Pemberitahuan » Panduan » Cara Memohon Latihan GIATMARA 2020 Online

Cara Memohon Latihan GIATMARA 2020 Online

Cara Memohon Latihan GIATMARA 2020 Online? 

Latihan kemahiran di Pusat Giatmara Malaysia adalah pilihan buat pelajar  Bumiputera dalam mempertajamkan lagi skill dalam bidang kemahiran yang diminati.

Bagaimana dengan proses permohonan?

Cara Memohon Latihan GIATMARA 2020 Online memberikan anda panduan khas yang mudah untuk diikuti. Semuanya ada disini.

Jom baca!

 

Cara Memohon Latihan GIATMARA 2020 Online

GIATMARA adalah sebuah program latihan kemahiran untuk pelajar berumur 15 tahun ke atas. Pelajar mestilah mampu membaca, menulis dan berminat dalam menjalani latihan ini.

Pelajar yang mematuhi syarat kelayakan dan sihat tubuh badan dialu-alukan untuk membuat permohonan kemasukan ke program latihan sepenuh dan separuh masa tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Julai dan Januari setiap tahun.

GIATMARA ditubuhkan bagi mewujudkan latihan kemahiran teknikal dan vokasional untuk golongan belia
tidak kira yang berasal dari kawasan bandar mahupun luar bandar.

Ini membolehkan mereka untuk memperoleh kemahiran bagi melengkapkan diri sebelum beransur menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran teknikal. Pelajar lepasan program ini mampu memenuhi keperluan industri dan ekonomi di seluruh negara.

Berikut adalah cara-cara permohonan, syarat-syarat permohonan dan beberapa maklumat khas mengenai permohonan GIATMARA:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN 

Berikut adalah syarat permohonan kemasukan ke GIATMARA buat panduan pelajar:

  1. Pemohon adalah seorang Bumiputera
  2. Sihat tubuh badan
  3. Boleh membaca serta menulis dan minat (3M)
  4. Berumur dari 15 tahun dan tiada had umur untuk permohonan
  5. Berminat dengan bidang/ program kemahiran yang dipohon
  6. Syarat Tambahan : Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawaian Elektrik & Pen Elektrik
Baca Juga :  Semakan & Bayaran Bil Internet Streamyx Atau Unifi Online

SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN

Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut:

  • Kursus Kluster Computer Dan Networking Technology
  • Kluster Elektronik Mekatronik
  • Kluster Eleltrikal (KEL)
  • Kluster Hospitaliti
  • Kluster Hairdressing dan Cosmetology
  • Kursus Kluster Kulinari
  • Kursus Kluster Mekanikal
  • Kursus Kluster Pengangkutan
  • Kluster Pembuatan
  • Kursus Kluster Percetakan
  • Kluster Senibina

Sila rujuk pada Kursus Lengkap untuk mendapatkan maklumat lanjut kursus yang ditawarkan atau Senarai Kursus GIATMARA untuk sesi Januari tahun 2020.

CARA PERMOHONAN GIATMARA (ONLINE & MANUAL)

Permohonan kemasukan ke GIATMARA boleh dibuat secara online untuk kursus sepenuh masa dan mengisi borang secara manual untuk kursus separuh masa. Terdapat 2 sesi pengambilan kemasukan iaitu Sesi Januari dan Sesi
Julai setiap tahun:

PROGRAM SEPENUH MASA (ONLINE)

Permohonan program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh di buat secara online dengan mengisi borang secara online di pautan yang kami sediakan di bawah:

BORANG PROGRAM SEPENUH MASA GIATMARA

Nota:

  1. Pemohon perlu mempunyai e-mel yang sah dan ingat kata laluan e-mel anda.
  2. Sila buat semakan MANUAL PERMOHONAN secara online GIATMARA
  3. Pemohon hanya boleh menggunakan browser google chrome bagi proses permohonan.
  4. Setelah mengisi ruangan dibawah, pastikan pemohon menyalin KATA LALUAN yang diberikan untuk meneruskan dengan proses permohonan.

PROGRAM SEPARUH MASA (MANUAL)

Permohonan program latihan separuh masa boleh dibuat dengan mengisi borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA yang berhampiran dengan anda.

Sila pergi pada pautan yang kami sediakan di bawah untuk mendapatkan borang permohonan anda:

BORANG PROGRAM SEPARUH MASA

Maklumat Lanjut 

Jika terdapat sebarang masalah, sila emel kepada gspel@giatmara.edu.my atau hubungi mereka di maklumat yang berikut:

  1. WISMA GIATMARA
    No 39, Jalan Medan Tuanku,
    50300 Kuala Lumpur.
    Malaysia
  2. Tel: 03-2691 2690
  3. Fax: 03-2691 2820
  4. Emel: webmaster@giatmara.edu.my
  5. Lokasi Ibu Pejabat
  6. Direktori Ibu Pejabat
  7. Direktori GIATMARA

Kesimpulan 

Diharapkan artikel ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda yang berminat. Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga atau rakan-rakan anda yang lain yang turut berminat.

Selamat maju jaya kami ucapkan!