Bagaimanakah cara membuat Permohonan RM600 cuti tanpa gaji yang diumumkan baru – baru ini? Berikut kami kongsikan bagaimana cara anda boleh membuat permohonan bantuan ini. Teruskan Membaca.
Untuk makluman anda, Program pengekalan pekerjaan (ERP) adalah untuk pekerja yang menerima notis cuti tanpa gaji akibat penularan virus Covid-19. Berikut kami kongsikan serba sedikit mengenai program ERP PERKESO ini.
Isi Kandungan
APA ITU PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN
Untuk makluman, Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) ini ialah bantuan kewangan segera yang diberikan kepada pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji kesan ekonomi akibat penularan Covid-19. Bantuan sebanyak RM600 sebulan akan diberikan kepada pekerja yang terkesan. Tempoh bantuan ini adalah antara 1 hingga 6 bulan berdasarkan tempoh cuti tanpa gaji daripada pihak majikan.
SYARAT KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN RM600
Antara syarat – syarat kelayakan yang di tetapkan untuk program ini adalah, Semua pekerja termasuk pekerja sambilan yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP (Sistem Insurans Pekerjaan). Permohonan adalah terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM4000 dan ke bawah sahaja. Selain itu, untuk kelayakan lain adalah, Majikan yang telah melaksanakan cuti tanpa gaji minimum 30hari antara 1 – 6 bulan untuk notis yang dikeluarkan bagi tempoh mulai 1 MAC 2020.
CARA PERMOHONAN BANTUAN RM600 PERKESO
Untuk pengetahuan anda, Permohonan bantuan ERP PERKESO ini perlu dikemukakan oleh pihak majikan anda bagi pekerja melalui Borang Permohonan ERPC-19 bermula 20 MAC 2020. Borong permohonan yang telah lengkap di isi boleh di hantar melalui email di erpc19@perkeso.gov.my. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Rasmi PERKESO di www.perkeso.gov.my
BORANG PERMOHONAN ERPC19 PERKESO
Borang permohonan boleh di dapati DISINI. Untuk makluman Pihak majikan dikendaki mengisi borang ERPC19 perkeso ini untuk pekerja dan kemudian borang tersebut hendaklah di hantar ke melalui e-mail.
CARA PEMBAYARAN ERP PERKESO
Kaedah pembayaran ERP ini adalah dengan cara dikreditkan ke akaun majikan. Manakala majikan perlu bertanggungjawab untuk membuat pembayaran terus kepada pekerja dalam masa 7 hari selepas menerima bayaran daripada pihak Pertubuhan Keselamatan Social.
SOALAN LAZIM PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)
[sc_fs_multi_faq headline-0=”h3″ question-0=”1. Apakah objektif pelaksanaan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan bila tarikh dikuatkuasakan?” answer-0=”• Program ini bertujuan untuk membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji (CTG). • Tarikh kuatkuasa Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) adalah mulai 1 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh PERKESO.” image-0=”” headline-1=”h3″ question-1=”2. Apakah yang dimaksudkan Program Pengekalan Pekerjaan atau ERP?” answer-1=”• Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) ialah bantuan segera (immediate assistance) sebanyak RM600 sebulan kepada majikan bagi setiap pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji akibat penularan Covid-19.” image-1=”” headline-2=”h3″ question-2=”3. Apakah syarat kelayakan menerima ERP?” answer-2=”• ERP meliputi semua pekerja sektor swasta yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP termasuk pekerja sambilan yang telah mencarum dengan SIP. • Terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja. • Majikan yang melaksanakan CTG (notis yang telah dikeluarkan kepada pekerja bagi tempoh mulai 1 Mac 2020).” image-2=”” headline-3=”h3″ question-3=”4. Siapakah yang perlu mengemukakan permohonan?” answer-3=”• Semua permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka.” image-3=”” headline-4=”h3″ question-4=”5. Bagaimanakah cara memohon ERP?” answer-4=”• Majikan yang telah memenuhi syarat di perenggan 3, boleh menghantar permohonan secara dalam talian yang akan dimaklumkan kemudian melalui Pekeliling Majikan yang dikeluarkan oleh PERKESO. • Semua permohonan ERP daripada majikan hanya boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.” image-4=”” headline-5=”h3″ question-5=”6. Bagaimanakah cara majikan menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja?” answer-5=”• Pembayaran bulanan RM600 kepada pekerja tersebut hendaklah dikreditkan terus