Pemberitahuan » Informasi » Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 RM500/RM1000: Permohonan Online

Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 RM500/RM1000: Permohonan Online

Bantuan Pendaftaran IPT YPJ.

Makluman khas buat anak-anak kelahiran Johor yang baru melangkahkan kaki ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan memerlukan bantuan kewangan untuk pendaftaran IPT.

Kadar bantuan IPT YPJ sebanyak RM500 untuk Diploma dan RM1000 untuk peringkat ijazah.

Objektif utama bantuan ini adalah untuk membantu mereka yang daripada keluarga yang memerlukan untuk memudahkan urusan pendaftaran ke IPT.

Bagaimana?

Pemberitahuan membawakan anda informasi melalui artikel kami hari ini Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 RM500/RM1000: Permohonan Online.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Jom teruskan bersama kami.

Isi Kandungan

Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 RM500/RM1000: Permohonan Online

Untuk makluman anda, Skim Bantuan Pendaftaran bagi penuntut baharu ini disediakan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi membantu meringankan bebanan kewangan anak-anak Johor yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih.

Permohonan ini akan mula dibuka pada 15 OGOS 2021 SEHINGGA 28 OGOS 2021

SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN

Untuk rujukan anda sebelum memohon kami sertakan syarat-syarat permohonan yang ditetapkan untuk bantuan ini seperti berikut:

  • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
  • Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
  • Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
  • Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  • Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  • Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  • Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  • Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ
Baca Juga :  Tarikh Pembayaran GKP 2.0 Bermula 30 November 2020

CARA HANTAR BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENDAFTARAN IPT YPJ

Mereka yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI YAYASAN PELAJARAN JOHOR
  • Isi kesemua butiran yang diminta dengan lengkap dan betul.
  • Selesai semuanya, hantar borang permohonan dan dokumen sokongan seperti panduan di bawah:
    • Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan Masuk kan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat bewarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
    • Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada i) PINJAMAN ii) SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)
    • Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ. (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan) Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.
    • Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

MAKLUMAN

  • Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.
  • Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya

Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang WAJIB disediakan oleh pemohon untuk dihantar bersama dengan borang permohonan:

  • Slip Pengesahan Permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran”
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  • Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  • Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  • Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

Maklumat Lanjut Bantuan Pendaftaran IPT YPJ

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran yang berikut:

  • Menerusi aplikasi WhatsApp:
    • Pertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355
    • Aduan Pelanggan: 013-7411 355
    • Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355
    • Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753
  • Alamat E-mel:
  • PORTAL RASMI: