Cara Memohon Lesen Motosikal Percuma Terengganu 2020

Cara Memohon Lesen Motosikal Percuma Terengganu 2020

Posted on

Dikemaskini pada

Cara Memohon Lesen Motosikal Percuma Terengganu 2020? Bagaimana?

Berita baik khususnya untuk anak jati Terengganu yang belum mempunyai lesen motosikal dan berkelayakan. Anda berpeluang untuk mendapat lesen tersebut secara percuma!

Entri kami hari ini Cara Memohon Lesen Motosikal Percuma Terengganu 2020 disediakan khas sebagai panduan untuk anda! Semuanya ada disini.

Jangan risau, mudah saja nak faham.

Anda masih berminat?

Jom baca!

Bantuan Yang Memudahkan Rakyat Terengganu

Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta dana bagi bantuan mendapatkan lesen motosikal khusus untuk golongan belia ini menerusi pembentangan Bajet 2019.

Program ini mensasarkan seramai 25,000 belia serta beliawanis yang berusia dalam lingkungan 16 sehingga 40 tahun untuk mendapat manfaat daripada program LMTS 2019 ini.

Bantuan ini juga diharap dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penduduk Terengganu.

Untuk makluman, kerajaan negeri Terengganu masih meneruskan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) di bawah skim iDANA Terengganu tahun 2020.

Cara Memohon Lesen Motosikal Percuma Terengganu 2020

Cara Memohon Lesen Motosikal Percuma Terengganu 2020

Berikut kami kongsikan kepada anda proses permohonan lesen percuma ini, syarat kelayakan, cara permohonan manual dan online serta maklumat-maklumat asas yang lain:

Syarat Kelayakan Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan lesen percuma tahun 2019 buat rujukan anda:

  • Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian atau manual
  • Pemohon hendaklah berusia 16 hingga 40 tahun bagi Lesen B2 sahaja
  • Bantuan ini dibuka kepada individu yang bujang dan juga yang sudah berkahwin
  • Pemohon hendaklah merupakan anak jati negeri Terengganu atau bermastautin melebihi 10 tahun (Perlu Pengesahan MPKK)
  • Jumlah pendapatan bulanan pemohon hendaklah tidak lebih RM2,000.00 sebulan (mengikut gaji pokok)
  • Program ini adalah program pertama kali sahaja dan tiada program susulan. Permohonan yang telah gagal kali pertama tidak layan memohon
  • Pemohon yang masih belajar di Sekolah/IPT/Pusat Kemahiran layak memohon tetapi perlu pengesahan tempat masing-masing
  • Latihan atau Kursus di Institut Latihan Memandu dalam negeri Terengganu sahaja dan peserta perlu menghadiri ke tempat yang telah dipilih oleh Kerajaan Negeri sahaja
  • Borang permohonan hendaklah diserahkan kepada MPKK beserta salinan dokumen berikut:
    i. MyKad Pemohon
    ii. Slip gaji @ Pengesahan Tempat Belajar (Salah satu berkaitan)
    iii. Buat pemohon yang tiada slip gaji, sila kemukakn Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh MPKK dan Penghulu Mukim
  • Pemohon hendaklah tidak disenarai hitam oleh JPJ dan PDRM
  • Kos yang ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri hanyalah kos membuat lesen dan insuran sahaja tidak termasuk kos yang dikenakan oleh oleh Institut Memandu kepada pemohon seperti kos pengangkutan dan lain-lain.
  • Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda mana-mana syarat di atas dari semasa ke semasa
Baca Juga :  Program Insentif Generasi Muda RM300 Belia Selangor (2020)

Cara Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu 2020 Online & Manual

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan melalui kedua-dua kaedah tersebut boleh dilakukan dalam tarikh yang ditetapkan sahaja seperti di bawah:

Tarikh Buka : 20 Februari 2020
Tarikh Tutup : 5 Mac 2020

Untuk pengetahuan anda, penerima yang layak mendapat bantuan ini dijangka akan menerima bantuan berbentuk baucar. Baucar tersebut hendaklah dibawa ke Institut Latihan Memandu dan seterusnya menjalani latihan dan peperiksaan sehingga lulus dan berjaya mendapat lesen motosikal B2.

A. SECARA ONLINE

  1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi iDANA http://idana.terengganu.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik pada butang ‘SEMAK’
  3. Kemudian tandakan pada kotak Lesen B2 dan klik pada ‘PERMOHONAN BARU’
  4. Pastikan anda baca syarat kelayakan dengan teliti dan tandakan pada ruangan pengakuan serta klik butang ‘SETUJU’
  5. Isikan maklumat permohonan dengan lengkap dan klik pada butang ‘HANTAR PERMOHONAN’

B. SECARA MANUAL

Pemohon juga boleh membuat permohonan LMTS secara manual iaitu dengan cara mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan berdekatan. Borang-borang tersebut perlulah dihantar semula ke Pejabat DUN, MPKK, dan i-MiTS yang berdekatan.

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu 2020, sila hubungi butiran yang disediakan di bawah:

Alamat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terenggganu Tingkat 15, Wisma
Darul Iman 20503 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Telefon : 09-623 1957
Faksimili : 09-625 1990
Emel : [email protected]

Kesimpulan Cara Memohon Lesen Motosikal Percuma Terengganu 2020

Kami berharap perkongsian kami kali ini dapat meringankan beban anda, dan memudahkan urusan mereka yang benar-benar memerlukan lesen motorsikal percuma ini. Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang berada Terengganu.

Terima kasih dan selamat maju jaya kami ucapkan!


Semakan Permohonan