Cara Renew Lesen Memandu.
Nak pergi mana tu? Renew lesen di JPJ?
Nanti dulu, tahukah anda bahawa ada alternatif lain untuk renew lesen memandu? Tak perlu beratur dan anda lebih efisien.
Bagaimana?
Pemberitahuan dengan artikel Cara Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos & UTC memberikan anda panduan khas untuk mempermudahkan urusan anda memperbaharui lesen memandu.
Jom teruskan membaca!
Isi Kandungan
Cara Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos/MyEG/UTC
HARGA RENEW LESEN MEMANDU
Berikut adalah kadar harga memperbaharui lesen memandu mengikut jenis
Berikut kami kongsikan cara-cara mudah untuk anda renew lesen memandu anda:
CARA RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS
Cara pertama adalah anda boleh memperbaharui lesen di Pejabat Pos. Berikut kami kongsikan panduan buat rujukan anda:
SYARAT RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS
- Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja
- Tidak disenaraihitamkan (blacklist)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Untuk renew lesen anda hanya perlu membawa dokumen di bawah:
- Kad pengenalan
- Lesen memandu asal
- Slip lesen (untuk pembaharuan kali pertama)
CAJ PEMBAYARAN RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS
- Kelas A/A1: Bayaran RM2.00/tahun
- Kelas B2, B & C: Bayaran RM20.00/tahun
- Kelas D & ke atas: Bayaran RM30.00/tahun (Warganegara)
- Semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara): Bayaran RM120.00 / tahun
- Lesen LDL – Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.
NOTA:
Penerangan mengikut kod pembayaran di atas:
- Kelas A –Kenderaan Orang Cacat (Motorsikal) BTM tidak melebihi 450kg
- Kelas A1 – Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3500kg
- Kelas B –Motorsikal melebihi 500 cc (Motorsikal besar)
- Kelas B2 – Motorsikal tidak melebihi 250 cc (Motor kapcai)
- Kelas C –Motorsikal Tiga Roda (Kenderaan Menjual Aiskrim atau Roti)
- Kelas D –Motokar BTM (Berat Tanpa Muatan) Tidak Melebihi 3500kg
- Kelas DA – Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 kg
- Kelas E –Motokar Berat BTM melebihi 7500kg
- Kelas E1 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 7500kg
- Kelas E2 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 5000kg
- Kelas F –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5000kg
- Kelas G –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5000kg
- Kelas H –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000kg
- Kelas I –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000kg
CARA RENEW LESEN MEMANDU DI UTC
Berikut adalah cara untuk anda renew lesen di UTC:
- Sila ke UTC berdekatan dengan anda.
- Sila ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan dalam bangunan UTC.
- Ambil nombor giliran dan sila tunggu.
- Apabila nombor anda dipanggil, sila maklumkan tujuan anda untuk renew lesen
- Sila maklumkan tempoh renew lesen yang diperlukan.
- Maklumkan tempoh renew lesen anda. Maksimum adalah untuk 5 tahun sahaja. Harga adalah berbeza untuk setiap 1 tahun bagi setiap kelas lesen:
- Kelas A & A1 – RM2
- Kelas B2, B & C – RM20
- Kelas D sehingga I – RM30
- Untuk yang bukan warganegara, bayaran sebanyak RM120 dikenakan untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.
- Serahkan kad pengenalan/pasport anda.
- Sila serahkan lesen memandu anda( asal atau salinan)
- Jika ada gambar,boleh bagi gambar.Jika tiada boleh buat gambar baru di kaunter atau guna gambar asal pada kad pengenalan.
- Sila bayar wang untuk renew lesen mengikut kelas lesen anda dan tempoh diperlukan
- Sila tunggu sehingga kad lesen anda
Kini anda mempunyai alternatif lain selain daripada beratur panjang di JPJ. Cara ini sudah semestinya dapat menjimatkan masa anda dan memberi anda pilihan untuk renew lesen dengan lebih mudah.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan untuk memperbaharui lesen memandu anda boleh terus hubungi:
- Pejabat Pos: https://www.pos.com.my
- UTC: https://www.utc.my/
Semoga artikel kami ini dapat memberi manfaat kepada anda. Kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.
Pastikan anda sentiasa menjaga SOP yang disarankan oleh KKM tak kira dimana jua anda berada untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang masih melanda negara.
TERIMA KASIH