Pemberitahuan » Kewangan » Cara Mudah Kira Cukai Pendapatan Anda

Cara Mudah Kira Cukai Pendapatan Anda

Macam mana nak kira cukai pendapatan anda? Method apa yang paling mudah?

Haaa anda berada di tempat yang terbaik untuk berikan anda pencerahan tentang isu ini, kerana entri kami di Pemberitahuan hari ini membawakan anda khas untuk belajar cara kira cukai pendapatan anda dan semua asas kiraan tambahan yang lain yang anda perlu tahu.

Mari kira cukai pendapatan anda bersama kami!

FAHAM APA ITU APA CUKAI PENDAPATAN

Pendapatan bercukai ialah jumlah pendapatan tahunan individu yang layak dikenakan cukai. Jumlah cukai yang perlu dikeluarkan akan dikira di atas pendapatan yang bercukai sahaja.

Had pendapatan bercukai minimum (atau gaji minimum dikenakan cukai pendapatan) adalah RM 34000/setahun atau RM 2834/sebulan (selepas pemotongan KWSP). Kepada mereka yang telah mencapai had yang ditentukan, perlu membuka fail dan menyerahkan boring taksiran kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

Pendapatan bercukai dikira dengan menambahkan semua pendapatan yang diperoleh (gaji, dividen, hasil sewaan, royalti, ganjaran, hadiah). Ditolakkan dengan pengecualian cukai, pelepasan cukai yang dibenarkan dan potongan cukai.

Cara Mudah Kira Cukai Pendapatan Anda - Cara Mudah Kira Cukai Pendapatan Anda

CARA MUDAH KIRA CUKAI PENDAPATAN ANDA

FORMULA ASAS:

 Jumlah Pendapatan – Pengecualian Cukai – Pelepasan Cukai yang Dibenarkan – Potongan Cukai = CUKAI PENDAPATAN

Pengecualian cukai (kadar pengecualian berdasarkan kadar yang ditetapkan) :

  • Kemudahan perjalanan
  • Manfaat kesihatan dan perubatan
  • Bayaran gratuity
  • Pampasan
  • Pencen
  • Biasiswa
  • Bayar persembahan kebudayaan
  • Faedah, Dividen, Royalti
  • Bayaran Kepakaran
  • Pendapatan hasil kajian saintifik
  • Elaun Perjalanan

Potongan Cukai: Kadar potongan cukai adalah 7% daripada jumlah pendapatan bercukai.

Derma dan hadiah kepada badan kerajaan yang diiktiraf dan memenuhi syarat yang ditetapkan adalah dibenarkan mendapat potongan dari cukai pendapatan.

Contohnya,

Cukai Tahunan: RM 70000

Derma/Hadiah yang dibenarkan: RM 3500

Maka potongan cukai adalah: 7% × RM 70000 = RM 4900

Jumlah pendapatan bercukai: RM 70000 – RM 4900 = RM 65100

Pelepasan Cukai: Jenis perbelanjaan/perkara dan jumlah pelepasan adalah bergantung kepada dasar dan polisi yang ditetapkan LHDN; ada yang kekal dan ada yang berubah setiap tahun.

Contoh pengiraan cukai pendapatan:

Pendapatan Tahunan Ramli:

  • Gaji Tahunan: RM 70000
  • Dividen ASB: RM 1700 (pendapatan dikecualikan cukai)
  • Dividen Tabung Haji: RM 1000 (pendapatan dikecualikan cukai)
  • Kerja Lebih Masa: RM 13000
  • Hasil Sewaan: RM 10500

JUMLAH KESELURUHAN = RM 101200

Ramli juga mempunyai pelepasan individu RM 8500, caruman KWSP RM 6000 dan takaful perubatan RM 2500 sebagai pelepasan cukai.

Pendapatan Bercukai Ramli: pendapatan tahunan – pengecualian cukai – pelepasan cukai

= RM 101200RM 1700 (ASB)RM 1000 (TH)RM 8500 (individu)RM 6000 (KWSP)RM 2500 (takaful)

= RM 81500

Ramli juga membuat derma kepada badan-badan yang diiktiraf sebanyak RM10000, maka beliau layak menerima potongan cukai 7%.

Potongan cukai: 7% × RM 81500 = RM 5670

Jumlah pendapatan bercukai Ramli adalah sebanyak: RM 81500 – RM 5670 = RM 75 330

Kadar Cukai

Kadar cukai adalah ditetapkan oleh kerajaan, dan sebarang perubahan kebiasaannya diumumkan semasa pembentangan bajet negara pada Oktober setiap tahun.

