Pemberitahuan » Informasi » Cara Tebus eWallet Belia RM150: e-Start (Skim Transaksi Tanpa Tunai)

Cara Tebus eWallet Belia RM150: e-Start (Skim Transaksi Tanpa Tunai)

Cara Tebus eWallet Belia.

‘Cashless’ atau Transaksi Tanpa Tunai merupakan alternatif teknologi masa kini memudahkan urusan jual beli tidak kira di mana jua anda berada.

Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada minggu lepas menyaksikkan peruntukan sebanyak RM300 juta diberikan kepada lebih 2 juta belia yang layak menerima bantuan Program e-Start (Transaksi Tanpa Tunai).

Apa itu Program e-Start?

Macam mana nak tebus atau claim bantuan eWallet RM150 ni?

Jom teruskan bersama Pemberitahuan dengan artikel Cara Tebus eWallet Belia RM150: e-Start (Skim Transaksi Tanpa Tunai).

Kami sediakan informasi yang anda cari disini.

Cara Tebus eWallet Belia RM150: e-Start (Skim Transaksi Tanpa Tunai)

Program eStart merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai yang diperkenalkan kerjaan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Melalui Program e-Start bagi mereka yang layak akan dikreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT).

MAKLUMAN

Untuk masa kini, tiada lagi pengumuman berkaitan rangkaian eWallet yang berkaitan dengan bantuan ini.

Sebarang informasi terbaru akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

NOTA: Rujukan di bawah merupakan cara penebusan eWallet di bawah Program PEMERKASA.

APA ITU eWALLET?

Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita kenali apa itu eWallet.

eWallet atau dikenali sebagai Dompet Digital merupakan ‘dompet online’ dimana anda boleh menyimpan wang, kad debit dan kredit, maklumat akaun bank anda di dalam satu aplikasi secara atas talian.

Baca Juga :  Semakan Permohonan Program Subsidi Upah Online

Dalam erti kata yang lebih mudah, anda tidak perlu lagi membawa dompet besar berisi wang dan sebagainya memadai sekiranya anda mempunyai eWallet. Semua pembayaran tunai dibuat secara online.

627 6278501 stripe digital wallet payments e wallet hd png - Cara Tebus eWallet Belia RM150: e-Start (Skim Transaksi Tanpa Tunai)

TARIKH TEBUS KREDIT eWALLET

Untuk makluman anda, dalam pembentangan Program PEMERKASA, bantuan eWallet akan mula dilaksanakan mulai bulan Jun 2021.

Tarikh penebusan kredit akan bermula dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan anda boleh membelanjakan kredit tersebut sehingga 31 Julai 2021.

SYARAT KELAYAKAN BELIA YANG LAYAK TEBUS eWALLET RM150

Syarat-syarat kelayakan yang melayakkan anda membuat penebusan kredit eWallet ini adalah seperti berikut:

  1. Belia yang berumur 18 hingga 20 tahun.
  2. Belia yang sedang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (mod sepenuh masa sahaja).

CARA TEBUS KREDIT eWALLET RM150

*Sebarang makluman mengenai cara-cara untuk membuat penebusan kredit eWallet akan kami kemaskini dari semasa ke semasa*

Yang pastinya anda boleh tebus bantuan kredit eWallet ini dengan menggunakan aplikasi eWallet Touch n Go eWallet, Boost dan juga Grab Pay.

Bagaimana?

Anda hanya perlu:

  1. Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet
  2. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
  3. Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan klik ‘Hantar’
  4. Anda akan diberikan makluman sekiranya tuntutan bantuan eWallet anda berjaya

Maklumat Lanjut Cara Tebus eWallet Belia

Sebarang makluman lanjut mengenai bantuan eWallet PEMERKASA akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH