Pemberitahuan » Kewangan » Permohonan Pinjaman Perniagaan Islamik BSN 2020

Permohonan Pinjaman Perniagaan Islamik BSN 2020

 Pinjaman perniagaan yang berlandaskan syariah? Anda pernah mencuba  pinjaman perniagaan islamik BSN untuk tahun 2020? 

Belum lagi? Tak tahu macam mana nak buat permohonan ni?

Cara Memohon Pinjaman Perniagaan Islamik BSN 2020 kami bawakan khas untuk anda untuk memahami konsep asas pinjaman Islamik BSN ini.

Adalah penting mencari yang halal kerana ianya satu kemestian sebagai seorang Muslim. Baik dari segi sumber pendapatan, rezeki dan sumber penghidupan.

Jadi kami disini memberikan anda panduan yang terbaik untuk perniagaan anda.

Jom baca!

ASAS PERBANKAN ISLAM

Perbankan Islam merupakan perbankan yang mematuhi syariah iaitu undang-undang agama Islam seperti yang ditakrifkan dalam al-Quran, hadith dan sunnah. Perbankan Islam ditadbir oleh undang-undang Islam dan peraturan industri kewangan, dan ia juga dikawal rapi sama seperti perbankan konvensional.

Bank-bank Islam mesti mematuhi beberapa prinsip dan tidak boleh mengenakan faedah. Antara prinsip perbankan Islam ialah seperti memastikan produk yang ditawarkan kepada pelanggan halal dan mematuhi syariah.

Operasi bank Islam di Malaysia juga perlu dijalankan mengikut prosedur tertentu yang ditentukan oleh majlis penasihat Syariah Bank Negara (SAC).

Majlis penasihat terseubt adalah pihak berkuasa syariah tertinggi kewangan Islam di Malaysia. Sebahagian daripada tanggungjawab SAC termasuk memeriksa dan mengesahkan kesahihan undang-undang syariah dalam produk kewangan Islam.

Jadi bagaimana pula pinjaman perniagaan Islamik BSN ini berfungsi? Apa konsep yang ditawarkan?

Cara Memohon Pinjaman Perniagaan Islamik BSN 2020

Berikut kami sediakan anda beberapa maklumat asas mengenai pinjaman perniagaan Islamik BSN ini. Semoga ianya dapat membantu;

Pinjaman Perniagaan TemaNiaga-i Tawarruq

Skim pinjaman perniagaan BSN ini membuka peluang kepada usahawan untuk mendapatkan suntikan modal tambahan yang patuh syariah untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Pinjaman Islamik TemaNiaga-i Tawarruq merupakan produk mematuhi Shariah yang direka untuk membantu usahawan mikro mendapat suntikan modal yang diperlukan untuk membawa perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi dan pasaran lebih luas.

Menarik bukan? Masih berminat?

Teruskan membaca!

Ciri Pinjaman Perniagaan TemaNiaga-i Tawarruq

  • Pembiayaan ini adalah berkonsepkan Tawarruq.
  • Tawarruq merujuk kepada mu`amalah dengan transaksi dua peringkat.
  • Jumlah Pembiayaan: RM5,000.00 -RM50,000.0
  • Tempoh Pembiayaan: 1-5 tahun.
  • Kadar keuntungan yang ditawarkan bermula serendah 6.38% (tertakluk pada terma dan syarat).
Baca Juga :  Semakan Semula Keputusan SPM 2022 Secara Online

Sektor Perniagaan

Sektor perniagaan yang boleh membuat pinjaman ini adalah seperti berikut:

  1. Pembuatan
  2. Perkhidmatan
  3. Peruncitan / Pemborongan

Konsep Tawarruq

Konsep Syariah yang diguna pakai bagi produk ini adalah Murabahah Komoditi (Tawarruq).

Alamak, tak faham bahasa Arab lah.. Tak apa, mari kami terangkan dengan cara yang mudah untuk anda fahami..

