Pemberitahuan » Terkini » Coronavirus: China guna ubat rawat virus HIV

Coronavirus: China guna ubat rawat virus HIV

china wuhan coronavirus promo 1579641872730 articleLarge v20 - Coronavirus: China guna ubat rawat virus HIV

China dikatakan telah menggunakan ubat dihasilkan AbbVie Inc untuk merawat virus HIV sebagai rawatan ad-hoc untuk pneumonia yang disebabkan oleh coronovirus baharu yang merebak dengan cepat di negaranya.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) cawangan Beijing memaklumkan kombinasi lopinavir dan ritonavir yang dijual di bawah jenama Kaletra oleh AbbVie adalah sebagai sebahagian daripada pelan rawatan untuk pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: coronavirus merebak terlampau cepat

NHC menjelaskan masih tiada ubat antiviral yang efektif untuk merawat coronavirus terbabit dan mereka menyarankan pesakit diberi dua pil lopinavir dan ritonavir dua kali sehari dan dos alpha-interpheron melalui penebula dua kali sehari.

Jumaat lalu, jurnal perubatan Lancet memaklumkan percubaan klinikal masih dijalankan terhadap penggunaan ubat terbabit manakala Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China menyatakan ia mula menghasilkan vaksin untuk merawat koronavirus tersebut. – Agensi

Sumber