Cara Recover Password Google Dengan Mudah?
Anda selalu mengalami isu terlupa password Google dan akhirnya terpaksa buat yang baru? Anda nak tahu tak teknik dapat semula password anda yang hilang tu? Tak perlu reset password dah.
Cara Recover Password Google Dengan Mudah memberikan panduan khas tentang teknik untuk dapatkan semula password anda yang hilang tu.
‘Tak leceh ke nak kena cari semula password tu?’
Eh tak adalah, mudah sangat. Anda tak percaya?
Jom baca!
Isi Kandungan
Google Chrome
Selalu guna Google Chrome tapi anda tak tahu apa sebeanrnya google ni dan fungsinya pada anda?
Untuk pengetahuan anda, Google Chrome ialah pelayar web keluaran Google yang menggunakan enjin susun atur dan kerangka aplikasi WebKit.
Chrome julung kalinya dikeluarkan sebagai versi beta untuk Microsoft Windows pada 2 September 2008, disusuli keluaran stabil awamnya pada 11 Disember 2008.
Namanya berasal dari bingkai antara muka pengguna grafik pelayar web yang dipanggil “krom”. Tepat pada Januari 2012, Chrome ialah pelayar web kedua terbanyak penggunaannya, dengan mencatat 25-28% dari penggunaan pelayar web seluruh dunia.
Anda buat permohonan BSH, permohonan bantuan pendidikan tu semuanya mesti pakai Google Chrome kan? Mudah je.
Cara Recover Password Google Dengan Mudah
Berikut kami kongsikan teknik-teknik khas untuk anda selamatkan password anda:
Terlupa Kata Laluan/Password Google Chrome
‘Alamak, macam mana pulak boleh lupa password ni, payahnya nak kena reset balik’
Eh nanti dulu, tahukah anda yang anda boleh simpan password anda supaya apabila anda login nanti tak ada isyilah lupa atau reset semula? Haaa, jom kami kongsikan teknik mudah ni.
TEKNIK SIMPAN KATA LALUAN/PASSWORD
Teknik paling simple sebenarnya, kadang-kadang kita buat tak endah je.
Kebiasaannya bila kita mengakses ke mana-mana akaun menggunakan laptop atau PC kita sendiri, akaun kita dan bukan milik orang lain, kita akan ‘save password’ dan ‘remember me’ bila masuk dalam mana-mana akaun.
Lebih mudah bukan begitu? Dan selalunya bila nak log masuk lagi lain kali, username dengan password dah ada, cuma nak tekan je log masuk je. Tak perlu nak key in password yang belum tentu kita ingat tu.
Haa, selalu nampak kan gambar rajah di atas?
Dengan menggunakan kelebihan yang disediakan ini, anda dah tak payah susah-susah mengisi kembali ruang username serta password setelah anda memilih untuk menyimpan password dan username anda pada saat pertama kali anda log masuk ke suatu website, contohnya seperti Facebook, Twitter, mahupun Youtube.
Suka-suka je ke sebenarnya nak save password semua ni?\
TIDAK.
Dengan memilih menyimpan password dan username anda pada pertama kali sobat log masuk ke sesuatu website, anda juga akan dapat melihat password serta username anda di sesuatu website itu ketika anda lupa.
Cara Nak Recover Password Google Yang Hilang
‘Aik bukan hari tu dah save ke? Tak akan hilang jugak. Aduhh…’
Jangan risau. Bukan sesuatu yang pelik bin ajaib sekiranya password yang anda simpan tu boleh hilang jugak. Kadang-kadang kita delete history, clean cache semua habis ter-log out semua akaun lama. Sudahnya password hilang anda pun dah lupa.
Tapi jangan panik dulu. Ada je cara untuk anda dapatkan semula password anda tak perlu reset password tu. Jom baca!
Berikut adalah langkah-langkah untuk recover semula semua password yang anda pernah save online di browser Google Chrome :-
Langkah 1: Pergi ke ‘Settings’ atau ‘Tetapan’
Mana nak cari, perhatikan di atas belah kanan anda.
Ha, jumpa, kan? Klik pada menu tu.
Langkah 2: Pergi ke ‘Settings’ atau ‘Tetapan’
Langkah 3: Okay, sekarang akan anda dibawa ke halaman passwords. Skrol sampai anda jumpa nama website yang anda telah lupa password atau katalaluan tu.
Skrol sampai jumpa. Kalau anda pernah save, mesti akan jumpa.
Langkah 4: Dah jumpa?
Sekarang klik atau tekan simbol mata yang memandang tepat ke dalam jiwa anda tu. Hehe.
Tekan simbol yang selari dengan nama website tu, jangan tekan mata di website lain pula.
Langkah 5: Kalau PC anda ada password, masukkan password PC anda.
Voila! Sekarang anda akan nampak password yang anda pernah save dulu.
Senang je kan? Tak payah nak reset semula kata laluan anda.
Bertambah kerja pula jadinya nak log masuk email lepastu reset semua. Lambat.
Jadi, senanglah anda nak recover password anda lepasni. Tapi kalau cari ini pun gagal, anda kenalah reset semula password anda. Yang itu tak dapek den nak nolong. Hehe.
Kesimpulan Cara Recover Password Google Dengan Mudah
Pemberitahuan berharap perkongsian kami hari ini dapat memberi manfaat kepada anda sekiranya anda terlupa password/kata laluan Google Chrome anda.
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang lain yang selalu mengalami masalah yang sama.
Selamat berjaya kami ucapkan!