Baca Juga :  Permohonan Dana Pemulihan PKS (BNM) Sehingga RM500,000

Contoh pengiraan cukai pendapatan:

kajasjd - Cara Mudah Kira Cukai Pendapatan Anda

Untuk kes Ramli di atas, pendapatan bercukai RM 75330 (RM 70 000 + RM 5330)

Jumlah cukai: RM 4600 (untuk RM70000 pertama) + RM1119.3 (21% × 5330) = RM 5719.3

Rebat Cukai

Rebat cukai adalah keistimewaan yang diberikan untuk mengurangkan jumlah cukai perlu bayar, dan jumlahnya ditolak terus dari jumlah cukai perlu bayar, bukannya daripada jumlah pendapatan bercukai.

Rebat cukai yang dibenarkan:

  • Rebat suami isteri (RM 400) bagi mereka yang mempunyai pendapatan bercukai kurang dari RM 35000
  • Bayaran fitrah/zakat (mengikut jumlah yang dikeluarkan)

Dalam contoh Ramli di atas, sekiranya beliau membayar zakat RM 1500/setahun, maka beliau layak mendapat rebat cukai sebanyak RM 1500

Maka jumlah cukai yang perlu dibayar: RM 5719.3 – RM 1500 = RM 4219.3

Potongan Cukai Berjadual (PCB)

Potongan Cukai Berjadual (PCB) adalah keadaan di mana majikan memotong sebahagian pendapatan pekerja yang mana potongan ini adalah untuk cukai pendapatan tahun semasa.

Jumlah potongan adalah berdasarkan kepada data peribadi pekerja dan jadual pemotongan yang dikeluarkan oleh LHDN.

Walaupun telah ada PCB, pekerja masih tetap perlu menyerahkan borang taksiran kepada LHDN melalui e-filing kerana perlu mengisytiharkan pendapatan lain, potongan, pelepasan dan rebat cukai yang ada.

PCB membantu untuk mengurangkan beban membayar cukai yang dikenakan secara sekaligus.

Sebagai contoh kes Ramli di atas, sekiranya majikan beliau membuat PCB sebanyak RM 70/bulan, maka jumlah PCB setahun Ali adalah RM 840.

Maka jumlah cukai yang perlu dibayar adalah: RM 4219.3 – RM 830 = RM 3379.3#

MANA ANDA NAK BAYAR CUKAI?

Medium pembayaran cukai adalah seperti berikut:

  1. Perkhidmatan FPX (Financial Process Exchange) melalui ByrHasil 
  2. Kad kredit/debit melalui ByrHasil 
  3. Kaunter agen-agen LHDN seperti Maybank, CIMB, Pos Malaysia
  4. Perbankan internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks, MyBSN
  5. Mesin-mesin ATM Public Bank, Maybank dan CIMB yang terpilih
  6. Tele-banking melalui telefon ke Maybank Berhad – Kawanku Phone Banking (1-300-88-6688)
  7. Mesin Deposit Cek di Public Bank terpilih

Untuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara, anda boleh menggunakan:

  • Telegraphic Transfer (TT)/Transfer Interbank Giro (IBG)/Electronic Fund Transfer (EFT)
  • Bank draft

Kepada mereka yang tidak mampu untuk membayar cukai secara sekali gus, anda boleh membuat permohonan untuk membayar cukai anda secara ansuran. Syaratnya anda perlu menghantar surat prmohonan kepada LHDN sebelum 30 April.

PENALTI LEWAT BAYAR CUKAI

Sekiranya anda tidak berjaya membayar cukai pendapatan anda sebelum tarikh yang ditetapkan, penalty lewat bayar akan dikenakan.

Penaltinya adalah 10% daripada baki jumlah yang tidak dibayar dan jika bayaran masih belum diterima sehingga 60 hari, tambahan 5% akan dikenakan.

Contohnya:

Anda lewat bayar cukai sebanyak RM 500.

Penalti pertama: 10% × RM 500 = RM 50. Jadi jumlah yang anda kena bayar ialah RM 550.

Jika anda masih belum bayar sehingga 60 hari, tambahan penalty sebanyak RM 27.50 (5% × RM 550) akan ditambah menjadikan jumlah keseluruhan RM 577.50.

Cara Mudah Kira Cukai Pendapatan Anda 2 - Cara Mudah Kira Cukai Pendapatan Anda

 

KESIMPULAN

Haaa, macam mana? Anda dah kira berapa cukai pendapatan yang perlu anda bayar? Dah selesai buat pengiraan, jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dengan membayar cukai. Jangan tangguh-tangguh lagi laksanakannya dengan segera kalau tak sia-sia anda kena bayaran penalti pula!

Kami di Pemberitahuan berharap artikel ini dapat membantu anda dan keluarga menjadi rakyat Malaysia yang bijak dan bertanggungjawab.

Jangan lupa bayar cukai ya..!