Pemberitahuan » Informasi » Bantuan Persekolahan Asnaf MAIWP Back to School ‘Pilih & Pulang’ 2021

Bantuan Persekolahan Asnaf MAIWP Back to School ‘Pilih & Pulang’ 2021

Bantuan Persekolahan Asnaf MAIWP.

Sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi, persiapan persekolahan anak-anak pastinya menelan belanja yang tinggi. Yuran persekolahan, pakaian, buku-buku dan sebagainya.

Namun..

Dengan adanya Bantuan Persekolahan Asnaf MAIWP ibu-bapa pasti dapat menarik nafas lega sekaligus mengurangkan perbelanjaan sekolah anak-anak.

Anda inginkan maklumat lanjut?

Artikel Pemberitahuan hari ini Bantuan Persekolahan Asnaf MAIWP Back to School ‘Pilih & Pulang’ 2021 kami sediakan khas buat golongan ibu-bapa yang memerlukan bantuan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.

Jom teruskan baca artikel kami.

Bantuan Pakaian & Peralatan Persekolahan Asnaf MAIWP Back to School ‘Pilih & Pulang’ 2021

Untuk makluman anda, anda hanya perlu membuat semakan penerima untuk melihat sama ada anda diberikan bantuan ini atau pun tidak.

Sekiranya anda terpilih sebagai penerima bantuan persekolahan Asnaf ini anda perlu membuat penebusan barang-barang persekolahan di lokasi yang telah ditetapkan.

CARA BUAT SEMAKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN ASNAF MAIWP

  1. Anda hanya perlu klik pada SEMAKAN PENERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN ASNAF MAIWP dan anda akan melihat paparan seperti di bawah.
  2. Kemudian isikan No. K/P Murid dan tekan pada butang ‘Semak’

BANTUAN SEKOLAH e1610265451234 - Bantuan Persekolahan Asnaf MAIWP Back to School 'Pilih & Pulang' 2021

KADAR BANTUAN PERSEKOLAHAN ASNAF MAIWP  YANG DIBERIKAN

Bantuan yang dilakukan ini adalah berkonsepkan “Pembelian tanpa perlu pembayaran”

Eh macam mana tu?

Dalam erti kata lain, anda perlu membuat penebusan barangan persekolahan ini di lokasi-lokasi terpilih sahaja dan setiap individu yang layak akan menerima kredit voucher RM250 – RM400 yang diberikan mengikut sekolah.

Sebagai contoh bagi Sekolah Rendah / Lelaki / Tidak Bersekolah Agama akan menerima bantuan sebanyak RM250 manakala Sekolah Rendah / Lelaki / Bersekolah Agama akan menerima bantuan RM400.

Anda akan menggunakan kredit voucher ini untuk membuat penebusan di lokasi terpilih MAIWP.

LOKASI PENEBUSAN (PASARAYA) BARANG PERSEKOLAHAN

  1. Hadir ke mana-mana 46 buah pasaraya/ kedai terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
  2. Pilih barangan yang diperlukan berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh MAIWP mengikut kadar yang ditetapkan.
  3. Pulang dengan hati gembira tanpa perlu membuat bayaran

CARA-CARA MEMBUAT PENEBUSAN BARANG PERSEKOLAHAN

Selesai membuat semakan dan nama anda terpilih sebagai penerima bantuan ini, anda boleh membuat penebusan dengan cara yang berikut:

  1. Pergi ke pasaraya/kedai yang berdaftar.
  2. Pilih barang keperluan.
  3. Setiap penerima bantuan diwajibkan untuk membeli barangan wajib terlebih dahulu yang telah ditetapkan oleh MAIWP.
  4. Serahkan MyKad/MyKid/Kad Pintar (Kad MAIWP Kasih Asnaf) di kaunter bayaran.
  5. Juruwang memasukkan jumlah pembelian di kaunter pembayaran.
  6. Masukkan 6-Digit Pin pertama yang tertera di MyKad/MyKid/ Kad Pintar di kaunter.
  7. Resit akan dicetak setelah selesai
  8. Semak baki akaun pada resit dan simpan resit tersebut sebagai rujukan.

Mudah bukan?

LOKASI-LOKASI UNTUK MEMBUAT PENEBUSAN (PASARAYA TERPILIH):

  • Bintang Fashion Selayang Baru
  • Mydin Selayang Utama
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Selayang Utama
  • Bintang Fashion–Metro Kepong
  • Canggih–Pustaka Rawang Enterprise
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Sri Selayang
  • Bintang Fashion – Sri Gombak
  • Canggih–Kedai Canggih Wangsa Walk Mall
  • Canggih–Ana Muslim Desa Melawati
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Taman Permata
  • Econsave Festival City–Setapak
  • Bintang Fashion–Aeon Big Wangsa Maju
  • Mydin Chow Kit Emporium
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan TAR
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan TAR 2
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan TAR 3
  • Canggih–Pustaka Ibu Pudu Sentral
  • The Store–Midpoint
  • Canggih–Paris Garden Kenanga Wholesale City
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Petaling 2
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Petaling 3
  • Canggih-Kedai Serbanika Pangsapuri Pantai Ria
  • The Store Sri Petaling
  • Bintang Fashion–Giant Kinrara
  • Econsave Jalan Klang Lama
  • Econsave Scott Garden
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Taman Medan
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Sri Permaisuri
  • Mydin Sinar Kota, Jalan Silang
  • Econsave Balakong
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Silang
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Lake Fields
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Sungai Besi
  • Bintang Fashion Pandan Jaya
  • Canggih–Pustaka Rawang
  • Mydin Wholesale Hypermarket Semenyih
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Kajang
  • Bataras Labuan
  • Bataras Labuan–Financial Park
  • Canggih–Canggih Bayu 2 Jalan Okk Awang Besar Labuan
  • Canggih–Rizqen Enterprise UTC Labuan
  • Canggih–Canggih Bayu Bukit Garden
Baca Juga :  Semakan Majikan Lulus Program Subsidi Upah PERKESO Online

SENARAI PAKAIAN DAN PERALATAN SEKOLAH YANG BOLEH DITEBUS

Senarai kelengkapan sekolah yang boleh ditebus adalah seperti berikut:

Sekolah Pelajar Barangan Wajib Barangan Pilihan
Rendah Lelaki -Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-shirt
putih/singlet
-Seluar track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alatulis
-Tali pinggang
-Kasut sukan
Rendah Perempuan -Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
T-shirt putih/singlet
Seluar track
Uniform & peralatan kokurikulum
Alatulis
Tali pinggang
Kasut sukan
Sekolah
Rendah
& Sekolah
Rendah
Agama/KAFA
Lelaki -Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Baju melayu sekolah agama
-Seluar melayu sekolah agama
-Samping
-Songkok
-Beg sekolah
-T-shirt putih/singlet
-Seluar track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alatulis
-Tali pinggang
-Kasut sukan
Sekolah
Rendah
& Sekolah
Rendah
Agama/KAFA
Perempuan -Baju kurung sekolah
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Baju kurung sekolah agama
-Kain kurung sekolah agama
-Tudung sekolah agama
-Beg sekolah
-T-shirt putih/singlet
-Seluar track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alatulis
-Tali pinggang
-Kasut sukan
Sekolah
Menengah
Lelaki -Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Menengah
Perempuan -Baju kurung sekolah
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Rendah
& Sekolah
Rendah
Agama/KAFA/ Pelajar Darul Kifayah
Lelaki -Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Baju melayu sekolah agama
-Seluar melayu sekolah agama
-Samping
-Songkok
-Beg Sekolah
-T-Shirt putih/ singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Rendah
& Sekolah
Rendah
Agama/KAFA/ Pelajar Darul Kifayah
Perempuan -Baju kurung sekolah
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Baju kurung sekolah agama
-Kain kurung sekolah agama
-Tudung sekolah agama
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/ singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Menengah/ Pelajar
Darul Kifayah
Lelaki -Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Menengah/ Pelajar
Darul Kifayah
Perempuan -Baju kurung sekolah
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
SMAMAIWP/ SMISTA Lelaki -Baju kemeja sekolah lengan panjang
-Seluar sekolah
-Stokin sekolah
-Songkok
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/ singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
SMAMAIWP/ SMISTA Perempuan -Baju kurung sekolah (kaf)
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah (labuh)
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/ singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan

Maklumat Lanjut Bantuan Persekolahan Asnaf MAIWP

Sebarang maklumat lanjut anda boleh hubungi MAIWP di talian:

  1. Kuala Lumpur – 011 6254 2728 / 011 5920 909476 / 011 633 41373
  2. Putrajaya – 013 851 3066 / 08 741 9594 / 08 7419 716
  3. Labuan – 011 594 96216

Bantuan Pakaian dan peralatan sekolah MAIWP 2021 - Bantuan Persekolahan Asnaf MAIWP Back to School 'Pilih & Pulang' 2021

Kesimpulan Bantuan Persekolahan Asnaf MAIWP

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain. Sama-sama kita manfaatkan artikel ini untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP tak kira dimana jua anda berada untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang masih melanda negara.

TERIMA KASIH