Pemberitahuan » Informasi » Cara Daftar SSM Percuma 2021 (SPPP) Secara Online

Cara Daftar SSM Percuma 2021 (SPPP) Secara Online

Cara Daftar SSM Percuma.

Pendaftaran perniagaan percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) merupakan tawaran di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Setakat ini seramai 9,492 golongan B40 dan pelajar IPT telah mendaftar perniagaan mereka dengan SSM.

Tempoh pelaksanaan skim ini tertakluk kepada sehingga peruntukan geran habis digunakan dan diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan.

Untuk panduan penuh jom baca artikel Pemberitahuan hari ini Cara Daftar SSM Percuma 2021 (SPPP) Secara Online.

Semuanya ada disini.

Cara Daftar SSM Percuma 2021 (SPPP) Secara Online Untuk Golongan B40 & Pelajar IPT

Berikut kami kongsikan syarat permohonan, cara permohonan etc untuk rujukan anda:

SYARAT PERMOHONAN DAFTAR SSM PERCUMA

Syarat-syarat permohonan mengikut kategori adalah seperti berikut:

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN GOLONGAN B40

  1. Pemegang MyKad/MyPR.
  2. Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
  3. Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Golongan B40.
  4. Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN PELAJAR IPT SEPENUH MASA

  • Pemegang MyKad/MyPR.
  • Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
  • Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara.
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
Baca Juga :  Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Online

Screenshot 2021 07 21 at 12 01 08 SPPP SSM 1024x1024 jpg WEBP Image 1024 × 1024 pixels — Scaled 74 - Cara Daftar SSM Percuma 2021 (SPPP) Secara Online

PENGECUALIAN BAYARAN PENDAFTARAN SSM

Untuk makluman pendaftaran SPPP SSM ini melibatkan pengecualian fi pendaftaran perniagaan berikut:

  1. Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan: RM30 setahun.
  2. Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred: RM60 setahun.
  3. Cetakan maklumat: RM10.

CARA DAFTAR SSM PERCUMA 2021 ONLINE

Mereka yang menepati kelayakan permohonan di atas boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  1. Pemohon perlu layari: PORTAL RASMI EZBIZ SSM
  2. Untuk pemohon baharu, klik pada ‘Sign Up’ dan isi semua butiran pendaftaran kemudian klik ‘Save’
  3. Log masuk dengan memasukkan username dan kata laluan yang anda daftarkan tadi.
  4. Isi maklumat diri dan perniagaan yang diminta dengan lengkap dan betul
  5. Muat naik dokumen-dokumen berikut mengikut kategori permohonan.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

KATEGORI PELAJAR IPT

  • Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang);
  • Salinan kad pelajar; dan
  • Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.

KATEGORI GOLONGAN B40

  • Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang).
  • Bukti pengesahan menjalankan perniagaan:
    • Permohonan bantuan pinjaman/geran perniagaan; atau
    • Dokumen berkaitan jual beli produk atau perkhidmatan; atau
    • Gambar pemohon bersama premis/tempat/gerai perniagaan bersama pemohon; atau
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut Cara Daftar SSM Percuma

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran yang berikut:

  • Pusat panggilan SSM: 03-77214000
  • E-mel pertanyaan ke: enquiry@ssm.com.my

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH