Pemberitahuan » Panduan » Cara Memohon Rumah Kos Rendah di Malaysia 2020

Cara Memohon Rumah Kos Rendah di Malaysia 2020

Cara Memohon Rumah Kos Rendah di Malaysia 2020?

Era globalisasi di mana ekonomi dan pembangunan dunia berkembang pesat, membuatkan rakyat turut terkesan dan keperluan penting seperti rumah menjadi matlamat utama. Selain menjadi asas utama keperluan manusia, ianya juga untuk memastikan kehidupan selari dengan perkembangan negara di masa kini.

Cara Memohon Rumah Kos Rendah di Malaysia 2020 adalah artikel panduan khas yang kami sediakan untuk anda.

Jom baca!

Rumah Kos Rendah Untuk Rakyat

Bagi membantu meringankan bebanan rakyat yang kurang berkemampuan, projek perumahan kos rendah telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Rumah kos rendah boleh dikatakan merupakan alternatif terbaik kepada golongan B40 dan golongan rakyat termiskin untuk memiliki rumah dengan keadaan ekonomi masa kini yang menekan dan penawaran rumah mampu milik yang dilihat tidak menepati harga yang mampu dibeli pembeli rumah di Malaysia.

Statistik menunjukkan bahawa terdapat lebih dari 700 ribu permohonan untuk memiliki atau menduduki rumah kos rendah di seluruh Malaysia. Dan angka ini hanya bagi tahun 2014 sahaja. Sudah pasti jumlah tersebut akan meningkat setahun demi setahun seiring dengan perkembangan populasi di Malaysia yang sudah mencecah 32.72 juta pada tahun 2020 (sumber: Department of Statistic Malaysia)

house - Cara Memohon Rumah Kos Rendah di Malaysia 2020

 

Cara Memohon Rumah Kos Rendah di Malaysia 2020

Cara-cara untuk membuat permohonan rumah kos rendah adalah berbeza-beza di setiap negeri

Para pemohon dinasihatkan agar meneliti maklumat atau arahan yang dinyatakan di dalam borang permohonan atau manual pengguna yang disediakan agar dapat melengkapkan proses permohonan dengan lancar.

Berikut kami kongsikan cara permohonan untuk setiap negeri di Malaysia:

NEGERI SELANGOR

Untuk negeri Selangor, permohonan rumah kos rendah dapat dilakukan melalui Pendaftaran Permohonan Rumah Selangorku.

Permohonan perlu dilengkapkan secara online di portal rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPSH)

Berikut adalah pautan yang kami sediakan:

Laman Rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPSH)

WILAYAH PERSEKUTUAN

Sila klik pada pautan yang kami sediakan di bawah untuk daftar/log masuk:

Baca Juga :  Permohonan Kemasukan UPSI 2022 (DPLI) Sesi Oktober Online

E-Perumahan DBKL

Syarat-syarat kelayakan:

  1. Suami isteri adalah warganegara Malaysia
  2. Sudah berkahwin
  3. Had pendapatan terkumpul suami isteri:
    -tidak lebih daripadaRM2,500 untuk kos rendah, dan
    -tidak lebih daripada RM3,500 untuk kos sederhana
  4. Pemohon hendalah menetap atau bekerja dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  5. Tidak mempunyai rumah atau tanah dalam lingkungan 35 KM dari pusat bandar
  6. Berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti

NEGERI JOHOR

Negeri Johor menyediakan Rumah Mampu Biaya buat golongan berpendapatan rendah. Permohonan dapat anda lakukan online menerusi Portal Awam Sistem Perumahan Johor.

  • Daftar/Log Masuk:

Sistem e-Perumahan Johor

  • Panduan permohonan, sila klik pasa pautan berikut:

Manual Pengguna

NEGERI MELAKA

  • Permohonan untuk membeli rumah kos rendah di Melaka hanya dapat dilakukan menggunakan borang permohonan yang dicetak.
  • Sila dapatkan borang permohonan tersebut di laman web rasmi Lembaga Perumahan Melaka.
  • Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut:

LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA
No. 9 – 1, Jalan TU 49A,
Kompleks Komersial Boulevard,
Taman Tasik Utama,
75450 Ayer Keroh,
Melaka

NEGERI PERAK

  • Rumah kos rendah di negeri Perak dapat dipohon menggunakan Borang Permohonan Pembelian Rumah Kos Rendah. Muat turun borang permohonan melalui pautan kami sediakan berikut:

Permohonan Pembelian Rumah Kos Rendah 

  • Hantarkan borang permohonan yang lengkap ke alamat berikut:

LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK
Aras G Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,
Tel : 05-209 5000
Fax : 05-253 0001

NEGERI PAHANG

  • Permohonan rumah kos rendah bagi negeri Pahang perlu dilakukan dengan melengkapkan borang permohonan secara online di pautan bawah:

Borang Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang

NEGERI TERENGGANU

  • Pendaftaran untuk membuat permohonan rumah kos rendah di negeri Terengganu boleh dilakukan secara online di pautan di bawah:

Permohonan Rumah Kos Rendah Terengganu

NEGERI PULAU PINANG

  • Permohonan rumah kos rendah bagi Pulau Pinang dapat dilakukan secara online menerusi pautan eRumah Penang berikut:

Permohonan Rumah Kos Rendah Pulau Pinang

  • Kaedah melengkapkan permohonan rumah kos rendah Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Panduan Permohonan Rumah Kos Rendah Pulau Pinang

Kesimpulan

Kami berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang layak untuk membuat permohonan rumah kos rendah setiap negeri.

Kongsikan artikel ini kepada ahli-ahli dan rakan-rakan yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!