Pemberitahuan » Panduan » Cara Memohon Dana Rumah Mampu Milik BNM 2020

Cara Memohon Dana Rumah Mampu Milik BNM 2020

Cara Memohon Dana Rumah Mampu Milik BNM 2020?

Berita baik buat anda yang bercita-cita ingin memiliki rumah idaman sendiri!

Artikel Cara Memohon Dana Rumah Mampu Milik BNM 2020 Pemberitahuan sediakan khas untuk anda yang berminat untuk membuat permohonan dana rumah mampu milik ini. Segala maklumat yang anda perlukan ada disini!

Jom baca!

Pembiayaan Pemilikan Rumah Pertama BNM

Bantuan yang dikenali sebagai Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM) ini dikhususkan khas bagi golongan berpendapatan rendah.

Dana ini akan membantu pembeli rumah yang layak untuk mendapatkan pembiayaan sama ada secara konvensional atau Islamik pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian. Antara institusi kewangan yang mengambil bahagian adalah Ambank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank.

Pengumuman yang dibuat melalui Belanjawan 2019 atau Bajet 2019 ini memperuntukkan dana keseluruhan berjumlah RM 1 billion. Dana ini tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga habis digunakan kesuluruhan jumlahnya.

Sehubungan dengan itu kerajaan memperkenalkan modul pendidikan kewangan yang padat dan mudah difahami bagi membantu pemohon atau pembeli rumah pertama ini. Modul yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ini boleh membantu para pembeli rumah untuk menilai kemampuan atau kedudukan kewangan mereka bagi memiliki rumah.

BNM Memperluas Kriteria Kelayakan Untuk Tabung Rumah Mampu Milik - Cara Memohon Dana Rumah Mampu Milik BNM 2020

 

Cara Memohon Dana Rumah Mampu Milik BNM 2020

Berikut kami sediakan maklumat mengenai syarat kelayakan, tarikh permohonan, dan cara permohonan untuk panduan anda:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Mari kita lihat syarat-syarat kelayakan untuk anda membuat permohonan ini:

  1. Individu yang memohon mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berpendapatan maksimum sebanyak RM2,300 sebulan bagi seisi rumah (dinaikkan kepada RM4,360 mulai 1 September 2019)
  3. Kadar pembiayaan maksimum adalah 3.5% setahun
  4. Pemohon mestilah pekerja makan gaji ataupun bekerja sendiri
  5. Pemohon terdiri daripada peminjam tunggal atau peminjam bersama (kedua-dua mestilah warganegara Malaysia, status penduduk tetap tidak layak)
  6. Pemohon tidak mempunyai sebarang rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu
Baca Juga :  Permohonan Pinjaman Peribadi CIMB Xpress Cash

TARIKH PERMOHONAN DANA RUMAH MAMPU MILIK BNM

Tarikh Mula: 2 Januari 2019

Tarikh Tamat: Sehingga habis jumlah keseluruhan dana

*NOTA: Dana ini akan tersedia selama dua tahun bermula 2 Januari 2019 atau sehingga habis keseluruhan jumlah RM1 Bilion digunakan.

CARA-CARA MEMOHON DANA RUMAH MAMPU MILIK BNM

LANGKAH 1:

Pemohon wajib melengkapkan modul pendidikan kewangan mandatori secara online yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Berikut kami sediakan pautan untuk anda lengkapkan modul pendidikan kewangan:

Modul Pendidikan Kewangan AKPK

*NOTA: Modul ini akan membantu bakal peminjam untuk lebih memahami komitmen kewangan mereka sebelum membeli rumah

LANGKAH 2:

Setelah selesai proses di atas, anda sebagai pemohon perlu hubungi atau hadir ke salah satu daripada institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam dana ini seperti di bawah untuk proses lanjut:

  • AmBank (M) Berhad (AmBank)
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • CIMB Bank Berhad (CIMB)
  • Malayan Banking Berhad (Maybank)
  • RHB Bank Berhad (RHB

CIRI-CIRI UTAMA DANA RUMAH MAMPU MILIK BNM

Harga Harta Tanah

  • Harga harta tanah adalah terhad sehingga RM150,000 sahaja (dinaikkan kepada RM300,000 mulai 1 September 2019)

Jenis Harta Tanah

  • Terhad kepada harta tanah rumah kediaman di pasaran utama sahaja (Rumah baharu yang dijual daripada pemaju termasuklah rumah yang sedang dalam pembinaan)

Margin Pembiayaan 

  • Margin pembiayaan dibenarkan meliputi pembayaran bagi wang pendahuluan serta jaminan gadai janji bertempoh / caruman takaful

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun (yang mana lebih rendah)

Moratorium penjualan harta tanah

  • 5 Tahun

Maklumat Lanjut

Pemohon yang berminat boleh merujuk soalan lazim yang disediakan di bawah atau menghubungi pusat talian institusi kewangan yang mengambil bahagian seperti tertera berikut:

  1. BNMTELELINK: 1-300-88-5465
  2. Bank Simpanan Nasional (BSN): 1-300 88 1900
  3. Malayan Banking Berhad (Maybank): 1-300 88 6688
  4. AmBank (M) Berhad (AmBank): 03-2178 8888
  5. CIMB Bank Berhad (CIMB): 03-6204 7788
  6. RHB Bank Berhad (RHB): 03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia) DAN 08-2276118 (Sabah dan Sarawak)

Sila pergi pada pautan yang kami sediakan di bawah untuk Soalan Lazim Permohonan Dana Rumah Mampu Milik BNM:

Soalan Lazim FAQ Dana Rumah Mampu Milik BNM

Kesimpulan

Kepada mereka yang benar-benar berminat bolehlah menggunakan panduan yang kami sediakan di atas, semoga perkongsian kami ini dapat meberi banyak manfaat. Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.

Belum cuba, belum tahu.

Selamat maju jaya kami ucapkan!