Pemberitahuan » Informasi » Cara Simpan Duit Tabung Haji Online Guna JomPAY

Cara Simpan Duit Tabung Haji Online Guna JomPAY

Cara Simpan Duit Tabung Haji Online.

Macam mana nak buat simpanan duit di Tabung Haji anda secara online TANPA SEBARANG CAJ TAMBAHAN?

Menarik bukan?

Susah tak proses transfer duit simpanan TH ni? Boleh percaya ke?

Jangan risau, Pemberitahuan dengan entri Cara Simpan Duit Tabung Haji Online Guna JomPAY 2022 menjawab segala persoalan di atas.

Jom baca!

Cara Simpan Duit Tabung Haji Online Guna JomPay 2022

Apa sebenarnya JomPay Tabung Haji ni?

Untuk makluman anda, Tabung Haji dengan kerjasama JomPay kini memperkenalkan sistem dimana pengguna Tabung Haji boleh membuat simpanan di akaun Tabung Haji mereka dengan cara membuat pindahan duit secara online menggunakan JomPay.

JomPay adalah inisiatif nasional, yang disokong oleh Bank, untuk membolehkan pindahan wang melalui perkhidmatan JomPay yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

transfer duit tabung haji 1024x1024 1 e1644475294964 - Cara Simpan Duit Tabung Haji Online Guna JomPAY

CARA-CARA SIMPAN DUIT TABUNG HAJI ONLINE GUNA JOMPAY

Untuk makluman, JomPay tidak memerlukan apa-apa proses pendaftaran, pendeposit hanya perlu ada akses perbankan internet untuk membuat transaksi pindahan.

Macam mana nak transfer duit dari bank ke akaun Tabung Haji online dengan JomPay?

Mudah je jom ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Anda perlu ‘Log Masuk’ ke mana-mana perbankan internet pilihan contohnya: CIMBClicks, MayBank2U.
  2. Kemudian pilih ‘JomPAY’
  3. Pendeposit perlu mengisi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
    • Biller Code – 60228 (tak kira apa jenis bank yang anda pilih, guna biller code yang sama)
    • Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
    • Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
    • Ref-2 – jika ada
    • Amaun (RM)
  4. TIADA CAJ PERKHIDMATAN akan dikenakan kepada pendeposit.
Baca Juga :  Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Hari Ini 2020

Dah selesai, mudah bukan?

BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL UNTUK DUIT MASUK KE AKAUN TABUNG HAJI SAYA?

Transaksi akan masuk pada keesokan hari bekerja. Sekiranya transaksi pindahan dilakukan selepas jam 5:00 petang, maka transaksi akan menjadi hari kerja berikutnya.

CARA TRANSFER DUIT CIMB/MAYBANK KE TABUNG HAJI ANAK

Boleh tak kalau nak buat pindahan ke TH anak melalui CIMB ataupun Maybank?

Boleh, tak menjadi masalah, ikuti langkah-langkah yang sama seperti dia atas, bezanya pada bahagian REF-1 anda masukkan nombor akaun Tabung Haji anak-anak.

Nak guna bank lain pun boleh, cuma cari pada bahagian Menu > JomPay dan proceed ikut cara-cara di atas. Selamat menabung semua!

APA HAD TRANSAKSI JOMPAY?

Oleh kerana transaksi JomPAY dilakukan melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih, had transaksi ditentukan oleh bank masing-masing.

Kesimpulan Cara Simpan Duit Tabung Haji Online

Semuanya mudah sekarang untuk menabung di Tabung Haji apabila pengguna kini hanya perlu perbankan internet untuk buat simpanan.

Tiada alasan untuk anda tidak menabung, jom menabung di Tabung Haji menggunakan JomPAY.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH