Pemberitahuan » Informasi » Cara Daftar i-Akaun KWSP di Kiosk/Email/Bank 2020

Cara Daftar i-Akaun KWSP di Kiosk/Email/Bank 2020

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Dengan rancaknya pakej i-Sinar KWSP yang ditawarkan kerajaan sekarang ini, anda sudah pasti tidak ingin melepaskan peluang untuk mendapatkan dana bantuan bagi menampung perniagaan atau memastikan kelansungan hidup yang lebih lancar.

Tetapi..

Sudahkah anda mengaktifkan akaun i-Akaun KWSP anda?

Bagaimana?

Pemberitahuan dengan artikel kami hari ini Cara Daftar i-Akaun KWSP di Kiosk/Email/Bank 2020 kami sediakan sebagai panduan khas untuk anda membuat pendaftaran i-Akaun KWSP dengan mudah.

  1. Jom baca!

Kemudahan Perkhidmatan i-Akaun KWSP

Apa kelebihannya apabila anda membuat i-Akaun KWSP ni?

Antara kemudahan perkhidmatan yang disediakan i-Akaun KWSP adalah seperti berikut:

  1. Kemaskini maklumat peribadi
  2. Semakan kelayakan pengeluaran
  3. Semakan baki simpanan
  4. Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
  5. Semakan rekod caruman individu/caruman majikan
  6. Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  7. Menyemak maklumat penamaan/waris
  8. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  9. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran Contohnya pengeluaran i-SINAR,i-LESTARI

Mudah bukan?

Apa tunggu lagi?

Jom kita daftar i-Akaun KWSP!

kios kwsp i akaun - Cara Daftar i-Akaun KWSP di Kiosk/Email/Bank 2020

Cara Daftar i-Akaun KWSP di Kiosk/Email/Bank 2020

Berikut kami kongsikan beberapa cara untuk anda membuat pendaftaran i-Akaun KWSP:

CARA DAFTAR i-AKAUN DI KIOSK KWSP

  1. Masukkan kad pengenalan dan nombor telefon yang masih aktif. Kemudian, scan cap jari.
  2. Lepas 10 saat, akan keluar sekeping kertas yang akan memaparkan nombor ID. Satu mesej yang mengandungi kata laluan akan dihantar ke telefon anda oleh KWSP.
  3. Masukkan semula kad pengenalan pada kiosk dan scan cap jari sekali lagi.
  4. Pilih “Semak Penyata” dan sekeping lagi kertas akan keluar yang mengandungi penyata akaun 1, penyata akaun 2, dan baki keseluruhan.
  5. Sila Install aplikasi i-Akaun Mobile KWSP ke dalam telefon pintar anda
  1. Masukkan nombor ID dan kata laluan yang diperolehi (kiosk KWSP)
  2. Sila masukan nombor ID dan kata laluan baru yang mudah anda ingat dan simpan kata laluan ini untuk anda log masuk ke i-akaun pada masa akan datang.
  3. Anda telah berjaya memiliki i-akaun dan dapat membuat sebarang urusan KWSP secara online.
Baca Juga :  Cara Memohon Bantuan Zakat Sabah (MUIS) Terkini Online

CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP MELALUI EMAIL

  1. Ahli membuat permohonan pendaftaran/pengaktifan i-Akaun (Ahli) melalu e-mel ke:iakaundaftar@epf.gov.my
  2. Contact Management Centre (CMC) terima e-mel dan mengesahkan semua dokumen adalah betul dan sepadan dengan rekod KWSP. CMC akan e-mel kembali kepada ahli 5 soalan sekuriti yang kompleks
  3. Ahli terima dan menjawab soalan sekuriti dengan menghantar e-mel ke: iakaundaftar@epf.gov.my
  4. CMC terima email dan memastikan semua soalan dijawab dengan betul dan sepadan dengan rekod KWSP
  5. CMC membuat pendaftaran di BDS dan Support Centre
  6. Ahli terima ID pengguna dan kata laluan sementara melalui SMS dan membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli)

CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP MELALUI THIRD PARTY KIOSK KWSP

Third party kiosk KWSP ini terletak di kebanyakan bank seperti RHB, CIMB, Maybank, Bank Rakyat, Hong Leong Bank, Alliance, malah juga terdapat di Aeon, Courts dan UTC.

Anda boleh membuat semakan third-party ini di SEMAKAN LOKASI 3RD PARTY KIOSK KWSP

Cara daftar melalui third party kiosk ini adalah seperti berikut:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  2. Masukkan nombor telefon terkini (pastikan nombor telefon yang aktif) dan cap jari anda.
  3. Tunggu dalam 10 saat akan keluarkan kertas yang dipaparkan nombor ID anda beserta dengan SMS kod TAC yang dihantar oleh KWSP.
  4. Sila install aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit.
  5. Masukkan nombor ID serta kata laluan
  6. Masukkan lagi sekali nombor ID tadi dan kod TAC yang dihantar oleh KWSP.
  7. Kemudian kemaskini kata laluan baharu.
  8. Pendaftaran i-akaun selesai dan berjaya

Maklumat Lanjut Cara Daftar i-Akaun KWSP 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut mengenai i-Akaun KWSP ini anda boleh mendapatkan maklumat di media sosial KWSP atau layari portal rasmi KWSP

Semoga artikel ini dapat mempermudahkan urusan anda untuk membuat pendaftaran i-Akaun KWSP.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Pastikan anda sentiasa mengamalkan SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH