Pemberitahuan » Informasi » BPN 2.0: Permohonan Baru Dibuka Sehingga 15 November 2020

BPN 2.0: Permohonan Baru Dibuka Sehingga 15 November 2020

BPN 2.0: Permohonan Baru

Anda menepati semua syarat-syarat untuk membuat permohonan baharu BPN 2.0?

Tahukah anda permohonan secara online dan manual dibuka sehingga 15 November ini?

Pemberitahuan dengan artikel BPN 2.0: Permohonan Baharu Dibuka Sehingga 15 November 2020 merangkumkan panduan ringkas untuk rujukan anda yang berminat.

Jom baca!

TERKINI

Tarikh akhir BPN 2.0 Permohonan Baru sehingga 15 November 2020 (Ahad) ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengingatkan orang ramai yang bukan penerima BPN sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan supaya memohon segera, selewat-lewatnya sehingga 15 November ini.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau online di https://bpn.hasil.gov.my/ atau melalui penghantaran borang manual ke pejabat LHDNM yang berdekatan.

Anda juga boleh terus layari laman web rasmi BPN Hasil seperti link di atas untuk mengetahui syarat-syarat permohonan & Soalan Lazim (FAQ) mengenai BPN 2.0 ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BPN 2.0

Semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia & belum pernah memohon BPN sebelum ini layak memohon.

KATEGORI B40

Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

Bujang:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

KATEGORI M40

Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000

Bujang:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000
Baca Juga :  Tarikh Umum Dividen ASB 2022 & Semakan Dividen ASB Online

KATEGORI PENERIMA BPN 2.0

4 kategori yang layak menerima BPN adalah:

  1. B40
  2. B40 Bujang
  3. M40
  4. M40 Bujang

bpn 2.0 fasa 1 fdan 2 - BPN 2.0: Permohonan Baru Dibuka Sehingga 15 November 2020

Untuk makluman anda, pembayaran BPN 2.0 ini akan dilakukan secara ansuran bermula pada hujung bulan Oktober dan juga pada bulan Januari tahun hadapan.

Kadar bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

1 bpn 2 0 tambahan 1024x448 - BPN 2.0: Permohonan Baru Dibuka Sehingga 15 November 2020

Kaedah pembayaran seperti BPN sebelum ini iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan.

Sekiranya anda tiada akaun bank atau bank tidak aktif (gagal kredit) anda boleh terus membuat tuntutan tunai dimana-mana cawangan BSN yang berhampiran.

Dan bagi penerima kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, pembayaran akan dibuat secara tunai bermula Januari 2021.

Tuntutan tunai ini hanya boleh dibuat setelah nombor siri wujud pada paparan semakan BPN 2.0 di https://bpn.hasil.gov.my/

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPN 2.0

Semakan status permohonan baru anda boleh dibuat di laman web rasmi BPN bermula 15 Oktober 2020.

Untuk membuat semakan anda perlu log masuk ke sistem tersebut.

Sekiranya terlupa kata laluan, perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan.

Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Maklumat Lanjut BPN 2.0: Permohonan Baru

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kita bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19.

TERIMA KASIH