Pemberitahuan » Panduan » Cara Bayar Saman PDRM Melalui Online/ATM (Diskaun 80%)

Cara Bayar Saman PDRM Melalui Online/ATM (Diskaun 80%)

Cara Bayar Saman PDRM.

Iya, sekarang ni dengan kecanggihan teknologi yang ada anda boleh check dan bayar saman trafik anda online ataupun sms. Senang kan? Jimat masa dan tenaga anda.

Ditambahkan lagi dengan TAWARAN DISKAUN 80% untuk pembayaran saman sehingga 31 DISEMBER 2021.

Cuba check kalau ada saman yang tertunggak? Ambil kesempatan yang diberikan ini untuk anda membayar saman yang tertunggak dengan nilai yang lebih rendah.

Bagaimana?

Jangan risau, tak susah pun. Semuanya ada di dalam artikel kami Cara Bayar Saman PDRM Melalui Online/ATM (Diskaun 80%)

Jom baca!

Cara Bayar Saman PDRM Melalui Online/ATM (Diskaun 80%)

Kini semuanya lebih selamat, pantas dan mudah untuk menyemak saman PDRM (Polis Diraja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), dan Automated Enforcement System (AES).

Pilihan anda kini makin meluas, anda boleh guna cara manual di kaunter jabatan yang terlibat ataupun semak saman guna hujung jari sahaja samada secara online/perkhidmatan SMS.

TERKINI

YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Orang ramai boleh menjelaskan saman melalui :

  • Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
  • Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
  • Pejabat Pos Malaysia
  • ATM Maybank

CARA BAYAR SAMAN PDRM SECARA ONLINE

Sambutan yang diberikan rakyat Malaysia dengan penawaran diskaun 80% saman ini sangat memberansangkan sehingga ada yang sanggup beratur panjang.

Tapi, buat beratur kalau anda boleh bayar online?

Ada 4 medium utama yang anda boleh gunakan untuk semak saman trafik secara online & SMS;

BAYAR SAMAN MELALUI MYEG ONLINE

MyEG menawarkan servis untuk menyemak saman trafik PDRM, JPJ, AES dengan mudah. Anda juga boleh menggunakan servis MyEG untuk menghantar notifikasi pada alamat email anda sekiranya anda mempunyai saman baru.

Tak payah nak pergi check lagi, notifikasi pemberitahuan automatik akan dihantar kepada anda. Mudah dan cepat.

MyEG juga menawarkan perkhidmatan memperbaharui insurans kenderaan dan pembayaran zakat.

Cara menyemak saman menggunakan servis MyEG:

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
  2. Kemudian login menggunakan butiran yang telah anda daftarkan sebelum ini (untuk pendaftaran buat kali pertama anda perlu klik butang ‘CREATE ACCOUNT’ untuk menggunakan servis di MyEG)
  3. Pergi ke pautan e-Services dan pilih anda ingin semak saman PDRM, JPJ, atau AES
  4. Kemudian anda akan dibawa ke paparan saman yang ingin disemak
  5. Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online
Baca Juga :  Kemaskini dan Semakan Permohonan BSH Fasa 2

cara semak saman online 1 - Cara Bayar Saman PDRM Melalui Online/ATM (Diskaun 80%)

BAYAR SAMAN DI PORTAL JPJ ONLINE

Anda tidak perlu mendaftar untuk menyemak saman di laman portal rasmi JPJ, isikan no kad pengenalan dan no kenderaan sahaja.

Cara menyemak saman di portal rasmi JPJ:

  1. Di bahagian ‘Senarai Perkhidmatan’ klik pada pautan ‘Semakan Saman JPJ dan AES’
  2. Kemudian pilih sama ada ingin memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan
  3. Klik butang ‘Semak’
  4. Sistem akan memaparkan laporan saman sekiranya anda mempunyai saman JPJ / AES

cara semak saman online 2 - Cara Bayar Saman PDRM Melalui Online/ATM (Diskaun 80%)

Nota penting untuk saman JPJ dan AES:

  • JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.
  • AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

BAYAR SAMAN MELALUI SISTEM ‘RILEK’

Cara menyemak saman menggunakan servis ‘RILEK’:

  1. Layari laman sesawang RILEK – https://www.rilek.com.my/
  2. Anda perlu membuat pendaftaran baru untuk pertama kali dan login menggunakan nama serta kata laluan
  3. Klik pada menu dropdown ‘Search By’ dan pilih kaedah semakan
  4. Seterusnya masukkan maklumat yang diperlukan dan tekab butang ‘Next’
  5. Pembayaran saman boleh dibuat tapi hanya untuk perbankan internet Maybank, RHB dan CIMB

cara semak saman online 3 - Cara Bayar Saman PDRM Melalui Online/ATM (Diskaun 80%)

SEMAKAN BAYARAN SAMAN ONLINE (SSO) PDRM

Cara semak saman menggunakan sistem SSO:

  1. Pergi ke laman rasmi SSO
  2. Sila buat pendaftaran untuk pengguna baru atau log masuk untuk pengguna sedia ada
  3. Setelah log masuk, klik pada ikon ‘Status Saman’
  4. Semakan saman boleh dibuat dengan menggunakan no kad pengenalan atau no kenderaan

SEMAKAN SAMAN SECARA SMS

CARA SEMAK SAMAN POLIS MELALUI SMS

semak saman pdrm - Cara Bayar Saman PDRM Melalui Online/ATM (Diskaun 80%)

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN ABC1234

ATAU

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN 654321870912

CARA SEMAK SAMAN JPJ MELALUI SMS

semak saman jpj - Cara Bayar Saman PDRM Melalui Online/ATM (Diskaun 80%)

  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. KP
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman 654321870912

ATAU

  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman DEF5678

CARA BAYAR SAMAN PDRM MELALUI ATM MAYBANK

Mudah sahaja, anda hanya perlu pergi ke mana-mana ATM Maybank yang berdekatan dan ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Tekan pada ‘Paybills’
  2. Kemudian tekan ‘Pembayaran Saman PDRM’
  3. Tekan ‘Teruskan’ dan masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan’
  4. Teruskan pembayaran dan simpan resit untuk rujukan anda

Siap! Mudah bukan?

Kesimpulan Cara Bayar Saman PDRM

Jangan terkejut sangat lepas check saman tu ye, tak perlu kelam kabut, sebab sekarang ni nak bayar saman secara online pun boleh. Mudah sangat, hujung jari je urusan anda boleh selesai. Jimat masa kan?

Tapi, jangan jadikan alasan senang check atau bayar saman sebagai lesen untuk anda memandu secara bahaya dan langgar peraturan jalan raya.

Berhati-hati ketika memandu dan sayangi nyawa anda dan orang yang anda sayang.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pengguna!