Pemberitahuan » Informasi » Bantuan Masyarakat India Johor 2021: Permohonan & Syarat Kelayakan

Bantuan Masyarakat India Johor 2021: Permohonan & Syarat Kelayakan

Bantuan Masyarakat India Johor.

Masyarakat India Johor boleh menarik nafas lega dengan khabar gembira dimana satu peruntukan khas telah disediakan bagi membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan terutama sekali dalam menangani masalah Covid-19 yang semakin seirus.

Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan telah menyediakan inisiatif ini bagi mencapai objektif untuk memastikan rakyat Malaysia tidak kira kaum dan agama menerima bantuan di dalam suasana Covid ini.

Thesumber menyampaikan informasi ini melalui artikel Bantuan Masyarakat India Johor 2021: Permohonan & Syarat Kelayakan sebagai rujukan untuk mereka yang berminat untuk menerima bantuan ini.

Jom teruskan membaca artikel kami.

Bantuan Masyarakat India Johor 2021: Permohonan & Syarat Kelayakan

3 KATEGORI PERMOHONAN BANTUAN

Terdapat 3 kategori yang anda boleh pilih untuk bantuan ini iaitu:

  • Kebajikan
  • Pendidikan (IPTA/IPTS)
  • Keusahawanan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN MENGIKUT KATEGORI

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

KEBAJIKAN

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia dan bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 3 tahun.
  2. Isi rumah berpendapatan pemohon rendah iaitu kurang daripada RM2000 sebulan.
  3. Pemohon perlu mengemukakan penyata akaun bank (1 bulan), slip gaji (3 bulan), dan penyata EPF dan dokumen sokongan seperti senarai di bawah.
  4. Sekiranya ibu bapa atau penjaga pemohon bekerja sendiri, mereka hendaklah mendapat perakuan daripada Pesuruhjaya Sumpah.

PENDIDIKAN (IPTA/IPTS)

  1. Pemohon adalah warganegera Malaysia dan bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangya 3 tahun.
  2. Isi rumah berpendapatan pemohon kurang daripada RM3500 sebulan.
  3. Pemohon perlu mengemukakan penyata akaun bank (1 bulan), slip gaji (3 bulan), dan penyata EPF.
  4. Semua permohonan perlu mengemukakan salinan surat tawaran daripada institusi pendidikan yang mengesahkan kemasukan pemohon dalam kursus yang dipilih (bagi pelajar pendidikan asas, diploma dan ijazah), bagi yang bersekolah perlu mengemukakan salinan surat pengesahan pelajar.
  5. Sekiranya ibubapa atau penjaga pemohon bekerja sendiri, mereka hendaklah mendapat perakuan daripada Pesuruhjaya Sumpah.
Baca Juga :  Cara Daftar Online Tabika KEMAS Sesi 2023

KEUSAHAWAN

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia dan telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 3 tahun dan berumur di antara 18 hingga 60tahun.
  2. Pemohon sedang menjalankan perniagaan milik sendiri atau baru hendak memulakan perniagaan.
  3. Pemohon mendapat kelulusan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
  4. Satu pinjaman bagi satu isi rumah.
  5. Berpendapatan pemohon kurang daripada RM5000 sebulan.
  6. Pemohon perlu mengemukakan penyata akaun bank (3 bulan terakhir) dan Surat Akuan Bersumpah.
  7. Pemohon juga perlu mengemukakan ‘Kertas Rancangan Perniagaan’

Why Some Donu2019t Ask for Help – Depression Taboos e1623840040395 - Bantuan Masyarakat India Johor 2021: Permohonan & Syarat Kelayakan

CARA MEMOHON BANTUAN MASYARAKAT INDIA JOHOR 2021

Mereka yang berkelayakan boleh terus membuat permohonan dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  1. Pemohon perlu memuat turun borang permohonan di: BORANG PERMOHONAN BANTUAN MASYARAKAT INDIA
  2. Anda boleh muat turun borang mengikut kategori yang ingin dipohon.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk setiap kategori (SEPERTI SENARAI DI BAWAH)
  5. Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar melalui:
  6. Email: pkmij2021@gmail.com ATAU
  7. Pos ke alamat:

Pejabat Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor,
Aras 3, Bangunan Dato Jaafar Muhammad,
79555 Iskandar Puteri,
Johor Darul Takzim.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN MENGIKUT KATEGORI

Dokumen-dokumen sokongan yang perlu anda sediakan mengikut kategori permohonan adalah seperti berikut:

DOKUMEN KEBAJIKAN

  1. Sekeping gambar berukuran passport.
  2. Satu salinan kad pengenalan diri dan keluarga.
  3. Salinan slip gaji (3 Bulan) atau Akuan Sumpah jika bekerja sendiri.
  4. Salinan penyata bank.
  5. Bil elektrik dan air.
  6. Surat pengesahan doktor (jika berkenaan).
  7. Surat Pengesahan Sewa Beli Rumah (jika berkenaan).
  8. Bil tunggakan daripada TNB dan SAJ (jika berkenaan).
  9. Salinan kad pengenalan si mati.
  10. Laporan polis (jika berkenaan).

NOTA:

Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan atau Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/KetuaKampung.

DOKUMEN PENDIDIKAN (IPTA/IPTS)

  1. Salinan kad pengenalan pelajar.
  2. Salinan sijil kelahiran.
  3. Sekeping gambar berukuran pasport.
  4. Salinan kad pelajar.
  5. Salinan UPSR/PMR/SPM/STPM/SPV/Pendidikan Asas/Diploma/Lain-lain sijil.
  6. Salinan surat tawaran.
  7. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
  8. Salinan tiga bulan gaji ibu dan bapa.
  9. Salinan statement bank akaun.
  10. Salinan kad pengenalan 2 nama rujukan.

NOTA:

Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan, Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/Ketua Kampung.

DOKUMEN KEUSAHAWANAN

  • Gambar pasport
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
  • Salinan penyata akaun semasa bank (3 bulan)
  • Kertas kerja rancangan perniagaan

NOTA:

Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan, Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/Ketua Kampung.

Maklumat Lanjut Bantuan Masyarakat India Johor

Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan ini anda boleh terus hubungi:

  • Pejabat Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor: 07-266 6031/07-266 6012

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH