Pemberitahuan » Informasi » Cara Buat Temujanji PUSPAKOM: Pemeriksaan Kenderaan

Cara Buat Temujanji PUSPAKOM: Pemeriksaan Kenderaan

Cara Buat Temujanji PUSPAKOM.

Bagi pengguna yang ingin menukar hak milik kenderaan, menjual kenderaan atau perkhidmatan lain yang berkaitan di PUSPAKOM, perlu membuat temujanji terlebih dahulu.

Bagaimana?

Bagi yang masih kurang jelas, apa itu PUSPAKOM anda berada di tempat yang betul.

Pemberitahuan membawakan anda artikel kami hari ini Cara Buat Temujanji PUSPAKOM: Pemeriksaan Kenderaan & eHailing sebagai panduan untuk pengguna di luar sana.

Jom baca!

Apa Itu PUSPAKOM?

Untuk makluman anda, PUSPAKOM ditubuhkan pada tahun 1984 dan adalah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.

PUSPAKOM merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian.

Peranan utama syarikat PUSPAKOM adalah seperti berikut:

  • Menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk membantu pemilik kenderaan dalam memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya.
  • Memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap.

STANDARD PEMERIKSAAN PUSPAKOM

PUSPAKOM secara konsisten menyediakan perkhidmatan yang terbaik, dan mematuhi piawaian antarabangsa dan jaminan prestasi berkualiti tertinggi dari badan pensijilan dan akreditasi berasaskan industri.

Klik pada point utama berikut untuk anda rujuk sendiri standard pemeriksaan yang ditetapkan:

Cara Buat Temujanji PUSPAKOM: Pemeriksaan Kenderaan & eHailing

Seterusnya mari kita lihat cara-cara untuk pengguna membuat temujanji sebelum hadir kemana-mana cawangan PUSPAKOM di Malaysia:

CARA DAFTAR AKAUN MyPUSPAKOM ONLINE

Sebelum membuat temujanji online anda perlu memiliki akaun di MyPUSPAKOM terlebih dahulu. Ikuti langkah-langkah berikut untuk panduan pendaftaran:

  1. Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI MyPUSPAKOM
  2. Kemudian klik pada ‘DAFTAR MASUK KALI PERTAMA’
  3. Masukkan maklumat yang diminta di paparan ‘Register’ dengan lengkap dan betul.
  4. Cipta ‘Kata Laluan’ pilihan anda kemudian sahkan kata laluan tersebut.
  5. Anda perlu memuat naik dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan pendaftaran:
    • MyKad pemilik
    • Geran kenderaan.
  6. Klik pada ‘Register’ setelah selesai mengisi maklumat dan memuat dokumen pendaftaran.
Baca Juga :  Cara Memohon Bantuan Zakat Sabah (MUIS) Terkini Online

Siap! Mudah bukan?

CARA BUAT JANJITEMU PUSPAKOM ONLINE

Selesai mendaftar di MyPUSPAKOM, anda kini boleh membuat temujanji puspakom secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah:

  1. Pengguna perlu ‘Log Masuk’ ke akaun MyPUSPAKOM terlebih dahulu.
  2. Selepas itu, klik pada ‘Temujanji Baru’
  3. Lengkap maklumat kenderaan berikut:
    • Kategori kenderaan
    • Jenis kenderaan
    • Kelas kegunaan dan sebagainya
  4. Selesai isi butiran kenderaan anda, pilih ‘negeri’ dan ‘tarikh pemeriksaan’ yang anda inginkan mengikut kesesuaian anda.
  5. Jika anda menggunakan ‘perkhidmatan wakil’, anda perlu melengkapkan maklumat wakil atau pembawa kereta yang akan hadir
  6. Kemudian. sahkan maklumat janji temu anda jumlah bayaran
  7. Pengguna boleh buat pembayaran secara online samaada menggunakan kad kredit, kad debit atau FPX (perbankan internet)
  8. Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima ‘Slip Pengesahan Temujanji’ dan klik ‘Cetak’. Simpan slip tersebut sebagai rujukan.

PEMERIKSAAN e-HAILING PUSPAKOM

Butiran mengenai pemeriksaan kenderaan e-Hailing adalah seperti berikut:

pemeriksaan puspakom 1024x1024 1 e1636960403868 - Cara Buat Temujanji PUSPAKOM: Pemeriksaan Kenderaan

Soalan Lazim Cara Buat Temujanji PUSPAKOM

Bilakah saya boleh melakukan temujanji melalui MyPUSPAKOM?

  • Temujanji boleh dilakukan seawal 1 bulan dan selewat- lewatnya 12 jam sebelum Tarikh Temujanji yang dikehendaki. (Tertakluk kepada slot yang tersedia)

Kenapa perlu dibuat pemeriksaan PUSPAKOM?

  • Tujuan pemeriksaan bertujuan melindungi pemilik baru kenderaan yang dijual daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi peraturan seperti kenderaan potong-sambung.

Adakah semua kenderaan perlu dibuat pemeriksaan puspakom untuk proses pertukaran hak milik?

  • Menurut prosedur yang digariskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori sebelum proses tukar nama kereta atau pindah milik kenderaan boleh dilakukan.
    Namun begitu, pemeriksaan Puspakom ini terkecuali untuk kenderaan motosikal.