Pemberitahuan » Informasi » Cara Beli Tiket Bas Online Seluruh Semenanjung Malaysia

Cara Beli Tiket Bas Online Seluruh Semenanjung Malaysia

Cara Beli Tiket Bas Online.

Pembelian online ternyata lebih mudah dengan adanya internet di hujung jari.

Bukan sahaja tiket kapal terbang boleh diperoleh secara dalam talian, malah tiket bas ekspres juga boleh didapati di laman web seperti RedBus, cara beli tiket bas online easybook  dan  sebagainya.

Bagaimana?

Jangan risau, mudah sahaja. Artikel kami hari ini Cara Beli Tiket Bas Online  Ke Seluruh Semenanjung Malaysia kami sediakan sebagai panduan untuk memudahkan urusan anda pulang ke kampung.

Jom baca!

Cara Beli Tiket Bas Online Ke Seluruh Semenanjung Malaysia

Berikut kami kongsikan panduan lengkap untuk anda beli cara beli tiket bas online tbs, cara beli tiket bas online larkin dan sebagainya

FAEDAH BELI TIKET BAS SECARA ONLINE

Antara faedah membeli tiket bas online Malaysia adalah:

  • Masa dapat dijimatkan daripada menunggu bas pada waktu yang dijadualkan (walk-in ticket)
  • Elakkan berbaris panjang, terutamanya pada waktu cuti atau perayaan
  • Tidak perlu bimbang mengenai tempat duduk dalam bas kerana kita boleh pilih posisi ikut keselesaan masing-masing. Jika anda bergerak berseorangan, anda boleh memilih single seat dalam bas

Untuk membeli tiket bas secara atas talian/online, terdapat beberapa buah portal utama yang boleh anda digunakan untuk beli tiket bas tbs online iaitu:

Portal yang telah dinyatakan di atas ini mempunyai laman web yang serba user-friendly dan mudah diguna serta difahami oleh pengguna untuk buat pembelian tiket.

CARA BELI TIKET BAS ONLINE MELALUI REDBUS

PILIH LOKASI BERLEPAS/KETIBAAN (ARRIVAL/DEPARTURE)

Screenshot 2021 10 13 at 11 11 23 Bus Tickets Online Ferry Booking Best Online Bus Booking Platform redBus Malaysia e1634094655577 - Cara Beli Tiket Bas Online Seluruh Semenanjung Malaysia

 

Penumpang boleh menentukan destinasi ketibaan atau pelepasan di ruangan “Dari” dan “Ke”, serta memasukkan tarikh perjalanan, dan tekan butang “Carian”.

Baca Juga :  Permohonan Pinjaman Peduli Siswa Negeri Selangor 2020

PILIH PENGENDALI BAS DAN MASA YANG DIINGINKAN

Semua senarai pengendali bas yang berkhidmat di laluan tertentu akan dipaparkan pada skrin pengguna.

Penumpang atau pengguna boleh menggunakan pilihan tapisan (filter) yang sedia ada di sebelah kiri skrin.

pengendali 2 - Cara Beli Tiket Bas Online Seluruh Semenanjung Malaysia

pengendali bas - Cara Beli Tiket Bas Online Seluruh Semenanjung Malaysia

TAPIS PILIHAN JIKA PERLU

Bagi pengguna yang baru sahaja ingin menggunakan aplikasi ini, mungkin anda akan keliru dengan pelbagai pilihan yang ada. Jangan risau! Anda boleh menapis pilihan yang dipaparkan dengan menekan mana-mana butang pilihan “Susun Berpandukan”.

Pilihan bas akan dipaparkan berdasarkan kriteria yang ditapis seperti “Tambang”, “Operator Bas” dan sebagainya.

PILIH TEMPAT DUDUK

Antara kebaikan membeli tiket bas online ini adalah anda boleh pilih tempat duduk sendiri. Jika anda bergerak secara solo dan lebih selesa duduk berseorangan, single seat merupakan pilihan terbaik untuk anda. Maka, pilihlah bas yang ada tempat duduk single ya!

tempat duduk e1634094447173 - Cara Beli Tiket Bas Online Seluruh Semenanjung Malaysia

BUAT BAYARAN

Anda boleh terus mengisi maklumat yang diperlukan dan membuat proses pembayaran setelah selesai pilih bas dan tempat duduk. Bayaran boleh dibuat melalui aplikasi e-wallet, kad debit, kad kredit, dan FPX.

Mesej pengesahan akan dihantar ke ID emel berdaftar dan nombor telefon pembeli.

CETAK/SIMPAN E-TIKET

E-tiket akan dihantar ke emel yang berdaftar dengan akaun RedBus setelah pembelian dilakukan. Setiap pengendali bas akan memberitahu sama ada tiket tersebut perlu dicetak. Sesetengah bas hanya memerlukan ‘booking reference number’ sahaja yang boleh ditunjukkan melalui telefon bimbit anda tanpa perlu dicetak.

print ticket - Cara Beli Tiket Bas Online Seluruh Semenanjung Malaysia

TUKAR TARIKH & MASA TIKET BAS YANG TELAH DIBELI

Anda mungkin boleh menukar masa dan tarikh tiket bas yang telah dibeli atas sebab-sebab tertentu bergantung kepada terma dan syarat.

Untuk laman web RedBus, sila layari redbus.my dan cari butang ‘Reschedule’.

Masukkan nombor tiket dan alamat emel yang dipakai untuk membuat tempahan tiket dan tekan butang “Carian”. Sahkan nombor tiket dan tiket bas anda serta pilih tarikh slot baru perjalanan yang hendak dijadualkan.

Pilih bas yang ingin dinaiki dan sahkan tiket yang telah dijadualkan semula dengan melakukan pembayaran harga perbezaan tiket.

reschedule - Cara Beli Tiket Bas Online Seluruh Semenanjung Malaysia

BATAL TIKET BAS YANG DIBELI SECARA ONLINE

Kalau anda sudah beli tiket basnya namun tetiba tak jadi travel, boleh ke nak minta refund?

Situasi ini bergantung kepada keadaan dan alasan yang diberikan oleh pembeli.

Bagi pelanggan RedBus, anda boleh menghubungi talian +603-30992524 untuk permohonan pembatalan tersebut. Setelah permohonan dibuat, bahagian customer service akan memproses permohonan itu dan menghubungi pihak pelanggan secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.

Kesimpulan Cara Beli Tiket Bas Online

Semoga perkongsian kami ini memudahkan urusan mereka yang ingin pulang ke kampung setelah pengumuman kebenaran rentas negeri pada 10 Oktober 2021.

Pastikan anda ujian RTK Covid sebelum pulang ke kampung, jaga SOP yang sepatutnya untuk melindungi mereka yang tersayang.

TERIMA KASIH