Pemberitahuan » Terkini » Cara Memohon Program Jumper PUNB 2020 Online

Cara Memohon Program Jumper PUNB 2020 Online

Bagaimana cara untuk anda membuat permohonan Program Jumper PUNB 2020 melalui online? Apa sebenarnya Program Jumper PUNB ini?

Kedengaran menarik bukan? Anda nak tahu lebih lanjut?

Cara Memohon Program Jumper PUNB 2020 Online artikel yang kami sediakan hari ini merangkumi semua maklumat asas yang perlu anda ketahui mengenai Program Jumper PUNB ini.

Apa yang admin tahu, banyak manfaat lain yang boleh anda perolehi bila anda menyertai program ini.

Jom teruskan bersama kami!

PROGRAM JUMPER PUNB 2020 

JUMPER merupakan salah satu program bagi membantu graduan muda yang memilih bidang perniagaan sebagai kerjaya pilihan. Peserta program ini akan didedahkan selok belok dunia perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB (Mentor).

Peserta juga akan didedahkan dengan dunia sebenar cara menguruskan perniagaan dalam industri yang dipilih selain daripada kursus serta latihan teori.

Antara keistimewaan yang disediakan adalah:

  • Perantis akan menerima elaun sara diri bulanan sebanyak RM1,200.
  • Program latihan berkonsepkan Latihan Sangkutan selama 8 bulan.
  • Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani latihan termasuk kursus penyediaan Rancangan Perniagaan
  • Setelah tamat latihan, perantis yang layak dan berminat untuk menjalankan perniagaan berpeluang untuk mendapatkan GERAN berjumlah RM10,000 beserta pembiayaan minimum sebanyak RM40,000

Cara Memohon Program Jumper PUNB 2020 Online

Berikut kami kongsikan syarat-syarat permohonan dan cara untuk menyertai program ini;

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2020

Sekiranya anda berminat untuk sertai program ini, berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan terkini:

  • Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari platform latihan serta bimbingan dalam bidang perniagaan ke arah global.
  • Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan.
  • Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 1 dan 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa tempoh pengajian) dalam pelbagai industri.
  • Sanggup menjalani latihan sepenuh masa
Baca Juga :  Coronavirus merebak terlampau cepat

Jika anda memenuhi semua syarat-syarat di atas, anda boleh mengisi borang permohonan di portal rasmi PUNB.

CARA BUAT PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2020

Sila ikut langkah-langkah cara memohon JUMPER PUNB:

  1. Peserta mendaftar dan menghadiri temuduga panel
  2. Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek
  3. Proses penempatan & kelulusan
  4. Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan
  5. Peserta lapor diri & latihan bermula

Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan yang kami sediakan di bawah ini:

BORANG PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2020

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian tertera:

Talian Bebas Tol: 1300-13-7862
Tel: 03 – 2785 1417 / 1413 / 1908 / 1477
E-mel: jumper@punb.com.my

Selain program JUMPER ini, PUNB juga menyediakan beberapa skim lain seperti PROSPER yang menawarkan pinjaman perniagaan sehingga RM5 juta! Layari laman web rasmi PUNB untuk melihat skim-skim yang lebih menarik yang ditawarkan oleh PUNB.

Apa tunggu lagi? Layari sekarang sebelum anda terlepas peluang!

jumper punb 2020 1 1024x1024 1 - Cara Memohon Program Jumper PUNB 2020 Online

KESIMPULAN

Program seperti ini sesuai untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan tapi kekurangan modal dan memerlukan latihan intensif untuk membantu golongan ini lengkap dengan ilmu dan modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan rebutlah peluang untuk menjadi usahawan yang berjaya! Selamat berjaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH