Pemberitahuan » Informasi » Cara Renew Lesen SSM di BSN Dengan Mudah & Pantas

Cara Renew Lesen SSM di BSN Dengan Mudah & Pantas

Cara Renew Lesen SSM di BSN.

Anda rasa cara renew lesen SSM online rumit? Perlukan cara yang lebih mudah dan pantas?

Kami ada solusi yang terbaik untuk anda!

Pemberitahuan hari ini dengan artikel Cara Renew Lesen SSM di BSN Dengan Mudah & Pantas sebagai panduan khas buat mereka yang berminat. Segala maklumat yang anda perlukan kami sediakan di sini.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Apa Itu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?

Sebelum tu, nak tahu dulu, apa itu SSM?

Kenapa perlu daftar perniagaan anda di bawah SSM?

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.

Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.

Perniagaan fizikal atapun online kedua-duanya wajib mendaftarkan perniagaan mereka dengan syarikat SSM. Hal ini kerana timbul banyak aduan daripada pengguna yang mengalami masalah dengan peniaga online.

Terdapat segelintir daripada para peniaga online mengambil kesempatan menipu pengguna dan mengakibatkan kerugian.

“Melalui peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012, peniaga online diwajibkan memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat emel dan nombor telefon di laman web, Facebook atau Instagram”

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Menteri KPDNKK”

Sumber: Kosmo

Untuk mengelakkan perniagaan anda terjejas dengan trend penipuan peniaga online, daftarkan perniagaan anda sekarang dengan syarikat SSM.

Baca Juga :  Daftar & Aktifkan i-Akaun KWSP Online

Dengan mendaftar syarikat anda dengan SSM;

  • Anda dapat tingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna internet dengan status perniagaan anda.
  • Anda dapat tingkatkan kredibiliti syarikat anda untuk jangka masa panjang.
  • Jika syarikat anda menghadapi apa-apa masalah terutamanya yang berkaitan dengan pihak berkuasa, anda mudah selesaikannya kerana syarikat anda sudah berdaftar secara sah.
  • Anda juga mungkin berpeluang mendapat geran-geran dan bantuan dari kerajaan untuk bangunkan perniagaan anda.

Cara Renew Lesen SSM di BSN

Sekiranya anda menghadapi masalah seperti cawangan SSM jauh, line internet tak kuat untuk renew online dan macam-macam lagi, jangan risau kami ada solusi tambahan untuk anda.

Renew lesen SSM anda hanya di cawangan BSN yang berdekatan!

Mudah bukan?

3 CARA RENEW LESEN SSM

3 cara untuk renew lesen SSM anda adalah seperti berikut:

  • Di mana-mana sahaja kaunter cawangan SSM berdekatan dengan anda
  • Renew lesen SSM anda secara online di laman web rasmi SSM
  • Renew lesen SSM anda dimana-mana kaunter cawangan BSN yang berdekatan

5 CARA MUDAH RENEW LESEN SSM DI BSN

  1. Muat turun borang untuk renew lesen perniagaan (borang A) di laman web SSM seperti di bawah atau dapatkan ia secara percuma di kaunter BSN.
  2. borang a ssm 724x1024 - Cara Renew Lesen SSM di BSN Dengan Mudah & Pantas
  3. Isi borang perbaharui lesen nama perniagaan dan lengkapkan segala butiran yang perlu.
  4. Bawa kad pengenalan serta serahkan borang tersebut di kaunter BSN.
  5. Buat bayaran yang diminta.
  6. Satu penyata perakuan pembaharuan pendaftaran nama perniagaan akan diberikan seperti di bawah:

SSM e Renew online CTC 4 e1667147077808 - Cara Renew Lesen SSM di BSN Dengan Mudah & Pantas

Kesimpulan

Mudah kan? Tak sampai 30 minit semua urusan anda boleh selesai.

Apa tunggu lagi?

Minat berniaga dan ingin memulakan perniagaan anda sendiri?

Sekarang dengan pelbagai alternatif yang diwujudkan untuk mempermudahkan urusan perniagaan siapa pun boleh merealisasikan impian nak mulakan perniagaan mereka sendiri.

Kami di Pemberitahuan mengucapkan selamat berjaya dan sukses selalu!