ke dalam akaun mereka dalam tempoh 7 hari sebaik sahaja bayaran diterima daripada PERKESO. • Majikan yang gagal untuk menyalurkan bayaran bulanan tersebut kepada pekerja boleh menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas majikan.” image-5=”” headline-6=”h3″ question-6=”Berapa lamakah tempoh layak menerima bantuan ERP? ” answer-6=”• ERP yang akan diberikan adalah antara 1 hingga 6 bulan berdasarkan tempoh notis CTG daripada majikan.” image-6=”” headline-7=”h3″ question-7=”8. Adakah kadar bayaran dan tempoh layak ERP dibayar pada kadar harian?” answer-7=”• Tidak layak. Kadar bayaran bantuan kewangan adalah pada kadar tetap sebanyak RM600 sebulan. Tujuan bantuan ini adalah untuk menggantikan pendapatan bulanan yang tidak diterima (unpaid leave) akibat Covid-19 yang memberi kesan kepada industri terutamanya sektor pelancongan” image-7=”” headline-8=”h3″ question-8=”9. Siapakah yang tidak layak memohon ERP?” answer-8=”• Pekerja yang tidak berdaftar dan mencarum dengan SIP • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000 • Pekerja yang telah diberhentikan kerja • Pekerja sektor awam • Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers • Pekerja asing dan pegawai dagang” image-8=”” headline-9=”h3″ question-9=”10. Bagi mana-mana pekerja yang masih tidak dipanggil bekerja semula atau telah diberhentikan, adakah pekerja tersebut masih layak memohon Faedah-Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)?” answer-9=”• Bagi pekerja yang masih tidak dipanggil bekerja semula selepas notis CTG tamat, pekerja tersebut hendaklah menganggap beliau telah kehilangan pekerjaan dan layak menuntut Faedah SIP” image-9=”” headline-10=”h3″ question-10=”11. Bagi mana-mana pekerja yang telah diberhentikan, adakah pekerja tersebut masih layak memohon faedah-faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)?” answer-10=”• Ya sekiranya pekerja diberhentikan kerja, pekerja-pekerja tersebut layak memohon faedah kehilangan pekerjaan termasuk program penempatan semula pekerjaan dan program latihan kemahiran di mana yuran latihan dan elaun menjalani latihan akan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO • Pekerja yang diberhentikan juga boleh mendaftar dengan EISJobs Portal untuk mencari pekerjaan (eisjobs.perkeso.gov.my)” image-10=”” headline-11=”h3″ question-11=”12. Apakah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan oleh majikan semasa membuat permohonan ERP?” answer-11=”• Surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat • Majikan perlu mengisi maklumat lengkap di Borang Permohonan ERP C19 yang akan diedarkan bersama Pekeliling Majikan. ” image-11=”” headline-12=”h3″ question-12=”13. Mengapa ERP dibayar melalui majikan dan tidak terus kepada pekerja?” answer-12=”• Pendekatan ini adalah untuk memastikan semua pekerja yang terlibat dapat dibantu secara menyeluruh dan tidak timbul pekerja yang terkecuali. Pendekatan ini juga dilihat sebagai kaedah yang paling berkesan dan tempoh proses pengesahan dan pembayaran dapat disingkatkan.” image-12=”” headline-13=”h3″ question-13=”14. Mengapa program ERP tidak meliputi pekerja bergaji RM4,000 ke atas sedangkan pekerja bergaji lebih RM4,000 turut membayar caruman SIP?” answer-13=”• Pelaksanaan program ERP adalah merupakan dasar Kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah (golongan B40 di mana pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,900) yang dilaksanakan secara pentadbiran oleh PERKESO menggunakan dana Kerajaan. ” image-13=”” headline-14=”h3″ question-14=”15. Adakah program ERP akan menggalakkan lebih ramai majikan melaksanakan CTG kepada pekerja?” answer-14=”• Program ERP bertujuan membantu majikan yang menghadapi masalah kewangan jangka pendek akibat kejutan ekonomi luar jangka dan di luar kawalan seseorang majikan tanpa perlu memberhentikan pekerja sedia ada. • Ini bagi membolehkan perusahaan berkenaan boleh beroperasi serta merta tanpa perlu membuat pengambilan serta melatih pekerja baharu sebaik sahaja situasi pulih.” image-14=”” count=”15″ html=”true” css_class=””]
KESIMPULAN CARA MOHON RM600 PERKESO
Kami berharap agar perkongsian kami mengenai Permohonan RM600 PERKESO ini, Dapat membantu memberi pengetahuan kepada anda mengenai Program Pengekalan Pekerjaan dan bantuan yang ditawarkan kepada anda. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada majikan dan rakan sekerja anda.