Pemberitahuan » Panduan » Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Secara Online 2020

Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Secara Online 2020

Cara Buka Akaun SSPN-i.

Perhatian kepada ibu bapa yang ingin membuka akaun SSPN untuk anak-anak anda! Pendaftaran secara online kini telah dibuka.

Artikel Pemberitahuan hari ini kami bawakan anda Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Secara Online sebagai panduan khas bagi memudahkan urusan ibubapa yang berminat. Mudah sahaja! Semuanya ada disini.

Jom baca!

Apa Itu SSPN-i & SSPN-i Plus?

Sebelum anda buat pendaftaran adalah lebih baik sekiranya anda mengenali dahulu konsep asas SSPN-i dan SSPN-i Plus ini buat rujukan untuk urusan anda akan datang.

SSPN-i

  • Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatan SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
  • Kini SSPN dijenamakan semula sebagai SSPN-i selari dengan skim patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

SSPN-i PLUS

  • SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
  • SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
  • SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

Berikut kami sertakan gambar rajah perbezaan di antara SSPN-i & SSPN-i Plus ini:

perbezaan sspni dengan sspni plus - Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Secara Online 2020

SSPN-i berbeza dengan SSPN-i Plus kerana SSPN-i Plus menyediakan skim perlindungan yang lebih meluas dan komitmen bulanan yang  tetap.

Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pakej Intan: RM30 / sebulan
  • Pakej Delima: RM50 / sebulan
  • Pakej Topas: RM 100 / sebulan
  • Pakej Zamrud: RM 200 / sebulan
  • Pakej Nilam: RM300 / sebulan
  • Pakej Berlian: RM500 / bulan
Baca Juga :  Keluarkan Duit Dengan Mudah Tanpa Kad ATM

MANFAAT DAFTAR AKAUN SSPN

  • Simpanan dijamin kerajaan.
  • Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.
  • Pemberian dividen yang konsisten. SSPN memberikan dividen sebanyak 4% sejak beberapa tahun lepas.
  • SSPN menyediakan takaful, pampasan kematian, manfaat penyakit kritikal, khairat kematian dan elaun hospital.
  • Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, kepada pendeposit yang mempunyai anak menyambung pengajian di IPT.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN
  • Cabutan dan promosi yang memberikan hadiah lumayan kepada pendeposit.

Tidak kiralah anda memilih samada SSPN-i atau SSPN-i Plus kedua-duanya merupakan platform simpanan yang terbaik untuk anak-anak anda.

Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Secara Online

Berikut kami kongsikan pada anda cara-cara buka akaun SSPN-i & SSPN-i Plus secara online dan beberapa maklumat lanjut buat rujukan anda:

CARA BUKA AKAUN SSPN-i & SSPN-i PLUS ONLINE

  1. Layari laman web berikut: DAFTAR SSPN-i
  2. Pilih Pakej pilihan anda contohnya: ‘SSPN-i’ ATAU ‘SSPN-i Plus’
  3. Isi maklumat peribadi yang diminta dengan lengkap
  4. Pilih kaedah potongan bayaran: anda boleh memilih cara membuat bayaran bulanan dan menghubungkan akaun bank dengan SSPN
  5. Baca dan fahami terma dan syarat yang ditetapkan kemudian klik ‘Setuju’
  6. Buat pembayaran dengan memasukkan minima deposit ke dalam akaun anda. Untuk SSPN-i penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPN-i Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan. Kemudian pilih bank yang disediakan untuk meneruskan proses pembayaran
  7. Maklumat pengesahan pembukaan akaun akan dipaparkan buat rujukan anda

SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN-i ONLINE

Berikut kami kongsikan cara untuk buat semakan akaun SSPN-i anda secara online:

  1. Layari portal rasmi PTPTN
  2. Pilih ‘Semakan Penyata SSPN-i’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap kemudian klik ‘DAFTAR’
  4. Log masuk menggunakan nombor MyKad pendeposit dan kata laluan untuk semak baki penyata SSPN-i

SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN-i PLUS ONLINE

  1. Layari portal rasmi PTPTN
  2. Pilih ‘Semakan Penyata SSPN-i Plus’
  3. Portal Online SSPN-i Plus (Semakan Penyata)
  4. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap kemudian klik ‘DAFTAR’
  5. Log masuk menggunakan nombor MyKad pendeposit dan kata laluan untuk semak baki penyata SSPN-i Plus

Soalan Lazim & Maklumat Lanjut Cara Bukan SSPN-i Online

Buat rujukan mereka yang berminat berikut adalah pautan untuk soalan lazim berkenaan SSPN-i & SSPN-i Plus:

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai SSPN-i dan SSPN-i Plus anda boleh hubungi: