Pemberitahuan » Panduan » Cara Memohon Guru Interim SK & SJKC Online 2020

Cara Memohon Guru Interim SK & SJKC Online 2020

Cara Memohon Guru Interim SK & SJKC Online 2020? 

Berita baik untuk anda semua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu makluman telah mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk membuat permohonan Guru Interim KPM.

Artikel kami hari ini Cara Memohon Guru Interim SK & SJKC Online 2020 memberikan anda panduan lengkap. Semuanya ada disini.

Jom teruskan membaca!

Cara Memohon Guru Interim SK & SJKC Online 2020

Untuk pengetahuan anda, Pengambilan Guru Interim bagi tahun 2020 adalah untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di mana tempoh interim adalah selama 3 tahun sahaja.

Selepas itu, calon yang berjaya adalah dikehendaki untuk mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Berikut kami kongsikan kepada anda maklumat-maklumat penting mengenai permohonan guru interim KPM ini:

MAKLUMAT JAWATAN 

  • Jawatan/ Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Lantikan Tetap)/(Contract of Service)
  • Bayaran Elaun Bulanan: RM 2,188.00

PERMOHONAN SECARA ONLINE

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara atas talian/ online di pautan berikut:

PERMOHONAN JAWATAN GURU INTERIM KPM DI SK & SJKC (FASA 2)

Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan
diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN GURU INTERIM SK

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Tubuh Badan Sihat
  3. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan;
  4. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya pencapaian CGPA 3.0 atau yang setara dengannya iaitu lulusan :
    – Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan sahaja Universiti Awam (UA) bagi calon-calon Semenanjung          Malaysia; atau
    – Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan sahaja Universiti Awam (UA) atau Institut Pendidikan Tinggi          Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bagi calon-calon          anak negeri Sarawak; dan
  5. Untuk opsyen Bahasa Inggeris, pencapaian mestilah sekurang-kurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET)
Baca Juga :  Semakan Semula Keputusan SPM 2022 Secara Online

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN GURU INTERIM SJKC

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Tubuh Badan Sihat
  3. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya pencapaian CGPA 3.0 atau yang setara dengannya iaitu lulusan :
    – Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan sahaja dari Universiti Awam (UA)
  4. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
  5. Untuk opsyen Bahasa Inggeris, pencapaian mestilah sekurang-kurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET); dan
  6. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK UNTUK PERMOHONAN GURU INTERIM DI SK & SJKC

Berikut adalah calon-calon yang tidak layak untuk membuat permohonan guru interim KPM bagi SK dan SJKC:

  1. Mereka yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia
  2. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan KPM;
  3. Mereka yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut
  4. Diisytiharkan bankrap;
  5. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPGM, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan
    daripada program;
  6. Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri

TARIKH PERMOHONAN GURU INTERIM KPM 

TARIKH BUKA: 6 MAC 2020

TARIKH TUTUP: 20 MAC 2020 (11:59PM)

Maklumat Lanjut 

KEPUTUSAN DAN TAWARAN GURU INTERIM

  1. Maklumat mengenai status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan secara e-mel dan calon dikehendaki membawa salinan cetakan e-mel semasa temu duga;
  2. Semakan berkaitan panggilan dan semakan keputusan temu duga boleh dibuat di laman web SPP di pautan:
    www.spp.gov.my ; dan
  3. Setiap permohon mesti mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang boleh dimuat turun daripada laman
    web di alamat:

Kesimpulan

Kami berharap artikel ini dapat membantu memudahkan urusan anda dalam proses permohonan. Sebar-sebarkan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan lain yang berminat.

Selamat maju jaya kami ucapkan!