Pemberitahuan » Informasi » Borang Permit Pergerakan Rentas Negeri Online 2020

Borang Permit Pergerakan Rentas Negeri Online 2020

Borang Permit Pergerakan Rentas Negeri.

Untuk makluman anda, kerajaan Malaysia menerusi Majlis Keselamatan Negara telah mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malam 14 Oktober 2020 (hari ini) sehingga 27 Oktober 2020.

PKPB ini sudah semestinya akan memberi kesan kepada pergerakan rentas negeri kepada 3 negeri yang terlibat ini.

Bagaimana caranya untuk anda buat permohonan permit pergerakan rentas negeri untuk urusan pekerjaan, kecemasan dan sebagainya?

Artikel Pemberitahuan hari ini Borang Permit Pergerakan Rentas Negeri Online 2020 merangkumkan segala maklumat yang anda perlukan buat rujukan mereka yang berminat.

Jom baca!

Borang Permit Pergerakan Rentas Negeri Online 2020

Tindakan PKPB ke atas tiga negeri ini iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor adalah kerana susulan berlakunya peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini di ketiga-tiga negeri terbabit yang memaksa PKPB dilaksanakan semula.

Langkah pelaksanaan PKPB di megeri-negeri yang terlibat ini adalah merupakan cara untuk kerajaan memastikan rantaian wabak Covid-19 ini boleh diputuskan sekaligus memulihkan negara daripada terus diancami pandemik yang melanda dunia ini.

PROSEDUR PERMOHONAN RENTAS NEGERI ONLINE

Bagi mereka yang ingin mendapatkan borang permohonan rentas negeri ini berikut adalah langkah-langkah mudah untuk anda ikuti:

  1. Muat turun Borang Permit Pergerakan Rentas Negeri PKPB
  2. Isi butir-butir pemohon dengan lengkap dan betul
  3. Nyatakan sebab-sebab permohonan pergerakan dengan lengkap
  4. Turunkan tandatangan pemohon dan tarikh
  5. Bawa borang tersebut ke balai polis berhampiran untuk mendapat kelulusan
  6. Sekiranya mendapat kelulusan, borang tersebut perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa yang melakukan sekatan jalan raya

PKP4 e1602653314901 - Borang Permit Pergerakan Rentas Negeri Online 2020

NOTA:

  • Anda juga boleh mendapatkan borang ini di balai-balai Polis berdekatan sebelum merentasi/memasuki sekatan jalan raya yang didirikan di kawasan yang sedang melaksanakan PKPB.
  • Perlu diingatkan bahawa hanya 2 orang sahaja dibenarkan dalam setiap pergerakan.
  • Pekerja-pekerja pula dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.
Baca Juga :  Permohonan Bantuan Pemandu Pelancong 2021 Secara One-Off

APA ITU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)?

PKPB atau Conditional Movement Control Order (CMCO) adalah kawalan pergerakan yang berfokuskan berkaitan dengan majlis sosial.

Ini bermakna, sebarang majlis sosial tidak dibenarkan untuk diadakan seperti:

  1. Kenduri
  2. Majlis perkahwinan
  3. Konsert
  4. Majlis perasmian dan perhimpunan
  5. Perhimpunan bulanan jabatan swasta

Selain itu, semua semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya juga adalah tidak dibenarkan. Ini termasuklah:

  1. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub
  2. Pusat rekreasi
  3. Taman tema
  4. Indoor playground
  5. Panggung wayang

Namun kelonggaran untuk perniagaan terus beroperasi diberikan bagi memastikan sektor ekonomi tidak terlalu terjejas. Antara jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah:

  1.  Restoran
  2. Kedai/gerai makan
  3. Kenderaan bersaji (food truck),
  4. Penjaja tepi jalan
  5. Penjaja beredar
  6. Medan selera/pusat penjaja,
  7. Gerai makan tepi jalan/kiosk
  8. Kedai runcit
  9. Kedai serbaneka
  10. Kilang industry

PENGECUALIAN PERGERAKAN RENTAS NEGERI

Terdapat beberapa kelonggaran diberikan kepada kategori-kategori di bawah:

  1. Individu dari kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang ingin melakukan pergerakan ke negeri lain atas sebab-sebab kecemasan seperti sakit dan kematian sahaja.
  2. Individu yang hendak merentasi kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya atas sebab-sebab kecemasan.
  3. Individu dari luar yang ingin memasuki ke kawasan yang sedang melaksanakan PKPB atas sebab-sebab kecemasan.
  4. Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Kesimpulan Borang Permit Pergerakan Rentas Negeri

Semoga artikel kami hari ini dapat membantu memudahkan perjalan dan urusan anda sepanjang PKPB ini. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Berhati-hati di jalan raya dan amalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

TERIMA KASIH