Bantuan Tunai Prihatin Covid-19
Rakyat negeri Sabah kini sudah boleh mula membuat semakan permohonan Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 ini.
Bagaimana?
Pemberitahuan dengan artikel Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah RM300: Semakan Status hari ini memberikan anda panduan mudah untuk rujukan anda yang terlibat.
Jom teruskan membaca artikel kami!
Isi Kandungan
Apa Itu Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah?
Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 ini adalah bantuan tambahan yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada 28 Oktober 2020 yang lalu yang mana penerima yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM300 seorang.
Bantuan Prihatin COVID-19 adalah sebahagian daripada Bantuan COVID-19 Sabah yang diumumkan oleh Ketua Menteri dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM160 juta.
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, bantuan ini akan memberikan manfaat kepada golongan sasar seperti mereka di dalam sektor pertanian, pelancongan, pengangkutan, anak yatim, ibu tunggal, dan OKU.
Tetapi, suka untuk kami ingatkan disini, bantuan ini tidak melibatkan permohonan baharu kerana data penerima diambil daripada pelbagai kementerian seperti Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan lain-lain agensi.
Oleh kerana itu, para pemohon perlu menyemak semula status mereka sama ada mereka layak untuk menerima Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 atau sebaliknya.
Selain Bantuan Tunai Prihatin COVID-19, kerajaan negeri turut mengagihkan Bantuan Bakul Makanan berjumlah RM34.86 juta melibatkan 169,345 penerima.
Semakan Status Bantuan Tunai Prihatin Covid-19 Sabah
Berikut kami kongsikan cara-cara untuk anda membuat semakan status samada layak atau tidak untuk menerima bantuan ini:
- Layari laman web BANTUAN COVID-19 SABAH
- Isikan no kad pengenalan anda di ruang yang telah disediakan.
- Tandakan pada kotak ‘Saya Bukan Robot’ untuk pengesahan.
- Kemudian klik pada butang ‘Semak.’
- Status bantuan samada layak atau tidak akan dipaparkan.
KEPUTUSAN SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI PRIHATIN COVID-19
Penerima yang layak menerima bantuan ini akan menerima dua bentuk paparan keputusan sama ada mereka perlu mengambil wang di bank atau wang tersebut terus dikreditkan ke akaun bank.
- Contoh paparan mereka yang layak menerima bantuan:
Penerima Bantuan PRIHATIN COVID-19: [RM300] Sila tuntut di cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran anda, mulai 23 Nov 2020 (Isnin);
ATAU
Pembayaran telah dikreditkan: (SUCCESS ‘Tarikh dikreditkan’)
2. Contoh paparan mereka yang tidak layak menerima bantuan:
Pemohon bukan berdaftar dengan Jabatan/Agensi di bawah MAFI;
ATAU
Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan DITOLAK: Bukan klien Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA).
Permohonan tidak lulus (JHEWA).
Tiada rekod permohonan.
Maklumat Lanjut Bantuan Tunai Prihatin Covid-19
Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan ini anda boleh terus hubungi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di talian
- 088-223 536 etx. 236 (Roshidi)/ 236 (Norsafi)/ 250 (Sukari).
Semoga artikel kami ini dapat membantu anda khususnya rakyat Sabah dalam menghadapi gelombang ketiga Covid-19 ini.
Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM untuk memutuska rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara kita.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH