Pemberitahuan » Informasi » Cara Memohon UiTM Kemasukan September Sesi 2020/2021

Cara Memohon UiTM Kemasukan September Sesi 2020/2021

Cara Memohon UiTM Kemasukan September Sesi 2020/2021? 

Mereka yang berkelayakan dan berminat dengan kursus pengajian yang ditawarkan boleh terus membuat permohonan secara online.

Tapi, macam mana?

Cara Memohon UiTM Kemasukan September Sesi 2020/2021 menyediakan anda panduan khas untuk membuat permohonan secara mudah ke UiTM.

Jom baca!

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan salah sebuah universiti awam terkenal di Malaysia yang menyediakan program pengajian tinggi bermula dari Pra Diploma, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Penerapan dan Setara Sepenuh Masa (SS) / Pengajian Luar Kampus (PLK). Setelah sekian lama UiTM beroperasi, mereka berjaya melahirkan ramai graduan yang berjaya dan mengharumkan nama negara.

Berbeza dengan universiti awam lain, UiTM turut menyediakan program pra-diploma di mana ianya memberi
ruang kepada golongan yang mendapat keputusan kurang baik dalam SPM dan tidak layak untuk menyambung ke pengajian diploma. Justeru melalui pra diploma mereka boleh diserap ke pengajian diploma UiTM sekiranya melepasi kriteria kelayakan. Dalam masa yang sama, UiTM turut menyediakan pengajian kursus diploma, ijazah sarjana muda, profesional dan juga pascasiswazah.

Cara Memohon UiTM Kemasukan September - Cara Memohon UiTM Kemasukan September Sesi 2020/2021

Cara Memohon UiTM Kemasukan September Sesi 2020/2021

Berikut adalah proses permohonan, tarikh kemasukan, syarat kelayakan bagi mereka yang berminat:

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN UiTM SESI 2020/2021

Tarikh Dibuka: 1 MAC 2020

Baca Juga :  Semakan Penyata Pencen Pesara Kerajaan Online

Tarikh Ditutup: 30 MAC 2020

CARA-CARA MEMOHON KEMASUKAN UITM 

  1. Sila layari laman web rasmi di pautan yang kami sediakan di bawah untuk membuat permohonan: https://online.uitm.edu.my/
  2. Pemohon perlu membeli nombor unik ID di BSN terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
  3. Isi maklumat penting seperti yang diminta dalam borang permohonan yang dikongsikan melalui
    pautan: Borang Permohonan
  4. Sila pilih bidang pengajian yang diminati melalui pautan di bawah: Senarai Program
  5. Hantar permohonan anda dan cetak untuk simpanan masa akan datang.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE UITM

Pemohon dinasihatkan membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan:

  1. Berumur 16 tahun sekurang-kurangnya ketika tarikh permohonan ditutup.
  2. Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli Semenanjung sahaja.
  3. Memenuhi kelayakan minima untuk program yang dipohon.
  4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
  5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar Diploma UiTM

Pemohon juga boleh membuat semakan syarat kelayakan di pautan selangkah UiTM di pautan yang kami sediakan dibawah:

SYARAT PENGAMBILAN UITM

SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN UNTUK SESI SEPTEMBER 2020/2021

Berikut merupakan senarai kursus yang ditawarkan untuk pengambilan sesi September 2020:

  • Program Diploma
  • Sarjana Muda
  • Program MBBS240/PH240/DS240
  • Profesional (online.uitm.edu.my)

Program Pengajian yang ditawarkan adalah mengikut kategori pemohon adalah seperti berikut:

A. Lepasan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM

  • 74 Program Diploma

B. Lepasan Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/KKB UiTM / Asasi Undang-Undang UiTM (PJ005)

  • 155 Program Sarjana Muda

C. Lepasan Diploma UiTM

  • Program MBBS240/PH240/DS240

Maklumat Lanjut 

Sebarang maklumat lanjut mengenai kemasukan ke UiTM untuk sesi September 2020/2021 anda boleh rujuk pada pautan yang kami sediakan di bawah:

Kesimpulan Cara Memohon UiTM Kemasukan September Sesi 2020/2021

Kami berharap perkongsian ini dapat memudahkan proses pencarian maklumat bagi mereka yang berminat untuk membuat pemrohonan kemasukan ke UiTM untuk sesi September 2020/2021.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain yang mungkin berminat untuk menjadi pelajar di UiTM.

Selamat maju jaya kami ucapkan!