Cara Daftar SSM Percuma.
Daftar SSM percuma? Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)?
Untuk makluman anda SPPP ini kini diperluas kepada semua usahawan B40 diberikan peluang untuk daftar SSM secara percuma.
Bagaimana?
Anda inginkan maklumat lanjut?
Artikel Pemberitahuan hari ini Cara Daftar SSM Percuma (SPPP) Untuk Usahawan B40 kami sediakan buat semua golongan usahawan B40 yang berminat dan layak.
Apa tunggu lagi?
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)?
SPPP yang telah dilancarkan pada 23 Disember 2020 lalu telah ditambah baik di mana sebelum ini hanya memberi manfaat kepada usahawan dari kalangan belia dan ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja.
Berkuatkuasa pada 15 Februari 2021, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperluaskan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Usahawan B40
Berikut kami kongsikan syarat kelayakan permohonan, cara permohonan dan maklumat lain buat rujukan anda:
SYARAT KELAYAKAN DAFTAR SSM PERCUMA USAHAWAN B40/PELAJAR
KATEGORI USAHAWAN GOLONGAN B40
- Pemegang MyKad/MyPR
- Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan
- Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dilakukan di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM
KATEGORI PELAJAR IPTA/IPTS
- Pemegang MyKad/MyPR;
- Wargenagara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
CARA DAFTAR SSM PERCUMA ONLINE (USAHAWAN B40/PELAJAR)
Pemohon yang layak boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui Portal EzBiz Online di pautan ezbiz.ssm.com.my.
- Login ke laman web EzBiz https://ezbiz.ssm.com.my/
- Sila pilih menu MY BUSINESS SERVICE.
- Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
- Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
- Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
- Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
- Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.
• FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
• Instagram / IG: @ssmofficialpage
• Twitter: @ssmofficialpage
• Telegram: https://t.me/ssmofficialpage