Contoh Aplikasi Konsep Tawarruq

  1. Anda (pelanggan) memohon pinjaman konsep Tawarruq daripada Bank.
  2. Bank mendapatkan dokumen transaksi Tawarruq daripada pelanggan.
  3. Bank akan membeli komoditi di Bursa Logam London (LME) melalui Broker 1.
  4. Bank kemudiannya menjual komoditi itu kepada pelanggan pada Harga Jualan Bank (Pokok + Keuntungan berdasarkan terma pembayaran tertangguh.
  5. Di bawah kontrak Wakalah, pelangganmeminta Bank menjual komoditi itu di pasaran.
  6. Bank bertindak sebagai ejen jualan yang dilantik untuk pelanggan dan menjual komoditi tersebut kepada Broker 2.
  7. Bank kemudiannya mengkreditkan hasil daripada jualan komoditi ke akaun pelanggan
  8. Akhirnya pelangganmembayar jumlah yang kena dibayar iaitu prinsipal dan keuntungan kepada pihak Bankmelalui kaedah ansuran yang telah dipersetujui.

Kontrak Wakalah

Konsep Tawarruq ini juga melibatkan kontrak Wakalah (Perwakilan) dengan menggunapakai struktur ‘dual agency’ yang merangkumi :

  1. Pelantikan Bank sebagai wakil Pelanggan untuk menyempurnakan pembelian komoditi secara Murabahah daripada Bank.
  2. Pelantikan Bank sebagai wakil Pelanggan untuk menjual komoditi kepada pihak ketiga.

Cara Memohon Pinjaman Perniagaan TemaNiaga-i Tawarruq

Okay, sekarang ini anda dah tahu konsep asas perniagaan temaniaga-i tawarruq ni. Sekarang mari kita lihat adakah anda layak untuk memohon pembiayaan pinjaman ini.

Jom baca..

Kelayakan Pinjaman Perniagaan TemaNiaga-i Tawarruq

  1. Warga Malaysia berumur antara 21-60 tahun.
  2. Memiliki pendaftaran perniagaan dan / atau lesen perniagaan yang sah.
  3. Perniagaan / syarikat perlu beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun secara sepenuh masa.
  4. Tanpa penjamin atau dengan penjamin berpendapatan RM2,000.00 sebulan.

Tanggungjawab Peminjam

  • Bayaran Ansuran Bulanan
  • Bayaran Ansuran Bulanan Terakhir
  • Jumlah Keseluruhan Pembiayaan yang Perlu Dibayar

Dokumen yang Diperlukan

Bagi Peminjam

  •  2 salinan KP (depan dan belakang).
  • Satu salinan pendaftaran perniagaan atau lesen perniagaan.
  • Penyata Bank bagi 6 bulan terakhir (jika berkenaan).
  • Satu salinan Buku Akaun termasuk akaun BSN (jika berkenaan).
  • Dokumen lain yang berkaitan dengan perniagaan.  Contohnya: bil utiliti, perjanjian sewa premis perniagaan.
  • Rekod Jualan bagi 6 bulan terakhir (jika berkenaan).

Bagi Penjamin

  • 2 salinan KP (depan dan belakang).
  •  Salinan asal dan salinan Slip Gaji (3 bulan terakhir).
  •   Satu salinan Penyata Cukai Pendapatan (jika berkenaan).
  •  Satu salinan Penyata KWSP (jika berkenaan).

Borang Permohonan Pinjaman Pembiayaan Mikro BSN

Okay, anda dah layak? Mampu menyediakan segala dokumen yang diperlukan?

Macam mana pula anda nak memohon pinjaman ini?

Mudah sahaja prosesnya.. Anda hanya perlu muat turun dan isikan Borang Permohonan Pinjaman Pembiayaan Mikro dan hantarkannya kepada BSN.

Sila muat turun borang tersebut melalui link yang kami sediakan di bawah:

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PEMBIAYAAN MIKRO

KESIMPULAN

Adalah menjadi kewajipan kita khususnya umat Islam untuk mencari rezeki yang halal berlandaskan syariah. Semoga dengan perkongsian kami kali ini dapat membantu anda membuat pilihan yang terbaik untuk memulakan perniagaan anda.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH