Skip to content
Portal Semakan Permohonan Online Malaysia
MENU
  • MENGENAI KAMI
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
  • SITEMAP
Pemberitahuan / Informasi / Daftar Dan Login MyBSN Online 2020

Daftar Dan Login MyBSN Online 2020

May 1, 2020May 3, 2020by Liyana Sorfina

Daftar Dan Login MyBSN Online 2020?

Macam mana nak daftar? Apa kelebihan menggunakan aplikasi online MyBSN ni?

Jangan risau, artikel Daftar Dan Login MyBSN Online 2020 kami sediakan khas anda dengan merangkumkan segala maklumat yang anda perlukan disini. Termasuklah Cara daftar BSN online 2020

Mari teruskan membaca!

Pautan Pantas

  • 1 Perbankan Atas Talian (MyBSN)
  • 2 Cara Daftar BSN Online Dengan MyBSN 2020
    • 2.1 SYARAT-SYARAT MyBSN
    • 2.2 KELEBIHAN DAFTAR DAN LOGIN MyBSN ONLINE
  • 3 CARA DAFTAR BSN ONLINE 2020 (PENGGUNA BARU)
  • 4 Maklumat Lanjut Daftar Dan Login MyBSN
  • 5 Kesimpulan Daftar Dan Login MyBSN

Perbankan Atas Talian (MyBSN)

Perkembangan teknologi dan maklumat kini telah menembusi pelbagai sektor termasuk dunia perbankan yang agak dinamik dan menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran.

Satu kejayaan yang telah dilaksanakan secara meluas oleh bank adalah penggunaan internet banking untuk menyokong perkhidmatan kewangan jarak jauh. Dengan menggunakan internet banking, Anda boleh melakukan pelbagai jenis transaksi perbankan melalui telefon bimbit atau komputer riba yang disambungkan ke internet.

BSN telah memperkenalkan MyBSN sebagai aplikasi perbankan atas talian yang menawarkan pelbagi perkhidmatan kepada pengguna. Antaranya ialah perkhidmatan pertanyaan baki, tambah nilai pra bayar, pembayaran bil, pindahan GIRO Antara Bank (IBG), Insurans Motor dan Auto Kredit.

Dengan kemudahan ini, pengguna MyBSN boleh menyelesaikan pelbagai urusan di mana sahaja tanpa perlu hadir ke cawangan BSN. Pengguna boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet

Hampir segalanya daripada Pertanyaan Baki hingga Pemindahan Dana, Pembayaran Bil, Pembayaran Kad Kredit, Pembelian SSP, Pembelian Pin dan banyak lagi.

Mudah bukan?

Cara Daftar BSN Online Dengan MyBSN 2020

Berikut kami kongsikan pada anda cara daftar BSN online 2020 dan login perbankan internet BSN ini:

SYARAT-SYARAT MyBSN

Kepada pengguna BSN yang ingin menggunakan aplikasi MyBSN, perlu menyediakan perkara-perkara dan memenuhi syarat berikut:

  1. Anda sudah semestinya mempunyai Akaun BSN
  2. Anda juga perlu mempunyai Kad ATM
  3. Nombor i-PIN yang perlu didaftar di mesin ATM
  4. Nombor telefon yang perlu didaftar di mesin ATM
  5. Berumur 18 Tahun ke atas

KELEBIHAN DAFTAR DAN LOGIN MyBSN ONLINE

  1. Pengguna boleh menyemak baki, membayar bil, pindahan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan sendiri
  2. Mudah. Tidak perlu lagi beratur di bank
  3. Transaksi dalam talian yang selamat

CARA DAFTAR BSN ONLINE 2020 (PENGGUNA BARU)

Kepada pengguna kali pertama, pendaftaran hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

LANGKAH 1:

Layari laman web seperti yang disediakan Laman Rasmi MyBSN dan paparan seperti di bawah akan ditunjukkan. pada anda. Kemudian anda hanya perlu tekan butang ‘Daftar’

cara daftar dan login mybsn

LANGKAH 2:

Pengguna perlu membaca paparan ‘Term & Condition’ dengan teliti, selesai memahami ‘Term & Condition’ yang diberikan untuk menerima sila tekan butang ‘Accept’. Kemudian klik pula ‘Next’

Cara login My bsn

LANGKAH 3:

Seterusnya, pengguna perlu melengkapkan maklumat yang dikehendaki dengan mengisinya di ruang yang disediakan seperti nombor kad kredit/debit dan nombor kad pengenalan atau yang berkaitan.

Jika Anda warganegara Malaysia sila isikan New Ic Number. Bagi yang guna passport (tidak mempunyai IC), pilih Millitary IC/Passport number.

Pastikan anda mengisi dengan teliti.

LANGKAH 4:

Kemudian masukkan nama pengguna, kata laluan (mesti lebih dari 8 angka) DAN mohon OTP.

LANGKAH 5:

Masukkan nombor OTP kemudian pilih imej online pengguna.

LANGKAH 6:

Selepas berjaya mendaftar, pengguna boleh log masuk ke MyBSN dengan menekan butang Log Masuk pada halaman utama MyBSN seperti di atas.

Pengguna akan dibawa ke aplikasi MyBSN dan log masuk bagi menikmati perkhidmatan yang disediakan MyBSN.

Siap dah! Mudah bukan?

daftar dan login mybsn

 

Maklumat Lanjut Daftar Dan Login MyBSN

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai MyBSN, sila rujuk dan hubungi butiran yang disediakan berikut:

  • Telefon : 1300 88 1900 atau +603 2613 1900 (Luar Negara)
  • Faks : 03 – 2613 1888 (Umum) 03-2688 0888 (Kad Kredit)
  • Emel : [email protected]
  • Laman Web Rasmi MyBSN
  • Soalan Lazim Laman MyBSN

Kesimpulan Daftar Dan Login MyBSN

Ternyata kemudahan yang disediakan oleh teknologi masa kini memberi banyak manfaat kepada penguna yang menggunakannya dengan bijak. Untuk mendaftar BSN online

Apa tunggu lagi? Jimat masa beratur anda dengan mendaftar MyBSN secara online!


Semakan Permohonan

  • Share
  • Sharer
  • Tweet
  • WA

Related posts:

  • iSinar KWSP
    Permohonan iSinar KWSP Online
  • Semakan MyCTOS Online Percuma
    Semakan MyCTOS Online Percuma Dengan Mudah 2020
  • Cara Daftar i-Akaun KWSP di Kiosk/Email/Bank 2020
  • Semakan Dividen Bonus ASB ASN 2020
Posted in InformasiTagged Cara daftar BSN online 2020, Daftar Dan Login MyBSN Online 2020, register bsn online, semak baki akaun bsn online

Post navigation

Previous post Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2020 Versi PDF
Next post Kadar Zakat Fitrah 2020 Dan Pembayaran Secara Online

Permohonan Dan Semakan

© 2020 pemberitahuan.com
Enable Notifications    OK No thanks