Borang Permohonan Bantuan KWAPM.
Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) selagi lagi dibuka untuk murid-murid yang berkelayakan.
Apa syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan?
Dimana nak dapatkan borang permohonan?
Jangan risau, entri Pemberitahuan hari ini Borang Permohonan Bantuan KWAPM 2021 (Bantuan One-Off) kami sediakan khas buat keluarga yang memerlukan bantuan ini.
Apa tunggu lagi? Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)?
Untuk makluman anda, bantuan ini merupakan inisiatif dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Hal ini kerana faktor kemiskinan adalah faktor utama punca keciciran dalam pelajaran dikalangan murid sekolah.
Oleh itu, Dasar Pendidikan Wajib dilaksanakan dan berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai darjah satu.
OBJEKTIF PELAKSANAAN BANTUAN KWAPM
Objektif utama bantuan ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan dari semua golongan bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan sama sekali keciciran malahan dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara holistik.
Borang Permohonan Bantuan KWAPM 2021 (Bantuan One-Off)
Berikut kami sertakan informasi mengenai syarat kelayakan. kadar bantuan, cara permohonan etc untuk rujukan mereka yang ingin memohon:
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KWAPM
Kriteria yang ditetapkan untuk melayakkan pelajar menerima bantuan ini adalah seperti berikut:
- Pelajar yang bersekolah di Sekolah Rendah atau Menengah Kerajaan dan memperoleh Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1)
- Pelajar mestilah Warganegara Malaysia.
- Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan mendapat pengesahan status sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
- Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti jadual di bawah.
- Pelajar yang TIDAK menerima sebarang bantuan berbentuk kewangan sebagai persediaan ke sekolah daripada mana-mana pihak.
JUMLAH BANTUAN KWAPM
Jenis Data/Status Kemiskinan | Bantuan Am Persekolahan (BAP) |
|
|
|
|
|
BORANG PERMOHONAN BANTUAN KWAPM 2021
Mereka yang menepati semua syarat kelayakan di atas boleh terus mendapatkan borang permohonan dan ikuti langkah-langkah di bawah;
Pemohon perlu mengisi borang-borang permohonan di bawah:
- Borang Permohonan Bantuan Persekolahan PB-1
- Borang Pengesahan Pendapatan PB-2
- Permohonan Biasiswa Persekutuan Kecil PB-3
Borang di atas perlu diisi dengan lengkap dan betul serta dihantar ke pihak sekolah bersama dokumen-dokumen salinan yang telah dicop dan disahkan.
PERMOHONAN BANTUAN KWAPM MELALUI SISTEM eKASIH
Untuk makluman, Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam sistem eKASIH atau anak-anak orang asli yang berdaftar di dalam sistem eDamak dan telah diisyhtiharkan sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan.
Mereka yang belum mendaftar boleh melayari portal rasmi ekasih dan edamak untuk memudahkan proses permohonan bantuan KWAPM.
PERMOHONAN BANTUAN KWAPM KECEMASAN
Apa itu bantuan KWAPM kecemasan?
KWAPM Kes Kecemasan adalah bantuan yang boleh dipohon sepanjang tahun berdasarkan kes bencana dan syarat kelayakan pemohon.
Contoh kes kecemasan yang disenaraikan:
- Ketua Isi Rumah Meninggal Dunia
- Bencana Alam
- Kediaman Terbakar
- Ketua Isi Rumah Hilang Upaya Untuk bekerja
- Cicir Akibat Kemiskinan
Permohonan adalah secara one-off, manakala tempoh permohonan perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan daripada berlakunya kes bencana.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang bersekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang Pendapatan Isi Rumah di bawah PGK Nasional 2016 semasa kes berlaku.
KADAR BANTUAN YANG DIBERIKAN
- Sekolah Rendah: RM200
- Sekolah Menengah: RM300
Maklumat Lanjut Borang Permohonan Bantuan KWAPM
Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak berkenaan melalui saluran berikut:
- Alamat:
- Unit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Kewangan, Aras 6-7, Blok e12,
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya.
- Unit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin,
- Telefon / Faks: +603-88847002/7091/7088/7020/7647/7303
- Emel: kwapm@moe.gov.my