Pemberitahuan » Informasi » Cara Mohon & Semak Status Pengeluaran iLestari KWSP

Cara Mohon & Semak Status Pengeluaran iLestari KWSP

Cara Memohon & Semak Status Pengeluaran Wang KWSP iLestari Akaun 2?

Ahli KWSP Kini Dah Tak Perlu Isi Borang atau Beratur Lagi Untuk Membuat Permohonan Pengeluaran RM500 i-Lestari. Anda Boleh Terus Apply Pengeluaran Secara Online Sahaja.Kemudahan yang diberikan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat isu COVID-19 ini membolehkan ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun untuk membuat permohonan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing berjumlah RM500 sebulan maksimum untuk tempoh 12 bulan. Pemberitahuan menyediakan artikel Cara Memohon Pengeluaran Wang KWSP i-Lestari Akaun 2 sebagai panduan lengkap untuk anda.

Jom teruskan membaca!

Cara Memohon & Semak Status Pengeluaran Wang KWSP iLestari Akaun 2

Pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) boleh membuat permohonan pengeluaran simpanan KWSP lebih awal mengikut jumlah had pengeluaran tertentu berdasarkan kelayakan meskipun belum mencapai umur persaraan.

Bagaimanapun, pengeluaran awal simpanan KWSP sebelum mencapai umur persaraan itu hendaklah mematuhi syarat-syarat dan kelayakan bagi jenis-jenis pengeluaran atau perkara yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan, cara-cara permohonan dan beberapa lagi maklumat lain mengenai permohonan ini:

PENGUMUMAN PENGELUARAN KWSP AKAUN 2 AKIBAT COVID-19

Kerajaan telah mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion

Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh melakukan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 tertakluk kepada:

  • Kadar Maksimum RM500 sebulan
  • Untuk tempoh selama 12 bulan iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN iLestari

  1. Merupakan warganegara Malaysia atau Permastautin Tetap. Untuk Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
  2. Berumur kurang daripada 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
  4. Had pengeluaran adalah pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan
Baca Juga :  Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM500 Sebulan Bajet 2021

CARA-CARA PERMOHONAN PENGELUARAN iLESTARI KWSP

PERMOHONAN SECARA ONLINE ilestari.kwsp.gov.my

TERKINI!

Satu penambahbaikan baru telah diperkenalkan oleh KWSP iaitu melalui sistem iLestari Online. Berikut adalah antara penambahbaikan yang bakal anda nikmati:

  • Tidak perlu mengisi borang
  • Tidak perlu pergi kemana-mana cawangan atau beratur di kaunter
  • Semua urusan dalam talian!

Pendaftaran secara dalam talian (e-Pengeluaran membuat permohonan pengeluaran i-akaun) bermula 1 April 2020.

Berikut adalah panduan ringkas pendaftaran atas talian:

    1. Ahli perlu log masuk ke i-Akaun (Ahli)
    2. Pilih ‘Tab Pengeluaran’
    3. Klik pada ‘ePengeluaran’
    4. Klik pada ‘Permohonan Baru’
    5. Kemudian Pilih ‘Pengeluaran iLestari’ untuk memulakan transaksi

PERMOHONAN MELALUI EMEL

  • DIGANTIKAN KEPADA I-LESTARI ONLINE

PERMOHONAN SECARA POS

  • Pendaftaran bermula 1 April 2020
  • Secara pos/ pos berdaftar ke alamat:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya
Dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat

  • Memakan masa lebih lama bagi membuat pengesahan secara manual

NOTA:

Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.

SEMAKAN STATUS PENGELUARAN WANG KWSP iLESTARI AKAUN 2

i lestari online - Cara Mohon & Semak Status Pengeluaran iLestari KWSP

 

Menggunakan sistem baru penambahbaikan untuk memudahkan urusan pengguna anda hanya perlu melayari Laman Web KWSP untuk mengkases Permohonan dan Semakan melalui:

Laman Web Rasmi iLestari Online

Kemudian anda perlu isikan maklumat yang diperlukan. Terdapat 4 menu pilihan kepada ahli/ pencarum iaitu:

  1. Permohonan Baharu
  2. Semak Permohonan
  3. Panduan Pengguna (Infografik)
  4. Soalan Lazim (FAQ)

Maklumat Lanjut Cara Mohon & Semak Status Pengeluaran iLestari KWSP

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Permohonan Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2, sila layari:

Kesimpulan

Semoga perkongsian kami mengenai Cara Mohon & Semak Status Pengeluaran i-Lestari KWSP ini dapat memudahkan urusan anda dalam membuat permohonan pengeluaran wang KWSP akaun 2 bagi membantu meringankan beban menghadapi kes COVID-19. Kongsikan artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!