Pemberitahuan » Informasi » Cara Daftar eBil Air Selangor Online: Semak & Bayar Bil Air

Cara Daftar eBil Air Selangor Online: Semak & Bayar Bil Air

Cara Daftar eBil Air Selangor.

Anda dah daftar eBil Air Selangor? Urusan semakan dan pembayaran bil air akan menjadi lebih mudah apabila semuanya anda boleh lakukan secara atas talian/online.

Anda cuma perlu muat turun atau daftar di website Air Selangor untuk mengaplikasikan perkhidmatan eBil Air Selangor.

Bagaimana?

Rujuk artikel Pemberitahuan hari ini Cara Daftar eBil Air Selangor Online: Semak & Bayar Bil Air dimana kami menyediakan panduan khas bagi mereka yang berminat.

Jom teruskan membaca artikel kami.

Cara Daftar eBil Air Selangor Online: Semak & Bayar Bil Air

Untuk makluman anda, Nama lama bagi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) adalah pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air yang melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan bekalan air secara holistik kepada pengguna-pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

CARA DAFTAR eBIL AIR SELANGOR ONLINE

2 cara untuk anda mendaftar sebagai pengguna baharu di Laman Rasmi Air Selangor adalah seperti berikut:

DAFTAR MELALUI APLIKASI AIR SELANGOR

Anda perlu muat turun aplikasi Air Selangor di Google Playstore atau App Store terlebih dahulu.

  1. Baca semua terma dan syarat yang dipaparkan kemudian klik ‘I Agree’
  2. Isi butiran-butiran yang diminta di bawah dengan lengkap:
    • Full Name: Masukkan nama penuh anda
    • Email Address: Masukkan alamat emel
    • Mobile Phone Number: Masukkan nombor handphone
    • IC/Police/Military/Passport.Company Reg No: Masukkan nombor kad pengenalan
    • Password: Cipta kata laluan baharu anda. Contohnya: ABC@123efg
    • Klik Sign Up
  3. Selesai sign up, masukkan ‘Kod Pengesahan’ yang diterima melalui telefon bimbit anda.

DAFTAR MELALUI LAMAN WEB AIR SELANGOR

  1. Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI AIR SELANGOR
  2. Kemudian klik pada ‘Sign Up‘ dan ambil perhatian pada beberapa ruangan yang perlu diisi seperti di bawah:
    • Full Name: masukkan nama penuh anda, sama seperti yang terdapat pada kad pengenalan baru (MyKad) anda.
    • Email Addres: Masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
    • Mobile Phone Number: Terdapat dua ruangan untuk diisikan. Pertama sekali, di sebelah kiri, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya kod negara ialah Malaysia, pilih +60. Kemudian, pada ruangan kedua, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
    • IC/Police/Military/Passport/Company Reg No: Masukkan nombor kad pengenalan baru (MyKad) anda tanpa tanda ‘-‘, ATAU nombor pengenalan polis/tentera ATAU nombor passport.
    • Password: Masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah minimum 8 aksara dan alphanumeric (gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol)
  3. Klik ‘Register’ kemudian klik ‘Sign Up
  4. Anda akan menerima SMS ke telefon bimbit anda yang mengandungi kod 6 digit.
  5. Masukkan kod tersebut dalam ruangan ‘Profile Verification yang tertera’ dan klik ‘Confirm’ sekiranya tiada SMS yang diterima, ‘Didn’t receive any SMS? Resend’
  6. Dah selesai! Pendaftaran anda berjaya.
Baca Juga :  Permohonan Skim Air Selangor 2021: Skim Air Darul Ehsan

ASFDFD - Cara Daftar eBil Air Selangor Online: Semak & Bayar Bil Air

CARA BAYAR BIL AIR SELANGOR ONLINE

Dah selesai mendaftar? Jom lihat cara selesaikan bil air anda secara online:

  1. Log masuk ke: PORTAL RASMI AIR SELANGOR
  2. Pada bahagian kiri ‘Dashboard’ klik pada ‘Bil & Pembayaran’
  3. Jika anda mempunyai dua lokasi/alamat atau lebih, pastikan anda memilih lokasi/alamat yang ingin di bayar
  4. Contohnya, jika pilih untuk bayarkan bil air untuk ibu bapa di kampung, sila pilih alamat kampung
  5. Kemudian klik ‘Bayar’ dan isikan jumlah yang ingin dibayar di ruangan ‘Jumlah Yang Dibayar’
  6. Masukkan email untuk terima resit di ruangan ‘Resit Dihantar Kepada’
  7. Kemudian pilih bank klik ‘Teruskan’
  8. Sila ikuti arahan dari bank untuk meneruskan proses pembayaran

Okay dah siap bayar! Mudah bukan?

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai semakan, bayaran, pendaftaran bil Air Selangor secara online anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran berikut:

  1. Perkhidmatan Pelanggan: 15300
  2. Email: wecare@airselangor.com

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH