Pemberitahuan » Informasi » BPN 2.0: Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional

BPN 2.0: Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional

Semakan BPN: Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Kita seluruh rakyat malaysia menjalani tempoh yang sukar di mana kita menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 di negara kita. Sehubungan dengan itu pada 27 MAc 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman bantuan untuk semua rakyat Malaysia. Dalam perutusan khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Di dalam Pakej PRIHATIN ini, Kerajaan akan menyediakan bantuan segera kepada rakyat Malaysia bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh semua golongan. Yang menariknya mengenai pakej ini adalah pemberian tunai ‘one off’ kepada kumpulan golongan M40 dan B40 dengan peruntukan hampir RM10 billion untuk meringankan rakyat yang terjejas.

Bayaran Fasa Kedua BPN Bermula 4 Mei

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Untuk pengetahuan anda, Pembayaran BPN diawalkan dan akan dibayar secara berperingkat bermula 6 April (Isnin) hingga 12 April bagi penerima B40. Manakala bagi M40 pembayaran akan dibuat bermula 13 – 15 April 2020.

Itu untuk fasa pertama.

Manakala Bayaran fasa kedua BPN pula akan disalurkan bermula 4 Mei -13 Mei membabitkan isi rumah / individu bujang B40 dan untuk M40 pula pada 13 – 15  Mei.

Mengikut statistik yang diberikan, sehingga 26 April, sebanyak 3.26 juta permohonan baru telah diterima. 2.96 juta daripadanya adalah permohonan baru dan 305,000 adalah rayuan.

Kemaskini Terkini : Rayuan BPN telah dilanjutkan sehingga 31 MEI 2020 untuk memberi peluang kepada yang GAGAL dalam permohonan sebelumnya

Berikut kami kongsikan pada anda jadual pembayaran bantuan BPN ini:

bpn fasa 2 1024x525 - BPN 2.0: Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional
Bantuan Prihatin Nasional: Bayaran Fasa 2 BPN Bermula 4 Mei

PERMOHONAN DAN SEMAKAN BPN FASA 2

Melalui maklumat yang kami perolehi di Portal Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia, cara pelaksanaan BPN ini adalah. Mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my. Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020,mengikut kriteria kelayakan berikut :

BPN - BPN 2.0: Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional
Kriteria Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Golongan sudah berumah tangga: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

  • Bantuan untuk yang sudah berkahwin
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
  • Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1600.
  • Amaun sebanyak RM1000 akan diberikan pada bulan April 2020
  • Amaun sebanyak RM600 akan diberikan pada bulan Mei 2020

Golongan sudah berumah tangga: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

  • Bantuan untuk yang sudah berkahwin
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
  • Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1000.
  • Bayaran RM500 pada bulan April 2020
  • Bayaran RM500 pada bulan Mei 2020

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan bawah RM2000

  • Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan
  • Khas untuk yang gaji bawah RM2000
  • Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM800
  • Bayaran RM500 akan diberi pada bulan April 2020
  • Bayaran RM300 akan diberi pada bulan Mei 2020

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2000-RM4000

  • Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan kepada golongan ini
  • Khas untuk yang gaji dalam lingkungan RM2000 – RM4000
  • Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM500
  • Bayaran RM250 akan diberi pada bulan April 2020
  • Bayaran RM250 akan diberi pada bulan Mei 2020

Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 2

semakan BPN - BPN 2.0: Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional

Berikut kami kongsikan serba sedikit mengenai Semakan Permohonan BPN ini, Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

  1. Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
  2. ) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN
    yang ditetapkan

Untuk makluman anda juga Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  2. Bantuan Prihatin Nasional (BPN), https://bpn.hasil.gov.my

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau
LHDN di Talian Kementerian Kewangan :

  • 03-8882 9089
  • 03-8882 9087
  • 03-8882 9191
  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Emel rasmi support BSH dan BPN :

bsh@treasury.gov.my
pre2020@treasure.gov.my

Facebook : Kementerian Kewangan Malaysia

HOTLINE LHDNM :1-800 882 747
03-8911 1000

[sc_fs_multi_faq headline-0=”h3″ question-0=”1. Apakah Bantuan Prihatin Nasional?” answer-0=”Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40. Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).” image-0=”” headline-1=”h3″ question-1=”2. Siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?” answer-1=”Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut: 1) Isi Rumah a) Kahwin; atau b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah 2) Bujang a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah. Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut: 1) Isi Rumah a) Kahwin; atau b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini. LAMPIRAN 4 2) Bujang a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP). 3) Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.” image-1=”” headline-2=”h3″ question-2=”Berapakah bayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan diterima bagi golongan B40 & M40?” answer-2=”Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut: ” image-2=”1506″ headline-3=”h3″ question-3=”4. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?” answer-3=”Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan dibuat pada bulan April dan Mei 2020.” image-3=”” headline-4=”h3″ question-4=”5. Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 ini dilaksanakan?” answer-4=”Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut: Pembayaran sekiranya: 1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau 2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional 3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut: 1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan. 2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah. 3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.” image-4=”” headline-5=”h3″ question-5=”6. Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?” answer-5=”Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40: Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional. Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40: Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.” image-5=”” headline-6=”h3″ question-6=”7. Bila dan bagaimana semakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh dibuat?” answer-6=”Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan: 1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan 2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut: 1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my 2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my 3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my” image-6=”” headline-7=”h3″ question-7=”8. Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?” answer-7=”Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja: 1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my 2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my 3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my” image-7=”” headline-8=”h3″ question-8=”9. Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional?” answer-8=”Selain daripada mengisi borang atas talian, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan. Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan.” image-8=”” headline-9=”h3″ question-9=”10. Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional akan dilakukan?” answer-9=”Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.” image-9=”” headline-10=”h3″ question-10=”11. Jika pemohon Bujang berstatus Pelajar Sepenuh Masa, adakah layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40? ” answer-10=”Tidak. Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40.” image-10=”” headline-11=”h3″ question-11=”12. Adakah penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 yang berada di pedalaman negeri Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran pada April 2020?” answer-11=”Tidak. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima Pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak akan dibuat secara sekaligus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020.” image-11=”” headline-12=”h3″ question-12=”13. Bagaimanakah kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan?” answer-12=”Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.” image-12=”” count=”13″ html=”true” css_class=””]

Baca Juga :  Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPN)

Kesimpulan Bantuan Prihatin Nasional ( BPN )

Kami berharap agar perkongsian kami mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) Fasa 2 ini dapat memudahkan urusan anda dalam mendapat maklumat berkaitan infomasi terkini. Kongsikan Juga berita baik ini kepada rakan dan saudara anda. Maklumat lanjut mengenai artikel ini boleh di semak di pautan yang kami sediakan di atas. Selamat Maju jaya dan duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ini.