Pemberitahuan » Terkini » Coronavirus merebak terlampau cepat

Coronavirus merebak terlampau cepat

positive corona - Coronavirus merebak terlampau cepat

Kajian terbaru mendapati bahaya Keupayaan penyebaran coronavirus didakwa lebih cepat dan jangkitan dijangka terus meningkat.

Amaran itu dikeluarkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) hari ini selepas lebih 2,000 dijangkiti dan meragut 56 nyawa di seluruh China.

Menteri NHC, Ma Xiaowei berkata, maklumat yang diperoleh pihak berkuasa mengenai koronavirus itu adalah terhad dan mereka masih tidak jelas berkaitan risiko yang boleh berlaku akibat mutasi virus terbabit.

“Tempoh inkubasi untuk koronavirus boleh berlaku pada hari pertama hingga hari ke-14. Virus itu berjangkit ketika inkubasi dan ia tidak berlaku pada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS),” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: coronavirus: China guna ubat rawat virus HIV

Dalam perkembangan berkaitan, dua wilayah dan tiga bandar di China telah mengarahkan seluruh penduduk mereka memakai topeng muka di tempat awam untuk mencegah penularan wabak tersebut.

Langkah itu berkuat kuasa di wilayah Guangdong dan Jiangxi serta bandar Nanjing, Ma’anshan dan Xinyang.

Sementara itu, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat mengesahkan ia akan meningkatkan bekalan topeng muka selepas permintaannya kini semakin meningkat. – Agensi

 

Sumber