Cara Melanggan Pas Perjalanan My30 (Tanpa Had) RapidKL

Posted on

Dikemaskini pada

Cara Melanggan Pas Perjalanan My30.

Apa sebenarnya Pas Perjalanan My30 ni?

Kerajaan memperkenalkan Program MY30 untuk memudahkan rakyat di mana pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang.

Langganan tanpa had? Macam mana?

Artikel Pemberitahuan Cara Melanggan Pas Perjalanan My30 (Tanpa Had) RapidKL hari ini memberikan anda maklumat lengkap daripada A sampai Z. Berminat?

Mari teruskan bersama kami!

Apa Itu Pas Perjalanan My30 (Tanpa Had) RapidKL?

Cara Melanggan Pas Perjalanan My30

Untuk makluman anda, Pas My30 diperkenalkan untuk mengurangkan kesan COVID-19 dikalangan pelanggan RapidKL dan menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di kesemua rangkaian RapidKL rel dan bas.

Inisiatif ini terbuka kepada semua warganegara dan akan berkuatkuasa mulai 15 Jun hingga hujung 2020. Pas ini membolehkan anda untuk menggunakan perkhidmatan RapidKL TANPA HAD setiap hari.

Pas My30 hanya boleh dilanggan menerusi MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go atau kad konsesi MyRapid bagi pelajar yang berumur 12 tahun ke bawah sahaja.

SENARAI PENGANKUTAN AWAM YANG DIKENDALIKAN PRASARANA

Senarai Pengangkutan awam di Lembah Klang di bawah kendalian Prasarana untuk program ini adalah seperti berikut:

  • LRT
  • MRT
  • Monorail
  • BRT
  • Bas RapidKL
  • Bas Perantara MRT

Cara Melanggan Pas Perjalanan My30

Berikut kami kongsikan syarat kelayakan, cara permohonan, apa yang perlu anda lakukan sebelum dan selepas permohonan seperti banyak lagi bagi mereka yang berminat:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MELANGGAN My30

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan ialah:

  • Warganegara Malaysia sahaja.
  • Memiliki MyKad dan MyTentera yang sah.
  • Bagi berumur 12 tahun dan kebawah, mereka boleh menggunakan kad konsesi MyRapid untuk mendapatkan keistimewaan ini.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MELANGGAN PAS My30

Suka untuk kami ingatkan kepada anda sebelum ingin melanggan Pas My30, anda perlu memastikan cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera berfungsi dengan baik.

Cip Touch ‘n Go pengguna boleh dipastikan berfungsi dengan baik atau tidak melalui langkah-langkah berikut:

  • Pengguna perlu membuat tambah nilai di mana-mana pusat tambah nilai Touch ‘n Go seperti stesen minyak, kedai serbaneka, Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL, dan sebagainya.
  • Jika proses tambah nilai ini berjaya, ini bermakna cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera tersebut berfungsi dengan baik.
  • Pengguna juga boleh membuat semakan di mana-mana kaunter Touch ‘n Go atau Kaunter Khidmat Pelanggan RapidKL.

Sekiranya cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera tidak berfungsi, pengguna perlu ke mana-mana pusat Jabatan Pendaftaran Negara sebelum melanggan pas My30.

CARA-CARA MELANGGAN PAS PERJALANAN My30

Anda hanya perlu membawa MyKad atau MyTentera ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan Rapid KL.

i) Sila bawa MyKad atau MyTentera anda ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan RapidKL dan hub bas terpilih.

  • Anda dikehendaki menambah nilai kad MyKad atau MyTentera sebanyak minimum RM40. Sebanyak RM0.50 akan ditolak untuk cas tambah nilai. Selepas penolakkan RM0.50, baki RM9.50 disimpan di dalam system Touch ‘n Go anda.
  • Baki ini tidak akan ditolak lagi di dalam sistem kami melainkan anda menggunakannya untuk transaksi selain di rangkaian RapidKL (di tol, kedai serbaneka, pusat membeli-belah dan sebagainya).
Baca Juga :  Permohonan Online Bantuan Ibu Tunggal One-Off RM300

ii) Sila rancangkan terlebih dahulu jadual perjalanan anda sebelum menggunakan rangkaian RapidKL.

  • Pas My30 yang dilanggan akan diaktifkan sebaik sahaja anda menyentuh pas di pintu masuk rangkaian RapidKL.
  • Anda boleh membuat mengaktifan pas untuk pembaharuan pas secara otomatik di kaunter khidmat pelanggan RapidKL dan hab bas terpilih.
  • Selepas pas berjaya diaktifkan untuk pembaharuan secara otomatik, anda boleh tambah nilai MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go di mana-mana premis atau kedai-kedai yang menawarkan khidmat tambah nilai Touch ‘n Go untuk bulan-bulan seterusnya.
  • Anda hanya perlu memastikan nilai di dalam pas tidak kurang dari RM35.00 setiap bulan

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MELANGGAN PAS My30

Sekiranya anda  menghadapi masalah setelah melanggan pas My30 seperti kerosakan MyKad atau MyTentera rosak dan tidak boleh dibaca selepas melanggan pas My30 anda perlu membawa MyKad ke pusat Jabatan Pendaftaran Negara untuk proses penggantian kad baharu.

Selain itu, anda juga boleh menuntut pemulangan baki sekiranya ada di dalam pas My30 terbabit.

Proses pemulangan baki pas My30 boleh dilakukan dengan melampirkan dokumen-dokumen sokongan ke portal RapidKL di https://www.myrapid.com.my/.

Berikut dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses pemulangan baki pas My30:

  • Nombor MFG MyKad
  • Nombor akaun bank
  • Nama bank
  • Resit langganan pas My30
  • Resit bayaran gantian MyKad daripada JPN
  • Slip pulangan nilai TNG dari JPN/ Penamatan dari TNG (hanya untuk MyKad)

Pemulangan baki pas My30 tersebut akan ditukar kepada nilai wang ringgit.

Sekiranya MyKad atau MyTentera pelanggan rosak tetapi masih boleh dibaca, baki hari pas My30 yang telah dilanggan akan dipindahkan ke kad generik Touch ‘n Go pelanggan.

Setelah pas My30 tamat tempoh, pelanggan harus memperbaharui pas My30 di dalam MyKad atau MyTentera yang baharu.

CARA MEMPERBAHARUI LANGGANAN PAS My30

2 cara untuk memperbaharui pas perjalanan My30 anda adalah seperti berikut:

  1. Sila ke mana-mana Kaunter Khidmat Pelanggan RapidKL; atau
  2. Anda boleh mengaktifkan pembaharuan pas secara otomatik dan hanya perlu memastikan baki kad adalah mencukupi pada setiap bulan.

KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN RAPIDKL

Berikut kami kongsikan lokasi kaunter RapidKL bagi pengguna yang ingin melanggan atau membuat pembaharuan pas My30:

  • Semua stesen LRT
  • Semua stesen MRT
  • Semua stesen Monorel
  • Semua stesen BRT
  • Hab bas terpilih:
    i) Pasar Seni
    ii) Seksyen 2, Shah Alam
    iii) Sri Nilam
    iv) Greenwood
    v) Terminal Kajang

Soalan Lazim & Maklumat Lanjut Cara Melanggan Pas Perjalanan My30

Sebarang maklumat dan info lanjut mengenai pas My30 boleh dirujuk melalui:

Kesimpulan Cara Melanggan Pas Perjalanan My30

Semoga artikel ini dapat memberikan sedikit pencerahan kepada anda mengenai Pas Perjalanan My30 ini.

Namun ingin diingatkan supaya anda sentiasa patuhi SOP ketika menggunakan pengangkutan awam. Sama-sama kita jaga kita.

TERIMA KASIH


Semakan Permohonan