Cara Memohon Bantuan Khas Zakat Selangor (Covid-19)

Cara Memohon Bantuan Khas Zakat Selangor (Covid-19)? 

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM15 juta sebagai bantuan segera bagi memenuhi keperluan kebajikan dan perubatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.

Pemberitahuan dengan artikel Cara Memohon Bantuan Khas Zakat Selangor (Covid-19) memberikan anda panduan penuh dan mudah mengenai proses permohonan ini.

Mari teruskan baca!

 

Cara Memohon Bantuan Khas Zakat Selangor (Covid-19)

Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan inisiatif Lembaga Zakat Selangor bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Peruntukan bantuan khas ini khusus untuk keluarga B40 (contoh: penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu) yang terjejas sumber pendapatan susulan pengumuman PKP pada 18hb Mac 2020, agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

LZS akan sentiasa melihat keperluan yang timbul dari semasa ke semasa bagi menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran sepanjang tempoh COVID-19.

Objektif

Objecktif bantuan ini diberikan adalah untuk:

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN 

Tarikh Buka: 25 MAC 2020

Tarikh Tutup: 6 APRIL 2020

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN 

Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
  3. Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan.
  4. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak Covid-19 ini. Ketua keluarga yang diberhentikan kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan. Juga termasuk Peniaga / Penjaja Kecil yang terputus pendapatan.
  5. Bantuan ini adalah merujuk kepada Keluarga atau individu. Individu (18 tahun dan ke atas) dan tidak tinggal serumah dengan ketua keluarga
  6. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari Portal Bantuan Khas Covid-19. Seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan.
  7. Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja
Baca Juga :  Geran Khas Prihatin (GKP): Permohonan & Semakan Serta Rayuan Online

KADAR BANTUAN 

One Off : RM 200 hingga RM 500 sahaja bagi setiap keluarga

Permohonan kali kedua adalah tidak dibenarkan demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.

Untuk makluman, Bantuan khas ini akan diberikan sekali sahaja secara (oneoff) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

CARA-CARA PERMOHONAN BANTUAN 

Berikut adalah cara-cara permohonan bagi mereka yang berkelayakan:

Anda perlu  melayari borang permohonan Bantuan Khas Lembaga Zakat Selangor COVID-19 di pautan yang disediakan di bawah:

Portal BKC19 : Permohonan Bantuan Khas Lembaga Zakat Selangor

  • Isikan No Kad Pengenalan dan Tekan Butang Daftar
  • Sebelum meneruskan permohonan, sila pastikan anda telah membaca dan memahami semua syarat-syarat permohonan
  • Sekiranya ada sebarang persoalan, sila baca SOALAN LAZIM terlebih dahulu
  • Proses permohonan dalam tempoh 7 hari tertakluk kepada jenis bantuan

DOKUMEN-DOKUMEN TAMBAHAN 

  1.  Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan dan Tanggungan (optional/ pilihan)
  3. Bagi yang bekerja – Slip pendapatan / pengesahan pendapatan (bagi yang masih bekerja) / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  4. Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak Perniagaan atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan
  5. Bukti Mastautin Pemohon – Bil Air, Bil Api, Bil Internet, Cukai Pintu dll atas nama/alamat Pemohon.

NOTA:

Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, kaedah penyaluran bantuan adalah melalui pindahan tunai ke akaun bank pasangan atau waris terdekat melalui surat kuasa yang ditandatangani oleh pemohon.

Maklumat Lanjut 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

  1. Soalan Lazim
  2. Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 (10.00am-3.00pm)
  3. Webchat www.zakatselangor.com.my (10.00am-3.00pm)
  4. Login ke https://ezo.zakatselangor.com.my (klik pada pertanyaan)

Kesimpulan

Pemberitahuan berharap perkongsian ini memudahkan urusan mereka yang berkelayakan. Sebar-sebarkan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan lain yang turut memerlukan.

Selamat maju jaya kami ucapkan!


Semakan Permohonan