon bank tersebut. Senarai bank yang menawarkan penangguhan pinjaman adalah seperti pautan di bawah:

PERMOHONAN PENANGGUHAN PINJAMAN BANK

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 

  1. PTPTN memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam secara automatik bermula 19 Mac 2020 hingga 30 September 2020
  2. Potongan gaji atau direct debit turut ditangguhkan tetapi bagi peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/direct debit, permohonan boleh dibuat melalui Portal PTPTN (seperti pautan di bawah) mulai 23 Mac 2020 hingga 15 April 2020

FAQ Penangguhan Pinjaman PTPTN (COVID-19)

Portal Rasmi PTPTN (COVID-19)

PENANGGUHAN PINJAMAN MARA (PELAJARAN & PERNIAGAAN)/DISKAUN SEWAAN PREMIS MARA

  1. MARA memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran selama tiga (3) bulan kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran balik selama tiga bulan
  2. Bagi pembiayaan perniagaan MARA, penagguhan bayaran balik diberikan selama enam (6) bulan dengan syarat tiada tunggakan bayaran lebih daripada dua bulan
  3. Diskaun khas juga diberikan kepada penyewaan semua premis perniagaan MARA sebanyak 30% dengan syarat tiada tunggakan bayaran lebih daripada dua bulan dan perniagaan terlibat dengan penutupan Perintah Kawalan Pergerakan
  4. Peminjam dan usahawan MARA yang menepati syarat ditetapkan dan layak perlu mengemukakan permohonan bagi penjadualan semula bayaran di pejabat MARA berhampiran bermula 1 April 2020

PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP RM500 SEBULAN

  1. Kerajaan telah mengumumkan kemudahan pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi semua ahli yang berumur 55 tahun ke bawah
  2. Kadar Maksimum pengeluaran adalah RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan
  3. Permohonan boleh dilakukan melalui tiga cara bermula 1 April 2020

Kesimpulan Bantuan-Bantuan Khas Kerajaan Akibat Covid-19

Pemberitahuan berharap artikel ini dapat memberikan anda maklumat-maklumat penting yang memberi manfaat kepada anda dan keluarga. Kongsi-kongsikan artikel ini kepada mereka yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH