Pemberitahuan » Panduan » Cara Keluarkan Duit eWallet Ke Akaun Bank Dengan Mudah

Cara Keluarkan Duit eWallet Ke Akaun Bank Dengan Mudah

Cara Keluarkan Duit Dari eWallet.

Anda nak cashkan duit dari eWallet anda dan pindahkan jumlah tertentu ke dalam akaun bank?

Bagaimana?

Pemberitahuan membawakan anda artikel hari ini Cara Keluarkan Duit eWallet Ke Akaun Bank Dengan Mudah sebagai panduan khas bagi mereka yang masih keliru. Semuanya ada disini!

Jom baca!

Cara Keluarkan Duit Dari eWallet ke Akaun Bank Step by Step Dengan Mudah

Tahniah kepada mereka yang menggunkan aplikasi MySejahtera dan berjaya menebus e-Penjana RM50!

Persoalannya sekarang anda ingin menggunakan duit tersebut secara cash bukan melalui eWallet.

Boleh ke?

Walaupun tujuan utama eWallet ini diwujudkan adalah untuk menggalakkan pengguna menggunakan sistem ‘cashless’ tetapi perlu kita fahami tak semua orang selesa ataupun tahu cara penggunaan sebenar eWallet ini.

Mereka ini tidak didedahkan dengan penggunaan pembayaran tanpa sentuh ini malah terdapat premis di Kawasan mereka tidak menerima bayaran selain cash sahaja.

Hal ini jelas menyukarkan mereka yang menebus wang bantuan tersebut teapi tidak dapat digunakan dengan betul. Bimbang juga sekiranya sehingga tamat tempoh 30 September ini, wang tersebut sudah tidak boleh digunakan.

Kesudahannya mereka lebih memilih untuk menukarkan duit eWallet ini ke bentuk cash.

Jika anda ingin memindahkan duit eWallet ke akaun bank, anda boleh ikuti langkah-langkah yang kami sediakan di bawah.

NOTA:

Cara ini hanya valid untuk pengguna Touch ‘N Go eWallet sahaja. Pastikan anda mempunyai akaun Shopee.

CARA KELUARKAN DUIT DARI eWALLET STEP BY STEP KE AKAUN BANK

Berikut adalah langkah step by step yang mudah untuk anda cashkan duit eWallet anda:

LANGKAH 1:

Pastikan anda pengguna Touch ‘N Go eWallet dan mempunyai akaun Shopee.

Baca Juga :  Cara Memohon Bantuan Khas COVID-19 (NADMA) RM100 Sehari

img 5f363d155d76c - Cara Keluarkan Duit eWallet Ke Akaun Bank Dengan Mudah

LANGKAH 2:

Kemudian pergi kepada aplikasi Shopee anda ataupun layari laman web shopee.com.my. Klik pada butang ShopeePay kemudian klik lagi pada butang TopUp seperti gambar rajah di bawah.

Capture - Cara Keluarkan Duit eWallet Ke Akaun Bank Dengan Mudah

LANGKAH 3:

Kemudian anda akan diberikan pilihan jumlah yang anda ingin anda topup akaun ShopeePay anda. Masukkan jumlah cash yang anda ingin keluarkan daripada akaun eWallet anda.

Selepas itu, klik pada Payment Method dan pilih Cash Payment at 7-Eleven dan klik Confirm.

Anda akan diberikan kod khas.

Seterusnya pergi ke premis 7-eleven terdekat dan buat pembayaran menggunakan Touch ‘N Go eWallet.

gggg - Cara Keluarkan Duit eWallet Ke Akaun Bank Dengan Mudah

Kemudian duit di dalam akaun eWallet anda akan masuk ke akaun ShopeePay. Barulah boleh cash out ke akaun bank!

LANGKAH 4:

Next step mudah sahaja! Anda perlu keluarkan duit dalam ShopeePay dan masuk ke akaun bank anda.

Macam mana tu?

Anda hanya perlu ikuti prose berikut:

Shopee > ShopeePay > Transfer > Transfer to Bank Account

withdraw2Bduit2Bcash - Cara Keluarkan Duit eWallet Ke Akaun Bank Dengan Mudah

Sekurang-kurangnya mengambil masa sehari untuk duit anda masuk ke ke akaun bank. Selepas itu anda dah boleh cash out kan duit eWallet anda. Mudah kan?

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi:

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH