Pemberitahuan » Panduan » Cara Daftar Kelahiran Online di JPN Dengan Mudah 2022

Cara Daftar Kelahiran Online di JPN Dengan Mudah 2022

Cara Daftar Kelahiran Online.

Daftar kelahiran anak JPN secara online? Mudah bukan?

Anda tidak perlu hadir ke kaunter JPN, tidak perlu beratur. Hanya perlukan telefon pintar dan sambungan internet sahaja proses pendaftaran kelahiran JPN boleh selesai.

Macam mana?

Pemberitahuan membawakan anda entri hari ini Cara Daftar Kelahiran Online di JPN Dengan Mudah 2022 sebagai panduan kepada mereka yang berminat.

Jom baca!

Cara Daftar Kelahiran Online di JPN Dengan Mudah 2022

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak 2019 menjadikan proses urusan fizikal di bank, pejabat kerajaan etc. menjadi lebih rumit namun kreativiti dan inovasi manusia memudahkan semua proses tersebut dengan mewujudkan sistem atas talian atau online contohnya sistem pendaftaran kelahiran anak di JPN secara atas online.

SIAPA YANG BOLEH DAFTAR KELAHIRAN ANAK?

  • Ibu atau bapa kanak-kanak
  • Penjaga kanak-kanak
  • Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak
  • Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)

CARA DAFTAR KELAHIRAN ANAK ONLINE DI JPN

Untuk makluman anda, ibu bapa perlu mendaftarkan anak mereka 60 hari dari tempoh kelahiran dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Macam mana nak daftar?

Jom rujuk langkah-langkah di bawah:

  1. Pengguna perlu layari PORTAL RASMI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA – PERKHIDMATAN KELAHIRAN
  2. Kemudian klik ‘Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian’ anda akan di bawa ke satu halaman baru, klik ‘Allow’ untuk membenarkan pop-up daripada tetapan pelayar internet anda.
  3. Bagi yang belum mendaftar, anda perlu klik pada ‘Daftar Pengguna Baru’ dan lengkapkan semua maklumat pendaftaran yang diminta.
  4. Selesai mendaftar, ‘Log Masuk’ kemudian isi semua maklumat pendaftaran kelahiran. Maklumat yang lengkap akan menerima notifikasi ‘Permohonan Anda Telah Berjaya’
  5. Klik pada ‘Cetak Slip Permohonan’ dan bawa slip tersebut ke pejabat JPN berdekatan dengan anda dalam tempoh 60 hari.
Baca Juga :  Cara Permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)

Screenshot 2022 02 15 at 13 56 57 Sistem Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian e1644904457133 - Cara Daftar Kelahiran Online di JPN Dengan Mudah 2022

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Dokumen-dokumen berikut perlu dibawa ke Pejabat JPN bersama slip permohonan yang telah dicetak:

  • Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
  • Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  • Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
  • Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
  • Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri  pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);
  • Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan
  • Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).
  • Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung

Kesimpulan Cara Daftar Kelahiran Online

Anda tidak lagi perlu beratur lama untuk proses permohonan pendaftaran kelahiran anak di kaunter JPN, buat pendaftaran secara online, cetak slip permohonan dan hadir ke pejabat JPN berdekatan untuk menyerahkan slip permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan.

Lebih mudah, lebih selamat, lebih jimat masa.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH