Pemberitahuan » Panduan » BPTAR 2020: Permohonan Bantuan Pelajar IPTA B40 RM300

BPTAR 2020: Permohonan Bantuan Pelajar IPTA B40 RM300

BPTAR 2020: Permohonan Bantuan Pelajar

Untuk makluman anda, Yayasan Tuanku Abdul Rahman telah membuka permohonan bagi pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Universiti Awam (UA) Dalam Negara untuk memohon Bantuan Pelajaran Tun Abdul Razak atau BPTAR 2020.

Bagaimana?

Artikel Pemberitahuan hari ini BPTAR 2020: Permohonan Bantuan Pelajar IPTA B40 RM300 kami sediakan khas bersama maklumat yang anda perlukan buat rujukan permohonan.

Jom teruskan bersama kami!

Apa Itu BPTAR 2020?

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada 1966 hasil inisiatif gagasan Utusan Melayu atau kini dipanggil sebagai Utusan Malaysia.

Pembiayaan bantuan pelajaran dibawah YTAR bermula dengan tabung sumbangan kumulatif para pemimpin Malaysia yang bersemangat membantu pelajar daripada keluarga yang kurang bernasib baik.

Bantuan pelajaran ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Bantuan ini diwujudkan khas buat para pelajar yang datang dari keluarga miskin tegar dan B40 bagi membantu mereka untuk menampung kos hidup sebagai pelajar semasa menyambungkan pelajaran di universiti.

6717a231 f65a 48f9 ba0d 4486a3785a71 gradpic - BPTAR 2020: Permohonan Bantuan Pelajar IPTA B40 RM300

BPTAR 2020: Permohonan Bantuan Pelajar IPTA B40 RM300

Berikut kami kongsikan syarat kelayakan permohonan, cara permohonan dan maklumat-maklumat lain buat rujukan anda:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pelajar yang berhasrat untuk memohon BPTAR 2020 perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

  • Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  • Pemohon berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program Ijazah Sarjana Muda di IPTA/UA.
  • Pemohon datang daripada keluarga miskin tegar atau B40 dengan pendapatan keluarga RM4,849 ke bawah.
  • Peminjam PTPTN dan lain-lain bantuan kewangan layak untuk memohon.
Baca Juga :  Permohonan Pinjaman Peribadi CIMB Xpress Cash

CARA-CARA PERMOHONAN BPTAR 2020

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan permohonan di atas boleh membuat permohonan seperti berikut:

  1. Anda boleh memuat turun borang permohonan di: BORANG PERMOHONAN BPTAR 2020
  2. Borang tersebut hendaklah diisi dengan menggunakan tangan dan huruf besar atau ditaip.
  3. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Emel borang yang lengkap diisi bersama dokumen kepada pihak universiti sebelum tarikh tutup permohonan.
  5. Hantar borang yang diisi ke alamat emel di bawah:
  • Universiti Malaya – aasc@um.edu.my
  • Universiti Sains Malaysia – naziroh@usm.my/ nurilanee@usm.my
  • Universiti Teknologi Malaysia- sita@utm.my
  • Universiti Kebangsaan Malaysia – kebajikanhepukm@gmail.com
  • Universiti Pendidikan Sultan – Idrisjhepa@upsi.edu.my
  • Universiti Teknologi Mara – upkp@uitm.edu.my

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Dokumen sokongan terbabit perlu dilampirkan bersama borang permohonan iaitu:

  • Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga
  • Surat pengesahan majikan ibu bapa
  • Dokumen lain (sekiranya ada)

TINDAKAN YANG DIPERLUKAN SEKIRANYA PELAJAR BERJAYA

  1. Pelajar yang berjaya menerima bantuan ini dikehendaki untuk menghantar laporan ringkas pada akhir semester 1 2020/2021 kepada pihak YTAR.
  2. Pelajar juga dikehendaki mengisi borang maklum balas pada akhir semester 2 2020/2021.
  3. Maklumat lanjut proses ini akan disusuli dengan emel kepada pegawai yang bertanggungjawab dan pelajar.

Maklumat Lanjut BPTAR 2020

Sebarang makluman lanjut anda perlu layari laman web rasmi YTAR: https://www.yayasantar.org.my/.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH