Cara Tebus Kredit eWallet RM150 (eBelia PEMERKASA)

Cara Tebus Kredit eWallet RM150 (eBelia PEMERKASA)

Posted on

Cara Tebus Kredit eWallet.

Pada zaman yang serba canggih ini norma kehidupan kita kebanyakannya berpaksikan penggunaan internet, maklumat di hujung jari dan terkini duit anda pun boleh berada di hujung jari.

Aik macam mana tu?

Menerusi Program eBelia di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), golongan belia dan pelajar institut penhajian tinggi yang berkelayakan akan menerima bantuan eWallet sebanyak RM150.

Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membudayakan transaksi tanpa tunai ataupun cashless dalam kalangan belia.

Dijangka seramai 2 juta belia yang berkelayakan akan menerima bantuan ini yang menelan belanja sebanyak RM300 juta.

Jadi macam mana nak tebus eWallet ni?

eWallet ada banyak, nak pakai yang mana satu ni?

Jangan risau, jom baca artikel Pemberitahuan hari ini Cara Tebus Kredit eWallet RM150 (eBelia PEMERKASA) dimana kami mengupas satu persatu informasi mengenai bantuan ini.

Apa Itu eWallet?

Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita kenali apa itu eWallet.

eWallet atau dikenali sebagai Dompet Digital merupakan ‘dompet online’ dimana anda boleh menyimpan wang, kad debit dan kredit, maklumat akaun bank anda di dalam satu aplikasi secara atas talian.

Dalam erti kata yang lebih mudah, anda tidak perlu lagi membawa dompet besar berisi wang dan sebagainya memadai sekiranya anda mempunyai eWallet. Semua pembayaran tunai dibuat secara online.

Cara Tebus Kredit eWallet RM150 (eBelia PEMERKASA)

Cara Tebus Kredit eWallet RM150 (eBelia PEMERKASA)

Berikut kami kongsikan informasi tentang syarat kelayakan penerima bantuan eWallet, proses pendaftaran eWallet etc buat rujukan anda:

Baca Juga :  Borang Permohonan TEKUN Mobilepreneur 2021 Online

TARIKH TEBUS KREDIT eWALLET

Untuk makluman anda, dalam pembentangan Program PEMERKASA, bantuan eWallet akan mula dilaksanakan mulai bulan Jun 2021.

Tarikh penebusan kredit akan bermula dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan anda boleh membelanjakan kredit tersebut sehingga 31 Julai 2021.

SYARAT KELAYAKAN BELIA YANG LAYAK TEBUS eWALLET RM150

Syarat-syarat kelayakan yang melayakkan anda membuat penebusan kredit eWallet ini adalah seperti berikut:

  1. Belia yang berumur 18 hingga 20 tahun.
  2. Belia yang sedang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (mod sepenuh masa sahaja).

CARA TEBUS KREDIT eWALLET RM150

*Sebarang makluman mengenai cara-cara untuk membuat penebusan kredit eWallet akan kami kemaskini dari semasa ke semasa*

Yang pastinya anda boleh tebus bantuan kredit eWallet ini dengan menggunakan aplikasi eWallet Touch n Go eWallet, Boost dan juga Grab Pay.

Bagaimana?

Anda hanya perlu:

  1. Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet
  2. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
  3. Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan klik ‘Hantar’
  4. Anda akan diberikan makluman sekiranya tuntutan bantuan eWallet anda berjaya

Maklumat Lanjut Cara Tebus Kredit eWallet

Sebarang makluman lanjut mengenai bantuan eWallet PEMERKASA akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH


Semakan Permohonan